Ikatan sampai syurga

28 Jan

Hebat sungguh pertalian darah kan? Terutamanya pertalian darah dari rahim yang sama.

Ada sebab kakak sulung dipanggil kakyong, yang ketiga dipanggil alang dan adik bongsu dipanggil adik.

Ikatan yang terwujud sejak ajali lagi ini sangat mengagumkan. Anda hidup bersama mereka, belajar mengenal alif ba ta, berkongsi makanan yang sama, menyambut raya bersama, menangis dan ketawa bersama sehingga seorang demi seorang membina keluarga sendiri.

Adik beradik..

Terkadang ada sesetengah perkara yang hanya boleh diceritakan kepada mereka.

Terkadang ada intonasi suara yang hanya adik beradik yang faham.

Terkadang ada kritikan yang jika datang dari adik beradik, maka ia boleh diterima,tetapi jika datang daripada orang lain, minta maaflah. Berminggu tidak bercakap.

Kadang-kadang bila tiada duit, selain ibu bapa, adik beradiklah yang boleh diharap. Bayar lambat pun tidak mengapa.

Kadang-kadang tu, bila ada benda yang tidak kena, memang bergaduh besar. Tapi sekejap sahaja boleh berbaik semula. We forgive. And we forget. Most of the time.

Kadang-kadang, bila keluar membeli belah, they help you make the right choices. And they even criticize your taste of fashion!

They are your biggest critics but they are also your biggest supporter. Despite the bitter-sweet-love-hate relationship.

Siblings have their own mysterious way of expressing love to each other.

We don’t simply say “I miss you”. Instead, we grab our phone and text “Tengah buat apa tu?” in hope that he/she knows that we’re thinking of them…

I haven’t write for quite a time but I think I’ll start again iA.

For my come back entry for year 2012, I decided to tribute this post to my lovely and awesome siblings. For all the reasons stated above.

It’s been a while since I take a good look at them. Subhanallah, they are all grown up! *teary eyed*

Time flies. And before we knew it, we’ll start working, earning a salary, having our own family and there’ll be lesser time spent with our siblings.

And until that time comes, I don’t want to regret not jotting this down to read it again 5-6 years later and recall the reason I’m writing this post.

I love my siblings and I thank Allah for this precious gift.

And I pray that this bond will last till Jannah IA.

Ikatan sampai syurga.

Kami sekeluarga ketawa besar menonton iklan ini.

Mendalam sungguh maknanya.

“Aku kan kakak?” :)

Dan pena pun diangkat~

Pilihlah aku untuk ikhlas

13 May

Sejenak kita renungkan..
Semoga ada ikhtibar yang kita dapat ambil bersama dalam melayari bahtera kehidupan.

Terdapat dua syarat dalam melakukan ibadah; Ikhlas kerana Allah taala dan tabi’ lirrasul (mengikut ajaran Rasulullah)

Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain.  Demikian kata-kata hukama yang menerjah ruang fikiranku.  Ah, betapa kurangnya kau melakukan kebaikan.. bisik hati kepada diri sendiri.  Justeru, mata, telinga dan indera yang lain masih sempat melihat, menghidu dan menuturkan kejahatan orang lain.  Terasa diri amat hina, ketika usia melonjak dengan begitu cepat, diri terasa masih merangkak-rangkak menyusur jalan taubat.

Betapa sekali-sekala melakukan kebaikan terasa hebat bukan kepalang.  Tanpa sedar riak bertandang.  Terasa ingin dipamerkan segala-galanya agar dipuji dan disanjung dengan kata-kata dan anugerah manusia.  Biar terserlah siapa aku, bisik ego diri.  Padahal nilai amal yang sebegitu tidak ada harganya walau sedebu.  Apatah lagi ALLAH yang pastinya tidak akan menerima sebarang sekutu.  Dan manusia pun akhirnya akan memandang sinis dan loya dengan ‘aku’ mu.

Apabila riak itu adalah tertipu dengan kehadiran manusia, sum’ah pula terpedaya tanpa kehadiran sesiapa.  Walaupun sesiapa di mata tetapi di hati masih mengharap-harap amal yang kononnya disembunyikan itu diketahui juga oleh manusia.  Ah, alangkah indah rasanya apabila amal yang cuba disembunyikan itu diketahui lalu diheboh-hebohkan pula.  Ah, hebatnya dia! Begitu kata sanjung yang dijunjung.  Pada ketika itu hati pun berbunga.  Aduh, sum’ah lebih dasyat tipuannya daripada riak!

Apabila terlepas diri daripada keduanya, menanti pula musuh ketiga yang tidak kurang hebatnya…ujub! Takjub dan berasa hairan terhadap diri sendiri.  Kali ini bukan pujian manusia yang terang dan bersembunyi yang diharapkan tetapi pujian diri terhadap diri sendiri.  Betulkah ini aku? Alangkah hebatnya.  Terasa diri bagaikan wali apabila amal ibadah mengatasi orang lain.  Aku bukan manusia biasa.  Aku tinggi mengatasi semua.  Ujub hakikatnya lebih sukar dikesan dan dirawat berbanding riak dan sum’ah.

Bukan mudah untuk ikhlas.  Semakin dicari terasa semakin misteri.  Memang, ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH.  Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH…itu tidak ikhlas.  Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH… itupun tidak ikhlas.  Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi sampai dipertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH. Ya ALLAH, aku benar-benar pasrah.  Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru.  Bantu aku, memahami dan menangani rahsia ini.

Beribadahlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat.  Begitu pesan hukama yang menjadi kompas hati.  Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari.  Ikhlas atau tidak jangan diperkirakan dulu.  Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal.  Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum’ah.  Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup.  Tega dan relakan sahaja.

Teringat apa yang dipesankan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya, “Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?” Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata,”Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.”

Teringat pula apa yang pernah ditanyakan oleh Abu Hurairah kepadada Nabi Muhammad SAW tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri.  Lalu Rasulullah menegaskan solat itu lambat-laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu.  Jadi, jika dirimu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alasan untuk tidak dan berhenti melakukan kebaikan.  Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan.

Aku hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yang sangat dalam.  Yang terjangkau olehku hanyalah sebutir percikan ombak dipermukaannya.  Namun, aku juga hamba ALLAH yang berhak menuju-NYA.  Ketika aku keliru, tunjukkanlah.  Ketika aku lemah, perkukuhkanlah.  Ketika alpa, ingatkanlah.  Hanya Dikau wahai ALLAH yang berhak memilih sesiapa untuk dianugerahkan rasa ikhlas itu.  Padaku hanya tadbir..pada-Mu segala takdir.  Bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdir-Mu.
Pilihlah aku untuk ikhlas.. Amin!

Beribadahlah hingga terasa penat untuk berbuat maksiat!

Dan pena pun diangkat~

(Diedit dari sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=10843.0)

Muhasabah diri

16 Apr

Alhamdulillah, berpeluang menulis lagi. Sukacita kiranya kali ini saya dapat berkongsi sedikit tentang satu sarana penting dalam Tarbiyah Dzatiyah (tarbiyah diri sendiri) iaitu Muhasabah.

Seandainya seseorang bertindak semahu-mahunya dalam hidup ini tanpa ada pengawas dan penghisaban, tentu ia diperbolehkan menghambur-hamburkan kehidupannya sebagaimana orang bodoh menghambur-hamburkan hartanya bukan?

Apa perasaan anda tika melihat orang menghambur-hamburkan wangnya di atas jalan raya? Selain (mungkin) turut berebut-rebut mendapatkan sedikit dari wang tersebut, pasti terdetik di dalam hati, “Eh, gila ke apa orang ni? Tak sayang duit ke?”

Bagi orang yang tidak memanfaatkan masa yang ada pula, dia sebenarnya lebih gila kerana tidak tahu menghargai waktu yang lebih berharga dari wang itu sendiri.

Justeru, adalah bijak dan cerdas kalau orang Muslim memulai tarbiyah dirinya dengan pertamanya melakukan muhasabah terhadap dirinya, agar ia tidak terperanjat kaget dengan sesuatu yang ia tidak pernah bayangkan sebelumnya pada hari akhirat. Ia mengira dirinya orang baik, salih dan bertaqwa!

Terjemahan Ibn Kathir terhadap ayat 18 Surah alHasyr; “Maksudnya hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab!Lihatlah amalan-amalan yang telah kalian tabung untuk diri kalian pada hari kembali dan pertemuan kalian dengan Tuhan kalian! Ketahuilah, Allah mengetahui semua perbuatan dan kondisi kalian. Tidak ada sesuatu pun pada kalian yang tidak diketahui Allah”

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya; “Orang cerdas berakal ialah orang yang menghisab dirinya dan berbuat untuk setelah kematian. Dan orang lemah ialah orang yang mengikutkan dirinya kepada hawa nafsu dan angan-angannya kepada Allah”

(Riwayat at-Tarmizi)

Umar al-Khattab ra pula berkata; “Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab dan timbanglah diri kalian sebelum kalian ditimbang kerana kalian lebih mudah menghisab diri kalian hari ini daripada kelak! Bersiaplah untuk menghadapi pertemuan terbesar. Ketika itu, kalian dipertemuka dengan Allah dan tidak ada sesuatu apa pun pada kalian yang tersembunyi,”

Al Hassan al Basri ra berkata; “Seseorang sentiasa baik selagi ia punya penasihat dari dirinya sendiri dan muhasabah menjadi keinginannya,”

Ibnu alQayyim pula menegaskan; Yang paling membahayakan orang ialah ia tidak melakukan muhasabah dan menyepelekan (mengambil enteng) masalah. Sikap ini membawa kebinasaan dan itulah kondisi orang-orang yang tertipu. Salah seorang dari mereka tidak menggubris hasil akhir, kondisi terus berjalan dan ia bersandar pada keampunan. Ia tidak melakukan muhasabah pada dirinya dan merenungkan hasil akhir. Jika itu ia lakukan, ia mudah terjerumus dalam dosa, senang dengannya dan susah disapih dari dosa,”

Baiklah, setelah mengetahui pentingnya muhasabah diri, di sini disertakan beberapa sarana atau cara-cara muhasabah boleh dilakukan iA;

1) Melakukannya secara rutin

Memuhasabah diri perlu dianggap penting. Seorang pelajar misalnya, akan pasti menelaah pelajaran terutama bila dekat dengan waktu peperiksaan. Mana mungkin sanggup ke dewan peperiksaan tanpa bersedia apa-apa.

Begitu juga halnya dengan muhasabah. Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Bila dan di mana, hanya Dia yang Mengetahui. Justeru, hendaklah Muslim itu selalu bersedia, mengetahui kekurangan dirinya, dosanya dan memperbaiki diri selagi boleh.

Kata Ibn Qayyim ra; “Hal yang paling bermanfaat bagi seseorang ialah ia duduk sesaat ketika hendak tidur. Ia lakukan muhasabah atas keuntungan dan kerugian dirinya pada hari itu. Lalu ia perbaharui taubatnya  dengan nasuhah kepada Allah, lantas tidur dalam keadaan bertaubat dan bertekad tidak mengerjakan dosa yang sama ketika ia telah bangun. Itu ia kerjakan setiap malam. Jika ia meninggal pada malam tersebut dalam keadaan seperti itu, ia meninggal dalam keadaan bertaubat. Jika ia bangun, ia bangun dalam keadaan siap beramal, senang ajalnya ditunda, dan siap mengerjakan perbuatan-perbuatan yang belum ia kerjakan.”

Bila membaca sarana dari Ibn Qayyim, saya terkelu. Sering sahaja tidur begitu sahaja tanpa sempat membaca doa apatah lagi memuhasabah diri. Astaghfirullahal’azim. Masih lagi Dia membenarkan saya bernafas. IA, semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.

2. Prioriti dalam Muhasabah

Perkara pertama yang perlu ia muhasabah ialah kesihatan akidahnya, kebersihan tauhidnya dari syirik kecil dan tersembunyi.

Perkara kedua adalah memuhasabah diri atas perlaksanaan kewajiban. Solat lima waktu berjemaah, berbakti kepada kedua orang tua, menyambung hubungan kekerabatan, amar makruf dan nahi munkar.

Seterusnya ia juga memuhasabah tentang sejauh mana ia menjauhi hal-hal haram dan kemungkaran baik yang kecil mahupun besar.

Lalu ia memuhasabah diri tentang sejauh mana ia mengerjakan ibadah-ibadah sunat dan ketaatan lainnya.

3. Jenis-jenis Muhasabah

Kata Ibn Qayyim, muhasabah terbahagi kepada dua;

a. Muhasabah sebelum berbuat

Seseorang yang telah berazam ingin melakukan sesuatu dan sedar ia perlu melakukannya, perlu mendapat kejelasan bahawa azamnya itu harus ia kerjakan.

b. Muhasabah setelah berbuat

Ia terbahagi kepada tiga bahagian;

Muhasabah diri terhadap ketaatan kepada Allah yang telah ia lalaikan. Contohnya, bagaimana solat fardhunya pada hari itu? Adakah dia mengerjakannya dengan baik, tepat pada waktunya, penuh kekhusyukan atau tidak?

Muhasabah terhadap perbuatan yang lebih baik tidak dikerjakan daripada ia kerjakan. Contohnya, menonton televisyen. Ah, perlukah ia melakukannya? Rancangan apakah yang ia tonton? Bermanfaatkah baginya di hari akhirat kelak?

Muhasabah diri atas hal-hal mubah dan wajar; kenapa ia mengerjakannya? Apakah ia mengerjakannya kerana menginginkan Allah dan akhirat? Ataukah ia mengerjakannya kerana menginginkan dunia?  Contohnya adalah membantu dalam gotong royong; adakah dia mahu dipuji ataukah di melakukannya dengan ikhlas? Muhasabah yang ketiga ini mengajak untuk sama-sama membetulkan niat iA.

Memuhasabah diri setiap hari adalah sangat penting. Para salafus soleh sangat peduli tentang waktu mereka lebih dari kepedulian mereka tentang wang.

IA, dengan melakukannya, moga hisab kita dipermudahkan di akhirat kelak. Hari di mana segala perbuatan yang kita kerjakan, yang kecil mahupun yang besar, yang terang mahupun yang nyata semuanya dibentang di depan mata dan tidak ada satupun yang tertinggal.

“Orang mukmin itu pengelola atas dirinya sendiri. Ia menghisab dirinya atas ketaatannya kepada Allah taala. Hisab sebahagian orang dipermudah pada hari Kiamat kerana mereka memuhasabah diri mereka di dunia dan hisab sebahagian orang dipersulit kerana mereka mengerjakan banyak hal tanpa muhasabah,”
(Hassan al Basri)

Sumber: Tarbiyah Dzatiyah karangan Abdullah b Abdul Aziz al-Aidan

Dan pena pun diangkat~

Questions after question

12 Mar

“Hey, regarding your headscarf, is it a must to wear them?”

That question came from Mr S out of the blue while we’re waiting for the tutor to come at one evening.

We take our face off the book and looked at each other, looking for the most suitable answer for him. Who will start first?

Taking the Malaysian’s multireligion and multicultural country for granted, we didn’t brace ourselves for that question. Especially at that moment. It was so sudden.

He then added,

“Is it some kind of religion thingy that you must follow? Is it a rule?”

“Yes,” my friend uttered an answer.

He nodded his head.

“Then, how come X (mentioning our classmate), she didn’t wear them? She’s a Muslim right?”

Once again, we looked at each other, startled at the question.

“Is it like a person’s choice?  I mean, it is up to you whether you want to wear it or not?” he began shooting questions.

No, it’s not! I felt like telling him that. But blurting that kind of answer doesn’t seem to help in explaining the ruling of Islam.

You can imagine our situation at that moment. Awkward!

“Imagine it like driving a car, S. When driving, you must wear a seatbelt right? But some people just don’t want to obey the rule and didn’t wear them. True?”

“I see..I see,” while nodding his head. Again.

He didn’t add further. Instead, he said,

“This is a culture shock for me man. Like seriously. A very big one,”

“Why?” my friend asked.

He then started telling about his Muslim friend. How they never told him that. In fact, they even eat during the fasting month of Ramadhan…

Allah…

…………

People said, if you want to know about Islam, don’t look at its people. Instead, search for the truth in the Quran itself.

This is true especially if you’re not mingling with the ‘right’ one. Muslims are contradicting each other nowadays in all sorts of ways. At one end, one claims he is a Muslim but at the same time, drinks alcohol, holding hands with girls and didn’t pray. In the middle, a girl who says she is a Muslim, wearing hijab but her clothes are as tight as it can be, hugging her body. And at one end, one man, whose beard is as long as it can be, is called an extremist, a supporter of Osama bin Laden.

Which one is the true Muslim?

Getting afraid of the extreme one, the Non Muslims befriend the ‘non extreme’ one. Well, they have things in common. He drinks, he has girlfriend(s) and he cursed like me. And they’ll be left thinking that Islam is no more different with other religion.

One scholar once told a story; Years before he reverted, he’d read a book about Islam. In that book, he was mislead to think that Muslim worship a black box in Makkah 5 times a day!

There were lots of other confusions and media nowadays are not helping either.

As a Muslim, the least that we can do is to show a good example to them, to actually portray the Islamic teachings in our everyday’s behavior; our thoughts, the way we eat, the way we dress, the way we talk and the way we perform our prayers!

At the Day of Judgment, we’ll be taken into account of our everyday’s encounter with the non Muslims or even with Muslims. Have we made full use of that time? Have we spread the word of Islam, even an ayah?

They are looking at us, waiting to ask questions, eager to know about why we are doing the things we do. If they’re not interested, why not we become the one who start the conversation,

“Do you know about Islam?”

:)

Yes, I am a Muslim. Ask me about Islam…

And the pen is lifted~

And the pen is lifted~

Calon-calonnya ialah…

27 Feb

Beberapa hari lalu, seorang rakan sekelas lelaki berbangsa Cina bertanya;

“Habibah, which one of our girl classmate would you choose if you were to introduce them to your male friend?”

Saya tertawa kecil mendengar soalan tersebut. Entah apa yang membuatkannya bertanya begitu. Eh eh, macam orang sedang mencari calon pun ada kan (dengan menggunakan saya sebagai orang tengah)

Bila ditanya kenapa, dia hanya meminta saya menjawabya dengan jujur.

“Hmm…”

Nak kena jawab atau tidak ni?

Selepas berdalih dan berbasa basi serta mengelak di sana dan sini terhadap persoalan yang diajukan, dia lantas berkata,

“Haa..saya tahu! Kamu mesti nak perkenalkan diri kamu!”

Eh eh, ke situ pulak dia!
……..

Sebetulnya, saya mempunyai jawapan kepada persoalan yang dikemukakan.

Ada beberapa orang kenalan, yang bila berjumpa dan bersama dengannya, hati saya terdetik,

“Ya Allah, beruntungnyalah siapa yang dapat dia ni..”

“ Ya Allah, ketemukanlah dia dengan jodoh yang terbaik buatnya ya Allah”

Mereka-mereka ini orangnya biasa-biasa sahaja dari segi luaran tetapi Subhanallah, akhlaknya sangat baik dan pengetahuan agamanya tinggi. Sangat senang sekali bersama mereka.

Ada antara mereka merupakan guru sekolah menengah saya, para akhawat yang dikenali semasa berprogram mahupun kenalan biasa yang saya jumpa sehari-hari.

Saya senang sekali untuk mengambil contoh-contoh dari mereka yang dirasakan baik; cara berpakaian, cara bercakap, cara makan dan sebagainya. Dan kebanyakan perilaku mereka itu bersesuaian dengan apa yang disebutkan dalam alQuran dan assunnah (tidaklah saya ikut secara membabi buta). Senang hati melihatnya.

Mungkin boleh saya katakan bahawa keberadaan saya bersama mereka yang saya sebutkan di atas telah banyak mencorak karakter saya pada hari ini.

Berjumpa dengan akhawat sering pasti membuatkan saya senyum sendiri atau menitis air mata semasa pulang. Senyum sendiri dengan peringatan yang diberi yang sering kena pada diri ini atau keharuan dengan kata-kata semangat yang ditiupkan.

“Ada ketikanya peribadi Muslim menghadapi masa-masa futur, kelalaian, atau tertarik dengan pujukan-rayu syaitan. Jika ia bersendirian, keadaan seperti itu akan terus berlanjutan, hingga mungkin ia akan hilang dari “pentas da’wah.”Sesungguhnya serigala itu hanya membaham kambing yang terpisah dari rombongannya. Sebaliknya, bila ia mempunyai sahabat-sahabat yang salih, maka mereka tidak akan membiarkannya sendirian dalam menghadapi syaitan; bila mereka tidak melihatnya di medan ‘amal kebajikan, maka mereka akan mencarinya, mengajaknya, mengingatkannya, dan membantunya untuk mengalahkan jeratan syaitan. Ini merupakan bekalan yang amat baik dalam perjalanan da’wah”

Subhanallah, indah sungguh ukhwah yang dijalinkan kerana Allah kan?

…………..

Eh eh, apakah tujuan artikel ini?

Jikalau hendak mencari calon, pilihlah di kalangan akhawat?

Bukan. Itu adalah mesej sampingan yang mungkin tidak dipersetujui beberapa pihak. Yang utamanya, ingin saya katakan, berkawan dan berkumpullah dengan orang-orang yang baik. Dengan mereka yang selalu mengingatkan dengan kelakuan, kata-kata mahupun sentuhan tangan. Dengan itu anda akan mendapat kebaikan dan tempat rujukan yang baik insya Allah.

Sahabat yang salih itu ibarat penjual minyak wangi, bila engkau tidak mendapat minyak wangi darinya, maka engkau mendapatkan bau harumnya. Dan sahabat yang jahat itu ibarat tukang besi, bila engkau tidak terkena percikan apinya, maka engkau akan terkena asapnya.

(Hadith riwayat Abu Daud)

Juga, diri sendiri, jadilah seorang sahabat solehah kepada orang lain.

Jikalau soalan rakan saya itu diajukan kepada anda, adakah calonnya sudah ada di dalam minda anda? Kenapa?

Ataupun anda sendiri calon yang hendak diperkenalkan itu? :)

Dan pena pun diangkat~

Dan pena pun diangkat~
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.