Mengapa dia tak mahu rapat?

8 Sep

Fikiran saya tertumpu pada ruangan kosong di sebelah saya.

“Mengapa dia tak mahu rapat?”

Terganggu saya dengan perkara tersebut. Ruangan kosong yang saya maksudkan ialah ‘rompong’ di dalam saf solat tarawikh pada hari itu. Jujur saya katakan, sepanjang solat tarawikh dua rakaat yang itu, fikiran saya terganggu. Saya tidak khusyuk. Semuanya gara-gara rompong itu. Selesai memberi salam, saya beristighfar sedalamnya. Dan sebelum solat disambung, saya cuba membetulkan keadaan itu. Malangnya, gadis itu telah terlebih dahulu mengangkat takbir. ‘Rompong’ semakin besar. Orang belakang juga enggan masuk ke hadapan. Ah, masalah!

Usai solat dua rakaat itu, saya nekad. Saya memanggil gadis itu supaya merapatkan saf. Sekali lagi saya terkejut kerana dia enggan! Matanya melirik ke arah beberapa orang di saf sebelahnya. Dia menyuruh saya memanggil orang di belakang. Saya menoleh dan Alhamdulillah, seorang makcik masuk ke ruang kosong itu. Selesai satu masalah. Saya segera mengangkat takbir dan syukur, solat saya kali itu lebih khusyuk. Alhamdulillah…

Hari itu merupakan hari Jumaat, hari kelima umat Islam berpuasa pada bulan yang mulia ini. Sebagaimana selalu, kami sekeluarga akan bersolat tarawikh di masjid tersebut.

“Ramai pula orang hari ini,” getus hati saya.

Tidak saya sangka, ramai orang yang hadir pada hari itu. Mungkin kerana hujung minggu dan kemuliaan hari Jumaat yang mendorong mereka bersama-sama merebut keberkatannya. Mungkin. Namun, banyak orang, banyaklah pula ragamnya.

Ramai yang membawa anak-anak kecil bersama. Namun yang tidak enaknya, mereka dibiarkan bermain-main di dalam masjid. Jikalau hanya bermain diam-diam sesama mereka tidak mengapa. Tetapi kalau sehingga berlari-lari di hadapan orang yang sedang solat, saya kira ibu bapa perlu lebih prihatin.

“Astaghfirullah,” saya terkejut kerana seorang kanak-kanak berbaju hijau tiba-tiba melintas di hadapan selepas bangun untuk rakaat kedua. Nasib baik saya tidak ada lemah jantung. Tidak tahulah pula apa perasaan makcik-makcik di sebelah saya malam ituJ.

Itulah masalah kedua saya pada malam tersebut. Aduh, harap-harap itu yang terakhir. Solat tarawikh lapan rakaat hampir tamat. Saya tidak mahu terus diganggu.

Mungkin ada yang berkata, mengapa tidak solat sahaja di rumah? Bukankah lebih aman dan ia lebih afdal bagi seorang perempuan?

Ya, ada benarnya kata-kata anda, tapi kami juga mahu merebut pahala berjemaah yang lebih di masjid. Seperti sabda Nabi saw yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda:

” Sesungguhnya solat berjemaah adalah dua puluh tujuh kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian “

(Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim)

Ada juga yang berkata kehadiran wanita-wanita di masjid lebih banyak mendatangkan fitnah kerana mereka ini tidak menjaga aurat dan kaki-kaki mereka terpamer ketika melangkah di tangga masjid. Wallahu’alam. Bagi saya, ummi, dan kakyong, insya-Allah kami cuba menjaga sebaik mungkin.

Terpulanglah pada anda untuk menilai. Saya terbuka pada nasihat yang bernas dan membina insya-Allah.

Sebelum kaki melangkah keluar dari ruang solat, kakyong menyiku saya.

“Bibah, cuba tengok tuh,” katanya

Saya menoleh ke arah saf wanita di hadapan. Masya-Allah. Nak tergelak pun ada juga. Macam gigi nenek-nenek kita di rumah. Banyak yang berlubang.

“Hm..nak buat macam mana. Orang belakang tak nak ke depan. Orang sebelah pulak tak nak rapat,” sambung kakyong.

Saya hanya tersenyum sambil terus kaki terus melangkah.

Kami bertolak pulang selepas solat tarawikh lapan rakaat. Di dalam kereta, masing-masing membuka cerita. Yang lucunya, cerita ummi. Terpaksa memberhentikan solat gara-gara adik berbaju hijau itu. Macam-macam. Cerita di sebaliknya, biarlah kami sekeluarga yang tahu.

Dalam perjalanan pulang, saya mengimbas kenangan semenjak beberapa tahun bersolat tarawikh di situ. Tahun ini lebih baik kerana saf-saf sudah mula rapat dan tiada kanak-kanak membuat bising. Mungkin mereka semua sudah besar. They know how to behave when their parents are praying =).

Cuma pada hari itu saja. Hmm…banyak orang banyaklah ragamnya. Semoga hari esok lebih baik lagi, insya-Allah…

Dan pena pun diangkat~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: