Sirih pulang ke gagang-P3

8 Sep

Alhamdulillah…saya bersyukur di dalam hati sebaik bas yang dinanti tiba. Namun lebih dari itu, saya bersyukur kerana dengan izinNya program yang telah diaturkan sejak beberapa bulan lalu dapat dilaksanakanpada hari itu.

P3-Program Perkongsian Pintar, Jumaat, 29 Ogos 2008.

Perjalanan ke Klang dari Seremban mengambil masa selama hampir dua jam dengan menaiki bas. Sebaik tiba pada jam 10 pagi, saya terus membeli tiket pulang ke Seremban pada hari itu juga kerana keesokannya, saya perlu pulang ke kampung untuk kenduri arwah wan.

Selepas sesi ‘briefing’ dan taaruf para fasilitator, kami bersurai. We (the girls) decided to go the nearby restaurant for lunch. Bila dah lama tak berjumpa, apa lagi, heboh jugala kedai makan tersebut. Hampir sejam lamanya kami menghabiskan masa di situ. Terlalu banyak perkara yang hendak diceritakan!

Program bermula

Enough of the details. Selepas berjumpa dengan para guru dan solat berjemaah, kami menuju ke dewan besar KISAS.

Program kami pada petang itu memang sangat ringkas. Sangat-sangat ringkas. Yala, tujuan utamanya pun ialah untuk menyumbang sesuatu kepada para pelajar KISAS (kami tidak bermain-main ya) Dan pengarah program awal-awal lagi memohon maaf kerana tiada makanan ataupun cenderahati yang dapat disediakan.. Tak mengapa encik shazli. Insya-Allah, usaha kita semua, Allah yang akan membalasnya…

Sebanyak 12 booths disediakan dan para pelajar bebas untuk memilih ke booth mana

Actuarial Science

Biotechnology

Engineering

Syariah dan Hadis

Dentistry

Pharmacy

Medicine

Architecture

Teaching

Law

Business

Undecided (selain booth Medicine, booth ini paling banyak dikunjungi =)

Saya bertugas menjaga kaunter Medicine. Seperti yang dijangka, ramai yang berminat untuk menjurus ke bidang ini. But rather than I beat around the bush by telling them everything, I asked them a questions. Jelasnya, masih ramai yang belum tahu ‘jalan-jalan’ yang perlu ditempuh untuk menjadi seorang doktor (I was one of those before) Perbualan menjadi rancak seketika kemudian dengan pelajar-pelajar mula bertanyakan soalan.

Soalan favourite

Ada satu soalan favourite yang sering ditanyakan kepada kami pelajar perubatan. Yup, you guessed right!

“Susah tak belajar medik?”

Saya tertawa kecil mendengar soalan tersebut. Tidak kurang sepuluh kali rasanya saya menjawab soalan yang sama pada hari itu. Jawapan yang diberi mungkin berbeza-beza dan tipulah jika saya katakan belajar medic tidak susah. Ya, mungkin tidak sesusah- mana.

” Akak nak tanya, masa adik-adik ambil periksa PMR, waktu tu, adik-adik rasa senang tak?”

“er..senang jugakla kalau nak compare dengan SPM,” seorang adik menjawab.

“Tapi waktu tu, rasanya PMR tu pun kira susah jugak,” sampuk seorang lagi.

That’s it! UPSR, PMR, SPM, bukankah setiap satunya berbeza tahap kesusahannya? Jikalau selepas SPM kita mengambil jurusan perubatan yang susahnya jatuh no.2 daripada SPM, mungkin lebih baik SPM dimansuhkan…apa yang manisnya jikalau tiada yang perit itu?..cuba tanyakan pada doctor yang sudah bekerja, tentu mereka rindukan zaman semasa bergelar pelajar perubatan..=)

Tahapnya lebih susah. Tapi kita tahu kita boleh kerana kita ada kemampuan itu. Kita ada pengetahuan itu. Kita ada potensi itu yang boleh kita gilap. Bukankah syurga itu juga mempunyai tingkatannya? Dan mahu memperoleh syurga tertinggi juga bukankah memerlukan pengorbanan?

Yang pastinya, betulkan niat. Mengapa hendak menjadi doktor?

Antara yang turut menjadi kerisauan para pelajar ialah keputusan peperiksaan percubaan yang lepas. Juga status mereka sebagai pelajar bukan streaming. Kerisauan mereka itu berasas. Siapa yang tidak risau jika keputusan tidak mencapai sasaran?

Saya menenangkan mereka dengan memberi jaminan bahawa mereka mampu maju lagi. Peperiksaan percubaan bukanlah penentu keputusan peperiksaan SPM. Secara peribadi, saya menilai ia sebagai kayu pengukur diri. Masih ada ruang untuk memperbaiki dan men’topup’ apa yang perlu. Apa lagi yang saya tak tahu? Eh, kenapa jawapan ni tak dapat markah? dan sebagainya..

Dan usah khuatir andai anda bukanlah pelajar kelas streaming. sekiranya anda kuat berusaha, anda juga mampu mampu berjaya. Pokok pangkalnya, mahu atau tidak?

Bertolak pulang

Program tersebut dijadualkan berlangsung sehingga malam. Program kedua P3 adalah forum bertajuk “Kehidupan di Universiti- sebelum, semasa dan selepas”oleh para doktor lepasan KISAS.

Saya bertolak pulang pada petang itu juga. Sorry, I can’t stay long~ hanya doa yang dapat saya titipkan.

Semoga berjaya di dalam SPM saya ucapkan kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM 2008. Semoga Allah memberkati usaha kalian semua dan memperoleh kejayaan yang terbaik, berkat hasil usaha yang terbaik, insya-Allah…

Dan pena pun diangkat~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: