DAGING, UBI DAN JEPUN

15 Sep

“Suka-suka hati aje diorang ni nak naikkan harga barang,” kata Ummi di suatu petang.

Saya yang sedang memotong cili kering saat itu melihat kepada Ummi.

“Ha?” kata saya sambil memandang ummi meminta diteruskan bicara.

Saya menjadi pendengar setia cerita Ummi sambil mencelah di mana yang patut. Marah betul Ummi nampaknya.

Menurut ummi, harga daging yang dahulunya RM17 sekilo sudah naik seringgit. Bila disergah, penjual daging itu jadi gugup. Hendak menimbang pun serba tak kena. Rasa bersalah barangkali.

“Memang suka-suka aje diorang ni nak naikkan harga,” Ummi masih tidak berpuas hati.

Tambahnya lagi, ini semua kerana sikap pengguna itu sendiri. Waktu ummi membeli barang basah, samada daging mahupun ayam, tidak ada seorang pun yang bertanya harganya pada penjual. Yang ada hanyalah,

“Dik, mintak daging tu sekilo,”

“Ayam tu bagi dua ekor ya,”

Dan selepas membayar, mereka berlalu. Tidak langsung ambil peduli harganya.

Kebanyakan mereka yang membeli begitu adalah mereka yang jarang-jarang ke pasar.  Membeli seperti di pasar raya. Yang harganya sudah tertampal. Hanya perlu pilih dan bayar. Tidak ada tawar-menawar.

“Salah ke diorang buat camtu? Takpela Ummi, duit diorang,” komen saya.

“Salah!” kata Ummi. Tegas.

“Sebab ianya melibatkan ramai orangla ianya jadi salah. Kalau seorang yang buat macam itu tak apa. Tapi kalau semua pun buat macam tu, peniaga ni naik tocangla. Dia tahu orang tak kisah dengan harga. Akan beli juga. Jadi diorang naikkanlah harga sikit-sikit,”

Kata-kata Ummi ada kebenarannya. Jikalau seorang sekilo, dah untung lebih seringgit. Itu kalau beli sekilo. Kalau tiga kilo? Tidak dikira lagi bilangan orang yang membeli. Golongan ini tidak langsung ambil peduli dengan kesusahan orang lain. Hanya melepaskan ‘tempolok’ sendiri.

Antara alas an-alasan yang diberi ialah kenaikan harga minyak. Hmm..macam itulah selalunya. Bila harga minyak naik, semua barang pun naik harga. Beras, minyak masak, garam, gula dan berbagai lagi keperluan harian. Untuk bercakap tentang itu, saya serahkan pada yang pakar.

Perkara utama yang dititipkan Ummi lewat petang itu adalah supaya KITA ini lebih peka. Baik dalam perkara kecil begini mahupun hal yang lebih besar. Jikalau semua orang menerima sahaja, perkara ini tidak akan selesai.

” Nanti Ummi nak panggillah orang perdagangan dan hal ehwal negeri tu. Pasar Besar ***** tu macam dah tak ada siapa kawal nampaknya. Hari tu harga ayam naik lagi entah ke berapa kali,” tambah Ummi.

Mungkin itu yang terbaik. Lakukan apa sahaja untuk kemaslahatan bersama!

Kami meneruskan usaha menyiapkan hidangan berbuka puasa pada petang itu. Masa dah semakin terhad. Menu petang itu adalah roti jala, sambal ikan bilis, nasi, kari, dan ubi rebus. Sangat menyelerakan!

BERBUKA PUASA

Alhamdulillah, kami berjaya menyelesaikan puasa pada hari itu. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan kepada Allah.

Semua orang makan dengan berselera sekali. Abah yang sememangnya meminati ubi makan dengan penuh asyiknya. Tertarik rasanya untuk turut mencuba makan ubi dengan sambal tumis ikan bilis. Sedap dimakan semasa panas!

Sambil itu, abah bercerita…

” Semasa zaman Jepun dulu orang Melayu hanya makan ubi saja. Tahun 1941, Jepun menjajah tanah Melayu. 3 tahun rakyat hidup menderita,”

Sambil mencicip ubi tersebut, saya terbayang bagaimana agaknya suasana zaman itu. Ubi memang sedap, tapi kalau asyik makan ubi sahaja setiap hari? Bagaimana perasaannya?

“Abah, tak ada ke beras masa zaman tu?,” saya bertanya. Persis seorang anak kecil. =)

“Tak jual. Waktu tu hanya orang yang kaya mampu makan nasi. Kesannya, ramai yang jadi dungu. Otak tidak berkembang. Zat tidak cukup,” jelas abah panjang lebar.

Benar. Menurut ingatan saya, semasa zaman penjajahan Jepun, bekalan beras dicatu. Rakyat hidup dalam ketakutan. Silap-silap kena pancung ‘kapara’.

Subhanallah. Segala puji baginya atas segala nikmat yang diberinya. Kita pada hari ini hidup aman damai. Segala makan pakai semua cukup.

Saya teringat saranan seorang pemimpin semasa harga minyak diumumkan naik. Katanya, beras boleh diganti dengan ubi. Berjimat. Ubah gaya hidup. Hm…pasti ada yang sensitive mendengar perkataan ‘ubi’. Terutamanya nenek dan atuk yang hidup di zaman Jepun dahulu.

Sekarang pun, ummi dan abah mengusahakan kebun di depan rumah. Alhamdulillah, usaha mereka sudah membuahkan hasil. Tidak perlu lagi membeli sayur di kedai. Hanya pilih dan petik!

Macam-macam.. Semuanya kerana harga minyak yang naik.

Minyak..minyak….


Dan pena pun diangkat~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: