Kepulangan ke Dublin (2)

24 Sep

ISNIN, 22 September 08

Insya-Allah, pada hari Jumaat, 26/9, saya akan berangkat pulang ke Dublin. Itu bermakna, tinggal 5 hari sahaja lagi saya di Malaysia.

Perasaan? Susah untuk saya gambarkan. Semakin dekat dengan hari kepulangan ke Dublin, saya merasa semakin sayu. Sayu untuk meninggalkan keluarga tercinta. Namun, demi sebuah perjuangan, saya tegarkan hati ini. Di sebalik rasa itu, saya sebenarnya teruja untuk memulakan sesi pengajian yang baru. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran saya rafa’kan padanya kerana mempermudahkan bagi saya dan sahabat-sahabat yang lain dalam peperiksaan yang lepas. Insya-Allah, kami sudah pun bergelar pelajar tahun dua dan akan menerima ‘adik-adik’ baru!

BERSEDIA…BERSEDIA…

Macam-macam benda perlu disiapkan. Dan yang pastinya, lebih banyak pakaian dan rempah ratus yang perlu dibawa kali ini. Kemungkinan besar saya tidak akan pulang ke tanah air pada cuti Summer depan. My term in Dublin would be for another 1  and a half year. It would be best if I make full use of that time Insya-Allah. Begitulah juga pesan ummi. Namun, terpulang kepada situasi. Kita merancang, Allah sahaja yang menentukan.

Lebih dari itu, persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi semester baru. Mental-what to expect next year, books, knowledge etc. Physical-health, health, and health.

Semester satu tahun lepas, saya dilanda sakit yang berturutan. Selesema, batuk dan demam. Rasanya, badan saya hampir ‘immune’ kepada semua ‘strain’ bakteria yang ada di Ireland. Sehingga begitu sekali. Penyesuaian suasana barangkali. Ada beberapa orang yang mengajukan soalan yang sama kepada saya,

“Bibah memang selalu selesema ke?”

” Bibah memang senang demam ek?”

Tidak tahu saya bagaimana untuk menjawabnya. Cukuplah diam saya sebagai tanda kurang senang dengan soalan tersebut.

Bagi saya, sakit apa pun yang menimpa seseorang, semuanya datang daripada Allah. Sebagai ujian tahap keimanan individu tersebut. Sejauh mana dia boleh menahannya tanpa mengeluh dan menyalahkan sesiapa. Bagaimana dia mengharungi rutin seharian meskipun kurang sihat. Terutamanya dalam bab ibadah solat. Juga ujian kepada orang-orang di sekeliling individu tersebut. Sama ada mengambil berat atau membiarkan. Merasa tidak selesa kerana takut berjangkit atau menolong mengurangkan sakit.

Tiada musibah yang mengesani seseorang Muslim melainkan Allah mengkafarahkan sebahagian daripada dosa-dosanya, walaupun ia menerima satu tusukan dari duri.

Ya Allah, ampunkanku kiranyaku mengeluh menerima ujianMu ya Allah.

Juga, saya meminta maaf andai sepanjang tempoh itu, saya telah menyusahkan sesiapa. Maaf, saya tidak berniat.

Semester itu juga, saya dijangkiti ‘conjunctivitis’ atau mata arnab. Mata saya merah, berair dan gatal. Pada mulanya, saya hanya menuam air panas pada kedua mata. Seorang sahabat menyarankan saya berjumpa doktor. Saya faham. Penyakit ini senang berjangkit. Walau dengan memandang sahaja. Memandangkan ianya begitu tidak menyelesakan dan bakal menyusahkan orang lain, saya pergi berjumpa doktor. Ingat, jaga kemaslahatan bersama~

Benar kata senior, anything involving the eyes are extremely expensive in Dublin. Ubat mata yang dibeli berharga hampir 10euro!

Alhamdulillah, Allah mengurniakan saya kesihatan yang baik sepanjang semester 2. Terutamanya ketika menjelang minggu peperiksaan. Persediaan dapat dilakukan dengan sebaiknya. Saya sebutkan minggu peperiksaan kerana orang selalunya jatuh sakit waktu begini. Waktu sibuk menelaah hingga tidur dan makan kurang terjaga. When the mind was in a state of mental labour due to last minute study. Ingat! Amalkan continuous revision, ianya cara paling mujarab.

Pesan saya pada diri sendiri dan juga pada yang lain, jaga kesihatan untuk kesejahteraan sepanjang hayat.

-Adapt a regular eating habit.

-drink plenty of water

-seek doctor for treatment for any contagious and chronic disease.

-take medication (panadol, homeopathy medicine etc)

-reduce caffeine intake

-get enough sleep

And etc~

Bekalan ubatan sudah dibeli. Insya-Allah, sebagai suatu usaha.

Mentally, I’m prepared Insya-Allah. Semoga ilmu-ilmu yang dipelajari in the 1st year masih boleh dikeluarkan dan lekat di dada. Nampak gayanya, banyak juga  yang perlu ditelaah semula. Anatomy and CC. Ilmu bukan hanya untuk exam, itu sikap yang saya cuba tanam di dalam diri. Jikalau 1st class itu merupakan gred paling cemerlang, why not strieve for it?

Esok, banyak benda perlu dilakukan.

Malam pun semakin larut…

Dan pena pun diangkat~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: