Kepulangan ke Dublin (3)

25 Sep

SELASA, 23 September 08

RUMAH BARU

Saya siap menghantar emel kepada Farah dan Mas beberapa minggu yang lalu. Kandungan emel tersebut adalah untuk mengingatkan mengenai barang-barang dapur yang perlu dibawa. Like last year. Bekalan dapur kami hampir habis.

Pada tahun ini, kami berempat akan duduk di rumah baru. Saya, Mas, Farah dan Tiqah. Rai berpindah bersama rakan2 dari Trinity.

Tidak seperti sebelumnya, perjalanan ke RCSI daripada rumah baru ini hanya mengambil masa 15 minit. Sewanya- 325 euro. Agak berbaloi saya rasa.

Saya teringat lagi saat mengangkut barang ke rumah baru.. Mujurlah dekat sahaja. Maka, kami memilih membeli ‘Rambler’ dan mengangkut barang berulang alik. Fiuh, memang memenatkan. Itu baru barang sendiri. Belum lagi pinggan mangkuk serta almari buku. Yang itu, kami menyewa sebuah van teksi. Saya kurang pasti sewanya, tetapi lebih kurang ~50euro. Berbaloi juga. Proses mengangkut barang + last minute shopping + settle sewa rumah + kemas rumah berjalan selama 3 hari, sebaik sahaja saya, Mas dan Tiqah pulang dari Paris.

Meskipun penat, saya merasakan pengalaman tersebut sangat indah dan merapatkan hubungan sesama kami. Terima kasih kepada Farah yang sudi membelanja Chicken Hut! Terima kasih Tiqah sebab sudi membasuh peti sejuk yang er…he3..Thanx to Mas for calling the taxi and also Rai for helping cleaning up the room. Tanpa kerjasama daripada semua orang, susah juga rasanya. Thanks gurls!

Oh ye, ada beberapa orang pelajar RCSI yang menyewa di apartmen berdekatan. Liyana Huda, Sarah, Azie dan Aten. Juga sekumpulan pelajar lelaki.

BERKEMAS

Saya ber’chatting’ dengan liyana aka apan semalam. Katanya, sudah siap mengemas barang. Di pihak saya, baru 80% selesai. Ada barang yang belum dimasukkan lagi dan masih ada beberapa barang perlu dibeli. Harapnya muat dan yang paling penting, tidak melebihi berat!

10 MALAM TERAKHIR

Dalam kesibukan mengemas dan mengurus segala persiapan, terkadang saya terlalai. Terlalai dalam membanyakkan amal ibadah. Hari ini merupakan hari ke 23 umat Islam berpuasa dan baginda Nabi saw sangat-sangat menganjurkan umatnya agar menghidupkan 10 malam terakhir.

Saya tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal dalam blognya www.saifulislam.com. Di dalam artikel yang bertajuk “Ketidakpastian yang disengajakan”, saya menemui mutiara-mutiara hikmah yang sangat bermakna. SAME EVENT, DIFFERENT OUTCOME. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya Insya Allah. Silakan melawat ke blog ustaz untuk membacanya ya!

Selamat memburu dan mengejar Lailatulqadr!

Dan pena pun diangkat~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: