Kepulangan ke Dublin (4)

25 Sep

RABU, 24 September 08

Entah bila proses mem’packing’ barang ini akan selesai. Target saya, Khamis ini. Mudah-mudahan.

Setiap kali ada antara kami yang akan mula masuk ke asrama, ummi dan abahla yang merupakan orang yang paling sibuk. Daripada awal proses sehinggalah ke akhir. Membelikan barang, membantu menyiapkan dokumen, menolong mem’packing’ barang, dan menghantar. Tidak pernah tidak. Sungguh, saya bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan ibu bapa  seperti ummi dan abah.

Terima kasih ummi dan abah. Jasa ummi dan abah akan kakngah kenang sepanjang hayat.

Masih saya ingat akan tabiat ayah saya yang satu itu, daripada masuk Tingkatan 1 hinggalah tamat Tingkatan 5, malahan hingga ke INTEC. Sebelum bergerak dari rumah atau pulang dari sekolah, abah pasti bertanya;

” Dompet ada?

“Ada” jawab saya pendek.

“IC?”

“Ya, ada”

“Locker semua dah kunci? Barang-barang semua dah simpan?”

“Ya, sudah”

Begitulah setiap kali.  Abah akan membuat check list atas barang-barang penting yang perlu ada dengan kami sentiasa. Dompet, handset, IC, kamera dan sebagainya. Untuk saya, passport sebagai tambahan.

Mengenang kembali kisah dulu, saya tersenyum sendirian. Jika dulu saya kurang menghargai tabiat abah yang satu itu, kini saya rindu untuk mendengarnya. Tanpa disedari, ia membentuk saya. Mengajar saya supaya sentiasa bersiap sedia dan menjaga barang-barang sebelum ke mana-mana. Sudah duduk jauh di perantauan, pandai-pandai sendirilah. Tidak boleh mengharap ummi dan abah untuk mengingatkan selalu.

DISELUK

Pernah terjadi, dompet saya dicuri penyeluk saku di Dublin semester 2 yang lepas.  Atau lebih tepat, penyeluk beg galas. Malang memang tidak berbau. Meskipun nampak pencuri tersebut, kami gagal mengejarnya. Tidak mengapalah. Kepada semua, saya menyeru, berhati-hati sentiasa.

Ø Galas beg anda erat-erat di kawasan orang ramai lalu lalang

Ø Pastikan tiada orang mengekori anda. Awas akan orang yang cuba merapatkan diri dengan anda.

Ø Jangan meletakkan semua dokumen seperti kad kredit, kad debit, gambar passport, resit-resit di tempat yang sama iaitu dompet anda. Sekali dompet anda hilang, anda hilang semua.

Ø Simpan nombor telefon polis dan bank tempat anda menyimpan wang.

Ø Last but not least, andai anda nampak pencurinya, jangan ragu-ragu, KEJAR, LARI KUAT-KUAT dan JERIT ‘PENCURI! PENCURI!’. Berlatih ya! ^-^

Baiklah, setakat ini dahulu. Ada perkara lain perlu saya bereskan.

Esok adalah entri terakhir sebelum saya berangkat ke Dublin Insya-Allah.

SELAMAT BERPUASA!

Dan pena pun diangkat~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: