Cerita card-signing

31 Oct

~Optimis, jangan pesimis~

Selesai sudah.

“You know a lot, but you need to know the big thing. You know, those muscle of mastication are the things that you surely need to know about,” said Faraaz.

“I’m sorry, I have to give you a B,” he added while he wrote the grade on the paper.

Saya terdiam. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Saya hanya mampu menganggukkan kepala tanda setuju…Berakhirlah sudah card signing pertama untuk semester ini.

Card signing merupakan ujian oral anatomy yang diadakan setiap dua minggu sekali. Meskipun peratusan markah yang diperuntukan untuk ujian oral ini sedikit, tidak sedikit malahan ramai yang dilanda demam card signing.

Saya tidak pasti apakah perasaan saya ketika itu. Sedih? Saya sudah merasakan yang lebih sedih dari itu. Biasa sahaja? Tidak juga. Marah? Pada siapa? Bukan juga. Gembira? Jauh sekali.. Perasaan saya bercampur baur. Ya, salah saya. Saya memberikan perhatian yang lebih terhadap perincian yang lain sehingga saya terlupa untuk menghadam maklumat itu. I knew the eight muscles supplied by the mandibular branch of the trigeminal nerve, but I failed to recognize that 4 of them are the important muscle of mastication. Lateral pterygoid, medial pterygoid, masseter and temporalis. Fikiran saya bagai buntu untuk menjawab soalan tersebut. I have no idea! Ya Allah, sungguh, Kau berkuasa ke atas setiap hamba-hambaMu.

Saat menceritakan kepada seorang sahabat sejurus selepas itu, wajah saya terasa panas. Ada air mata yang bakal bergenang. Sukar, sukar untuk tidak berasa sedih.

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsir
an


KISAH KALI PERTAMA

Sejarah bagai diulang saat itu. Setahun yang lepas, tatkala baru mengenal card signing, tangan saya bagai direndam di dalam ais. Sejuk! Jantung saya berdegup kencang seperti selepas berlari 100 meter dan perut saya bagai memulas-mulas. Aduh! Semuanya gara-gara card signing! Pelbagai nasihat daripada senior supaya bertenang bagai tidak berguna. Melangkah masuk ke bilik anatomy sahaja sudah cukup mendebarkan. Tetapi itu hanya pada kali pertama. Setahun yang lepas. Musim luruh ini, saya lebih tenang.

No more cold hands and no more tachycardia. Kuncinya, bersedia dan yakin.

Kali pertama card signing, saya mendapat dissector yang tidak saya kenali. Wajahnya membayangkan usianya dan dia kelihatan serius. Masih saya ingat lagi, waktu itu, semua orang mendapat A kecuali dua orang. Yes, you guessed right. I got B together with this one boy. Tidak tahu di mana silapnya. Di pihak saya, mungkin kerana tidak yakin dengan jawapan sendiri. Entahlah.

” Ok. Everyone got an A this time around. That’s good…and two people got B…and they deserve it…”said the examiner.

It’s bad enough that you got B when everyone got an A. But it hurt you most when people said something that shouldn’t be said. Especially when you’re new to something. Saya pulang petang itu dengan hati yang bagai ditusuk duri. Lumrah.  Andai ada berada di tempat saya, anda faham perasaannya.

Pernahkah anda merasakan jikalau anda diberi soalan yang lain, anda pasti boleh menjawabnya? Jika anda mendapat examiner yang lain, gred anda pasti lebih baik? Juga pernahkah anda merasakan yang examiner tidak adil dalam memberikan gred?

BERLAPANG DADA

Astaghfirullahal’azim…Sudah-sudahlah. Jangan bersangka yang tidak-tidak. Saya tersentak. saya sudah menyangka yang bukan-bukan dan sesungguhnya sebahagian antara sangkaan itu adalah dosa. Segalanya telah tertulis. Kita hanya mampu berusaha, diiringi dengan doa dan tawakal kepadaNya. Takdir Allah itu terletak di hujung usaha kita.

“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata”

(Al-An’am:59)


Semasa menulis entry ini, hati saya sudah kembali tenang. Belajar berlapang dada. Haih, kecik sangat card signing itu untuk diratapi. Not big enough to make a fuss about. Ada perkara yang lebih besar untuk difikirkan. Ada seorang sahabat saya, tanpa diketahui, rupanya mendapat C dalam card-signingnya yang pertama. Dia secara jujur mengaku yang dia menangis. Namun, ianya tidak mematahkan semangatnya dan Alhamdulillah, dia mendapat kelas pertama dalam setiap mata pelajaran semester itu.

Pokok pangkalnya, diri sendiri. Sentiasa ada ruang untuk memperbaiki diri. Jangan biarkan satu kesilapan pada kali pertama merosakkan semangat untuk melakukan yang lebih baik di masa hadapan. Juga jangan cepat berpuas hati dengan kejayaan yang sementara. Bagi yang turut mendapat B, usah bersedih lagi. Baru kali pertama. ^-^

BERBEZA

Knowing that Allah knows what’s best for you is enough to ease the pain in your heart. Semoga Dia memberi ganti yang lebih baik insya-Allah.

“… Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagiMu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui…”

(al-Baqarah:216)

Masih ingat kisah examiner yang saya sebutkan di atas? It turns out that he becomes one of my favorite lecturer. Mr Harold Brown. Sarcastic and ironic. We had our last lecture with him last week. We surely will miss him and as for me, I will always remember that day…Pesan saya pada diri, Be optimis, not pesimis!

Dan pena pun diangkat~

Care to comment?

3 Responses to “Cerita card-signing”

  1. dya November 2, 2008 at 9:27 pm #

    salam bibah…btoi ckp hang..actually card signing ni psiko je lebey..kalau ikutkan..mmg rezeki je..too many variables..dpt B or C tak bermakna org tu tak bagus.Dapat A pun tak bererti die pandai.. Adalah hikmahnya di sebalik apa yg Allah nk beri pda kita.
    Orang selalu alpa dgn kejayaan/kepandaian diri walhal kejayaan & kepandaian tu juga merupakan ujian pada kita.

    apapun, chaiyo!

  2. fatein November 17, 2008 at 9:05 pm #

    salam beebah.
    saja nak gitaw, alamat blog dah tukar.sebab ada orang lain guna alamat lama (pelik tak? pelik kan?)

    so, ni yang baru: http://fateinnabeila.blogspot.com

Trackbacks/Pingbacks

  1. Menyelak diari Dublin « SWEET & SOUR - December 15, 2009

    […] Card signing pertama tiba (oral exam untuk subjek anatomy yang diadakan setiap minggu). Masih segar lagi dalam ingatan hari bersejarah itu. Haih. Saya rindu dengan card signing. Rindu perasaan memegang organ-organ manusia dengan kedua belah tangan (semestinya bersarung!), Brain, heart, liver, spleen, eyeball…Tidak lupa juga saat membelah perut cadaver untuk melihat ke dalamnya. Greater omentum, colon, stomach, abdominal aorta.. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: