Musim luruh yang lebih tenang

31 Oct

Sudah menjadi tabiat bagi saya untuk menulis tarikh pada setiap nota. Pagi itu merupakan kelas John Waddington-Pharmacology dan semasa saya menulis tarikh hari ini- 28/10, saya bagai terkena renjatan elektrik. 28/10. Hari ini merupakan hari ulang tahun ketibaan saya ke Dublin. Sudah setahun berlalu. Masih saya ingat, waktu itu musim luruh baru tiba. Meskipun baru musim luruh, sejuknya bukan kepalang. Pertama kali merasakan kesejukan di negara orang putih. Ianya bukan kesejukan yang dirasakan di Malaysia tatklala hari hujan. Bukan juga kesejukan di kampung tatkala mandi kolah di pagi hari. Kesejukan yang saya rasakan itu adalah seperti berada di dalam peti sejuk yang suhunya ditetapkan di bawah 15C. Grr…saya menggigil kesejukan.

Setahun yang lalu, kami, pelajar JPA dari INTEC dan beberapa pelajar lain dari KMB, melakukan kembara merentas benua selama 15 jam di dalam kapal terbang. Suatu kembara ilmu, jauh meninggalkan keluarga dan negara tercinta. 15 jam perjalanan. Bayangkan! Kami transit di London selama sehari dan saat mula-mula menjejakkan kaki di tanah asing itu, saya diselubungi perasaan syukur dan sayu. Segala pujian bagiNya yang telah mempermudahkan jalan ini bagi kami. Dua tahun di INTEC, pelbagai tapisan dilalui. Temuduga, IELTS, A-Level dan pelbagai lagi. Ya Allah, sungguh, tiadalah daya kami melaluinya melainkan dengan izin dan bantuanMu jua…

Pelbagai penyesuaian perlu dilakukan semasa mula-mula datang. Cuaca, teknik belajar, suasana persekitaran, bahasa, dan macam-macam lagi. It actually depends on how you overcome the situation and get a grasp of yourself. Terlalu banyak bermain mengundang padah but all work and no play make jake and jane a dull boy and girl. It was a journey of finding a balance between your studies and meeting people. As I said, it was and still is a journey of one.

Petang tadi, saya dan Dya mengadakan R&R (Relax and Recharge) bersama-sama adik-adik first year. Setahun yang lalu, saya berada di tempat mereka. Merasakan debaran yang hebat tatkala minggu card signing tiba. Saya memahami keserabutan kepala mereka memikirkan buku dan nota-nota yang perlu dihadamkan. Kerisauan jika gagal menjawab di hadapan rakan sekumpulan. Lebih dari itu, takut jika tidak mendapat gred yang diinginkan. Saya juga akan menghadapi card signing pada minggu ini. Perasaan takut tidak lagi sehebat dulu. Musim luruh ini, saya lebih tenang. Sudah tahu tekniknya. Bersama Dya, saya berkongsi dan membantu mereka apa yang patut. Selebihnya, terpulang kepada mereka. Semoga mereka dilancarkan lisan dan dipermudahkan menjawab soalan yang dikemukakan nanti.

Tepat jam 6 petang, R&R kali pertama kami berakhir. Di luar, malam sudah melabuhkan tirai dan cuaca semakin sejuk. Saya menyelusuri jalan pulang ke rumah sambil mata sesekali memandang ke langit. Kasih sayang Allah terasa begitu dekat. Dalam hati saya berdoa, moga musim luruh kali ini lebih tenang…

Dan pena pun diangkat~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: