Suatu petang~

24 Nov

did-u-smile

Saya memandang ke arah pintu masuk bas. Ada beberapa penumpang masuk dan beberapa yang lain keluar. Seorang wanita separuh umur melangkah masuk ke dalam bas. Selesai membayar tambang, dia memandang ke tempat duduk belakang lalu tersenyum kepada saya.

Wanita separuh umur itu mengambil tempat di sebelah saya.

“Are you ok?”

Erk. Aneh.

Orang Irish memang terkenal dengan keramahan mereka. Ianya bukanlah merupakan sesuatu yang aneh di Dublin ini jika sedang anda menunggu bas, seorang pakcik menegur anda, menanyakan khabar anda, bercakap tentang cuaca dan lebih lanjut lagi, bertanya tentang Islam. Satu peluang yang sangat baik untuk memperkenalkan  Islam dan Muslim itu sendiri! Satu suasana yang sangat menarik bagi saya. Mana mungkin anda bercakap dengan orang yang tidak anda kenali dan bertanyakan khabar mereka. Mungkin, tapi sedikit ralat.

Cumanya saat itu, saya terkejut dengan pertanyaan wanita tadi. Perbualan yang bukan bermula dengan cuaca dan bertanya khabar.

“Sorry?”

“Are you ok?” tanyanya lagi.

Pelik.

“Ya, great. I’m fine, thank you…er..why?”

Perempuan itu tersenyum.

“Because you look kinda sad,” balasnya.

Saya ketawa di dalam hati. Alamak, muka sedih ke?

“Maybe because of the weather,” wanita tersebut memberikan komen.

Saya tertawa kecil. Aduh, saya ‘terlupa’ untuk tersenyum!

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Sudah lama saya tidak mendengar teguran sebegitu. Kali terakhir mungkin adalah tiga tahun yang lalu. Daripada pensyarah saya sendiri.

“Smile! Then you’ll look more friendly,” kata Pn Rita sambil menunjuk pada gambar passport saya.

Waktu itu, saya menghantar borang untuk peperiksaan IELTS yang sudah diisi. Wajah masam di dalam gambar adalah kerana tidak bersedia bergambar. Sedar-sedar, gambar sudah diambil dan hasilnya…muka yang masam mencuka.

Benar kata pensyarah saya itu. Anda menjadi seorang yang senang didekati hanya dengan senyuman.  Sedikit lengkungan di sudut bibir sudah cukup menggembirakan orang lain.

“Smile to people always because your smile might be the first smile they got today”

Terkadang kita terlupa untuk tersenyum. Terlupa? Ya. Kerana terlalu banyak perkara di dalam kepala.  Memikirkan tugasan-tugasan yang perlu disiapkan, mencerna pelajaran yang baru dipelajari, cuaca yang kurang baik, muka berkerut kerana bergaduh dengan orang, kurang sihat dan sebagainya.

“If someone is too tired to give you a smile, leave one of your own, because no one needs a smile as much as those who have none to give”

Senyuman adalah bahasa dunia. Anda akan mudah mesra dengan orang yang tidak dikenali hanya dengan melemparkan senyuman tanda perkenalan.

“There are hundreds of languages in the world, but a smile speaks them all”

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Saya merasa malu kerana ditegur begitu. Lebih dari itu, saya kesal kerana tidak tersenyum dan memberikan imej yang tidak baik kepada yang bukan Islam.

Ingat! Senyum dengan ikhlas dengan mata dan dari hati. Senyumlah dan seluruh dunia akan turut tersenyum bersamamu.

Senyuman adalah dakwah dan semua orang boleh berdakwah! =^^=


senyum seindah suria
yang membawa cahaya
senyum dari hati
duniamu berseri

senyum umpama titian
dalam kehidupan
kau tersenyum
kutersenyum kemesraan menguntum

senyum…kepada semua
senyumanmu amatlah berharga
senyum..membahagiakan
dengan senyuman terjalinlah ikatan


Dan pena pun diangkat~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: