…Raya oh Raya…

8 Dec

“Menjadi model isteri mithali yang harus kita contohi,”

“Nabi Ismail yang masih muda sanggup membiarkan diri disembelih menjadi satu pengajaran kepada kita semua. Pengorbanan itu harus dilakukan oleh segenap lapisan umur tidak kiralah yang tua ataupun yang masih muda,”

“Ibadah korban yang dilakukan selepas solat sunat Aidiladha adalah disyariatkan dan mendapat pahala yang besar di sisi Allah manakala ibadah korban yang dilakukan sebelum itu hanyalah menjadi daging untuk diberikan kepada keluarganya (sedekah) bukan termasuk binatang korban”

Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan kepada takwa dari kamu. … (Surah al-Hajj, ayat 37)”

Begitulah antara isi khutbah yang disampaikan.

Beberapa orang hadirin menganggukkan kepala mendengar khutbah yang disampaikan. Sebahagian yang lain tunduk merenung lantai, menghayati isi-isi khutbah. Ada beberapa orang muslimat yang baru tiba duduk mengambil tempat selepas bersalam-salaman dengan orang terdekat.

Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat ilahi. Alhamdulillah, dapat juga saya bersolat sunat aidiladha setelah terlepas peluang tersebut pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Dapat sama-sama bertakbir, menghayati bait-bait yang dialunkan bersama sahabat-sahabat yang lain di Malaysian Hall. Dan dapat juga mengingatkan diri dengan isi khutbah yang disampaikan.  Terasa tenang dan damai. Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar…

Hari ini, Isnin, bersamaan dengan 10 Zulhijah 1429H, umat Islam di seluruh dunia meraikan Hari Raya Aidiladha sebagai tanda berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah. Mengenang kembali kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan kepatuhan Nabi Ismail tatkala menerima perintah Allah.

Kelas kami-pelajar JC3 hanyalah pada jam 8-9 pagi tadi. Dengan riang hatinya kami melangkah ke Malaysian Hall selepas tamat kelas. Rakan-rakan di universiti lain ada yang menghadapi peperiksaan pada hari ini. Oh..hebat dugaannya. Tika orang lain bertakbir, mereka memerah otak menjawab soalan. Di malam hari raya tatkala ramai sibuk menyediakan juadah hari raya, mereka bersengkang mata mengulangkaji pelajaran. Tabah sahabat. Tabah. Semoga Allah mempermudahkan. Moga pengorbanan itu memperoleh mahabbah Allah.

BERJALAN-JALAN DI HARI RAYA dan MARATHON MAKAN

Di luar, hujan turun renyai-renyai. Instead of having White Christmas, we have Wet Raya this winter. Kami meredah hujan menuju ke Malaysian Hall. Sembahyang hari raya akan diadakan jam 9.30 pagi.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Selepas solat dan khutbah, kami mendapat ole-ole dari Malaysian Hall– Nasi tomato, ayam masak merah, dan kuih-muih. Kemudian, kami beramai-ramai menyerbu rumah Haji Fauzi. Satu kemestian bagi pelajar-pelajar di Dublin ni. Makanan yang disediakan memang sedap! Nasi minyak, ayam tandoori, kek cheese vanilla…Sangat asyik kami menikmati makanan, tidak sedar hampir sejam juga kami di sana. Selepas mengucapkan terima kasih pada seluruh ahli rumah, kami berangkat pula ke 3, Groovepark yang didiami Kak Lala, Kak Raihan, Kak Helma, Ell, Kak Afni, Kak Wada, Azyan, Hafi, Aida, Deli, Norfi dan Amira. Semua Malaysian.

Sebaik tiba, kami bergambar dan solat Zuhur sebelum mengisi perut sekali lagi. Sasaran pertama, rumah Kak Lala. Menunya ialah laksa, kek coklat dan kuih raya.

Kemudian, rumah bawah menjadi sasaran .

Makan..makan..dan makan…

Soto, pegedil dan pudding di rumah Aida dan Deli habis dalam sekelip mata. Sotonya sangat sedap! Perut kenyang, hatipun riang. Sesi bergambar pula.

Perut sudah penuh diisi. Tiada lagi ruang untuk rendang yang dibuat oleh Kak Afni. Tak mengapalah. I’Allah, raya tahun depan kami datang lagi! Sesi makan-makan diganti dengan sesi bergambar. Yea, bergambar lagi! It’s nice to have a day out like today, especially during eid celebration. Dapat berjumpa ramai orang, merapatkan silaturrahim, dan ehem..menambah lemak serta koleksi gambar.

Usai solat asar, kami berangkat pulang. Aduh, terasa senak perut. Makan bagai hanya ingat dunia. Segalanya ditelan. Maklumlah, raya hanya sekali. Hehe. Kain dan stoking juga basah lencun. Balik berehat mengumpul tenaga untuk esok.

Sedang menulis entri ini, handset saya berbunyi. Ada jemputan rumah terbuka di rumah Kahfi. Apa? Makan lagi??

MENGENANG DAN MENGIDAM

Malam sebelumnya, saya mencuba membuat roti jala saya yang pertama. Selama ini, saya hanya membantu ummi menebar roti jala di dalam kuali tanpa mengetahui secara terperinci proses pembuatannya dari awal. Susah juga. Terutamanya apabila saya terpaksa membancuh tepung beberapa kali untuk mendapat tekstur yang dikehendaki. Tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Proses menebar juga mencabar. Beberapa kali adunan melekat dan hangus kerana kuali terlalu panas. Setelah sejam, akhirnya! Adunan dan rasa yang sempurna, warna yang menarik dan tadaa! (lihat gambar) Self-satisfactory.=^^= Kuah kari juga berjaya disiapkan tidak lama kemudian. Hanya pada jam 2.30 pagi baru saya dapat merebahkan diri di katil- selepas membasuh pinggan dan mengemas dapur. Fiuh~

roti jala & kuah kari

roti jala & kuah kari

batch pertama

batch pertama

Sudah dua tahun (sejak datang ke Ireland), saya memasak sendiri rendang untuk hari raya. =^^= Bukan apa, rasa kempunan untuk merasa rendang ummi tak kesampaian, ambil resepi pun jadilah (masakan nak pos dari Malaysia?). Hasilnya, menjadi! Pujian dari rakan-rakan menjadi positive reinforcement untuk mencuba sekali lagi. Raya Aidiladha ini, tiada rendang. Roti jala sahaja.

Ahad lepas, saya menghubungi keluarga di Malaysia. Meskipun talian terputus secara tiba-tiba, perasaan gembira itu tetap ada. Everyone is doing fine. Ummi baru sudah membuat ketupat daun palas. Her very own. Owh, rindunya! Rindu saat bersama adik-adik membungkus pulut dengan daun palas. Bertanding siapa punya lebih cantik dan mirip buatan ummi. Kadang-kadang sampai bergaduh. Rindu juga nak tolong ‘kacau-kacau’ rendang dalam kuali!

Mujurlah ada ketupat palas segera yang dibawa dari Malaysia. Rasa dan teksturnya kurang sedikit dari yang asli tetapi masih sedap. Kerana mengidam, segalanya boleh! Dapat juga mengimbau kenangan dahulu. =^^=

TAKBIR

Sebelumnya, jam 7 malam, jiran kami, Sarah, Apan dan Azie datang. Farah baru sudah menyiapkan rendang segeranya. Saya sedang membuat roti jala-cubaan pertama. Ketupat palas masih direbus.

Kami mempunyai agenda khas malam itu. Bertakbir bersama-sama.

“Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar…

Laailahaillallahu allahuakbar….

Allahuakbarwalillah ilhamd~”

Syahdu rasanya.

Usai takbir, kami menikmati santapan ‘ringan’- ketupat palas, rendang segera yang sedap, roti jala dan air teh.

HARI TERAKHIR

Tadi, saya melihat jadual waktu . Esok, Selasa, tiada kelas untuk kami. Insya-Allah masa yang ada akan diperuntukkan untuk study. Insya Allah! Our last card signing for a lifetime would be this Thursday. Semoga Allah mempermudahkan. Amin~ Kelas terakhir juga adalah pada hari Khamis. Doa saya, semoga Allah melancarkan urusan di hari-hari terakhir persekolahan ini.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Banyak perkara berlaku pada hari ini. Di hari yang mulia ini, most of my agenda is eating. Astaghfirullah. Rasa macam ikut nafsu betul.

Sudah. Masa untuk study dan masa untuk refleksi diri~

Hari Raya Aidiladha, sinonim dengan perkataan korban. Mengenang kembali kisah agung pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail as. Jika dihayati, terlalu banyak pengajaran yang boleh dikutip. Pengorbanan. Berkorban. Terkorban. Sepanjang hidup di dunia ini, sebesar manakah pengorbanan tertentu yang telah dilakukan? Semoga Allah mengampuni kelalaian kita selama ini…

Dan pena pun diangkat~

2 Responses to “…Raya oh Raya…”

  1. aqlily December 9, 2008 at 11:39 am #

    its so exciting to know the life in oversea..especiialy during the hari rayer..sedey gak yer rayer jauh dari keluarga..buat kak bib n sisters brothers yyg lain yg ader g kisas aritu…doaku bersama kamu…

Trackbacks/Pingbacks

  1. Roti jala, Kain dan Sarung Tangan « SWEET & SOUR - December 9, 2008

    […] yang saya sebutkan dalam entri saya sebelum ini, lewat petang tadi, ada jemputan ke rumah Kahfi. Bukanlah open house, tetapi makan-makan sambil […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: