Peristiwa Di Malam Raya

9 Dec

Saya menyapu krim pada lutut yang sedikit luka. Perjalanan tadi memang penuh cabaran. Siapa sangka, kunjugan ke rumah terbuka Kahfi bertukar kepada larian seratus meter mengejar bas.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

7.40 pm, Isnin 8/12.

Seperti yang saya sebutkan dalam entri saya sebelum ini, lewat petang tadi, ada jemputan ke rumah Kahfi. Bukanlah open house, tetapi makan-makan sambil beramah mesra.

Roti jala dan kuah kari siap dibungkus sebagai buah tangan untuk tuan rumah. Saya, Sarah dan Farah bergerak keluar ke perhentian bas tepat jam 7.40 malam. Penggunaan Rambler dilakukan semaksima mungkin meskipun jauh perjalanan hanyalah 15 minit berjalan kaki. Setengah jam menunggu, tiada tanda bas akan muncul. Hanya teksi dan kenderaan lain yang meluncur laju di hadapan kami.

Cuaca bertambah sejuk. Kami menggigil kesejukan meskipun sudah ‘berbungkus’. Hanya saya dan Farah yang memakai sarung tangan. Sarah? Kental!=^^=

Kami masih menunggu 10 minit kemudian. Masih tiada bayangan bas. Kata sepakat dicapai dan kaki mula melangkah meninggalkan perhentian bas menuju ke destinasi. Sambil berjalan, Farah menoleh-noleh ke belakang, masih mengharap. Tiba-tiba,

“Eh, bas!!” jerit Farah.

Apa lagi. Kain diangkat dan kami membuka langkah seribu ke arah perhentian bas seterusnya yang tidak pasti di mana. Seriously, we were running!

Sedang berlari, sesuatu di pegangan tangan saya terlepas. Bekas kuah kari! Beg kertas yang digunakan tidak dapat menahan impak goncangan dari larian. Bekas kuah kari yang bulat itu bergolek-golek dari ruangan pejalan kaki…dan bergolek lagi..dan lagi..ke jalan raya! Farah dan Sarah menghentikan larian mereka dan kami sama-sama menjerit sambil memandang bekas tersebut terus bergolek. Seorang wanita di seberang jalan mendengar jeritan kami dan mengangkat bekas tersebut. Mujurlah. Bayangkan  jikalau ada kereta yang lalu!

Sebaik mendapati bekas tersebut selamat, Farah dan Sarah meneruskan larian mereka. Saya cuba mengejar dan Alhamdulillah, tiba di perhentian bas in the nick of time. Sarung tangan dicabut dan rambler dikeluarkan. Sebaik mengambil tempat duduk, saya mengeluh lega. Kami sama-sama ketawa atas insiden yang berlaku.

Selepas bas bergerak, baru saya perasan. Sebelah sarung tangan saya tercicir! Aduh, macam-macam!

Bas meneruskan perjalanan meredah kegelapan malam. Kami tiba di Kahfi sepuluh minit kemudian.

9.15pm, Isnin, 8/12

Kami beransur pulang selepas hampir 1 jam setengah berada di situ. Sekali lagi, kami nekad menunggu bas. Setengah jam berlalu, juga tiada tanda bas akan datang. Adakah Bus Dublin juga bercuti di hari raya?

Baiklah. Sekali lagi kami berjalan kaki meninggalkan perhentian bas sambil mata menoleh-noleh ke belakang. Separuh perjalanan, tiba-tiba…

“BASSSSS!!!”

Dan buat kedua kalinya, kami berlari bagai tidak cukup tanah ke perhentian bas seterusnya yang agak jauh dari posisi kami sekarang. Dengan berkain dan berbaju kurung. Bayangkan!

Sekali lagi, kami berjaya. Kami turun di perhentian kedua. Sebaik turun, ada satu lagi bas muncul. Kali ini, bas terus ke rumah kami. Buat kali ketiganya, larian marathon mengejar bas dilakukan. Sedang berlari..

GEDEBUK!

Kaki saya tersadung pada kain yang dipakai dan imbangan saya hilang. Saya terjatuh di atas jalan. Farah dan Sarah menghentikan larian mereka. Saya dipapah bangun. Namun, kejar tetap kejar. Saya terjatuh, bangun dan kembali berlari tanpa menghiraukan orang yang mungin ada di sekeliling.  Bas hampir tiba. Kami berlari dan syukur, tidak sia-sia. Bas tiba sejurus selepas kami sampai di perhentian bas terdekat.

Tangan luka, kain kotor, kaki mungkin cedera juga dan mujur, tiada lagi benda yang jatuh bergolek-golek seperti awal tadi. Ish. Tragis betul!

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Kenapa saya menceritakan semua ini? =^^= Teruskan membaca.

Despite of all the incidence, I was grateful to have arrive safely at Kak Firdausi’s house and return home in one piece. Bersyukur sangat-sangat. Other bad things could have happen. Takdir benar-benar menjalani pada malam itu. Segalanya berlaku seperti sudah dirancang. Dan ya, memang ia telah ‘dirancang’. Oleh Allah. Saya keluar rumah dengan memakai kain. Kerana kuah roti jala yang bergolek-golek, saya kehilangan sebelah sarung tangan. Dan kerana kain dan sebelah sarung tangan yang hilang, saya tersadung kaki lalu terjatuh dan cedera sebelah tangan. Menarik bukan?

Itulah yang dinamakan qada’. Perlaksanaan terhadap apa yang telah ditentukan Allah. Kita hanya mampu merancang. Allah juga merancang dan Dialah sebaik-baik perancang. Jikalau kita mengetahui perkara yang bakal terjadi, life might not be adventurous and we might not work as hard as we should be to achieve something. Ada hikmah semuanya berlaku. Saya bedoa, moga segala jatuh dan bangun saya itu menghapus dosa-dosa.

Tiada musibah yang mengesani seseorang Muslim melainkan Allah mengkafarahkan sebahagian daripada dosa-dosanya, walaupun ia menerima satu tusukan dari duri.

Lutut saya sedikit berdarah. Harapnya ia sembuh segera.

Malam semakin larut. Badan letih kerana berjalan seharian. Masa untuk melelapkan mata. Mendapatkan rehat yang cukup untuk melakukan tugasan hari esok I’Allah. Bukankah Allah menjadikan tidur sebagai istirehat?

Dan pena pun diangkat~

3 Responses to “Peristiwa Di Malam Raya”

  1. fatin shaaya December 9, 2008 at 12:37 pm #

    hope u r feeling better now. hehe..
    tapi klakar gak la rentetan peristiwa perjalanan korang. ekeke

  2. liyana-chan December 10, 2008 at 9:30 am #

    wahaaaaa.. bibah mempunyai blog.. kuikuikui.. smpena 21st bday kah?? lalalalla~ shweetnye.. +sour.. =P.. raya aji best la thn ney.. hahaha

  3. syazni December 11, 2008 at 9:11 am #

    best la blog kak bibah…menarik jiddan… semoga kaki ngan tangan kak bibah baek cepat…
    tragedi 10 zulhijjah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: