Salam Maal Hijrah!

28 Dec

Maghrib tadi, seluruh umat Islam melangkah ke tahun baru hijrah, 1430H. Alhamdulillah..

Banyak yang hendak saya coretkan. Seribu satu peristiwa berlaku sejak entri saya yang terakhir. Hati memang meronta-ronta untuk menulis di sini. Apakan daya…nota-nota di sisi lebih memerlukan perhatian. Sehingga peperiksaan berakhir, entri-entri separuh siap itu terpaksa diperam dahulu. Semoga Allah mengizinkan ia dipaparkan di sini..

Sehari sebelum 1 Muharram, masyarakat di seluruh dunia digemparkan dengan berita kekejaman rejim Zionis-sekali lagi. Membunuh ratusan umat Islam yang tidak bersalah di Semenanjung Gaza.  Astaghfirullah…

Bersama kita mendoakan keselamatan umat Islam di Palestin sana, semoga mereka diberi kekuatan dalam perjuangan mereka menegakkan agama Islam di bumi Palestin, menegakkan hak mereka dan semoga para tentera kufar itu hancur ke akar umbi…Mainkan peranan kita! Making du’as is the least that we can do.

Pengajaran itu didapati oleh mereka yang mahu berfikir. Akal diberi, membezakan kita, khalifah di bumi ini dengan binatang. Setahun sudah berlalu. bagaimanakah kira melalui setahun yang lepas? Bertambahkah iman dan amal kita? Apakah harapan dan perancangan kita terhadap hari-hari yang mendatang? Tepuk dada, tanya iman…Syukur kepadaNya kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan merasa dua nikmat terbesar iaitu Iman dan Islam…Bersama mengislah diri di tahun baru ini!..i’Allah~

SALAM MAAL HIJRAH 1430H =^^=

Dublin, 10.02pm

One Response to “Salam Maal Hijrah!”

  1. utt December 31, 2008 at 4:24 pm #

    bib!! hehe..i’m not sure why but i feel dis year seems too short. pejam celik tgk2 dah nk new year.huhu..
    n yeah, the conflict over gaza is shocking as always. prayers are the only best method 4 us to help them, as a muslim.

    have a good year ahead bib! dan selamat stadi juge! ^^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: