Untuk Mereka

5 Jan

Tidak lengkap rasanya tidak menulis mengenai isu palestin ini. Bukan untuk memberi tahu, tetapi untuk kita sama-sama berfikir dan mengambil tindakan semampu yang boleh.

PUASA dan DOA

Handset di sebelah saya berbunyi, menandakan adanya mesej yang masuk.

“Salam. 1st Jan Muslims around the globe are fasting and making du’as for the Palestinians, this is the least that we can do. Please forward”

Begitulah bunyi mesej yang dihantar seorang sahabat. Anda mungkin mendapat mesej yang serupa. Apa tindakan anda?

Sejurus membaca mesej tersebut, saya terdiam. Tertanya-tanya. Puasa? Kenapa Muslim satu dunia akan berpuasa esok? Sesaat saya berfikir.

“A ah. Kenapa ek? Eh, puasa jela. Semua orang pun puasa,”kata si A

“Kenapa kena puasa? Malasla. Doa pun dah cukup,”jawab pula si B

Selagi lagi saya tanyakan, apa tindakan anda terhadap mesej tersebut?

Perkara yang dilakukan kerana ikut-ikutan dan tidak jelas matlamatnya mungkin tidak berkesan kepada sahabat-sahabat kita di Palestin sana. Puasa kerana Allah? Tepat jawapannya. Tetapi tidak jelas!

Insya-Allah, semua orang jelas akan matlamat mereka berpuasa pada hari tersebut. Juga pada hari-hari yang lainnya. Ketika berpuasa, perbanyakkanlah berdoa kerana doa orang yang berpuasa terutamanya ketika dia berbuka adalah sangat mustajab dan tidak tertolak oleh Allah swt, sebagaimana yang dijelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ibnu Majah dari Ibnu Sunni yang bermaksud:

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika dia berbuka itu adalah waktu berdoa yang tidak akan tertolak.”

Juga, dari Abu Hurairah dari Nabi :

“Ada tiga hal yang tidak tertolak doa mereka : orang yang berpuasa hingga ia berbuka, dan imam yang adil, dan doa orang yang terzalimi”

(Hadits riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)

Bayangkan jika kita Muslim seluruh dunia berpuasa tetapi sebahagiannya hanya menumpukan masa belajar, melihat televisyen atau solat tanpa mendoakan saudara kita di Palestin sana. Apakah kesannya?

Banyakkanlah berdoa untuk saudara seislam kita di Palestin sana. Setiap waktu jika mungkin. Jika tidak, doakan untuk mereka setiap kali selepas solat. Doa doa dan doa. Jangan pernah berhenti memohon kepadaNya. Itu senjata kita sebagai seorang mukmin. Dan Subhanallah, sangatlah hebat jika kita dapat berpuasa dan mendoakan para muslimin yang sedang berjuang di Palestin sana dan juga untuk diri kita. Allahuakbar!

Mereka di sana bergelap, tanpa bekalan elektrik dan air. Semuanya disekat. Bayangkan negara Malaysia atau Ireland gelap tanpa lampu menerangi dan tiada bekalan air untuk berhari-hari lamanya. Sedangkan apabila rumah ‘black-out’ sehari sahaja kita sudah resah…

Bagaimana dengan makan minum mereka di sana? Adakah sesuap nasi yang singgah di mulut mereka hari ini? Kita di Ireland atau di Eropah ini, Subuh adalah pada sekitar jam 6.30 pagi dan Maghrib pada jam 4.15 petang. Tidak sampai sepuluh jam jika berpuasa! Itupun tidak mampu dilakukan. Bukan bercakap mengenai orang lain. Diri saya sendiri belum tentu lagi…

Dan Allah berfirman,

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”

(Al-Baqarah: 183)

Moga puasa sunat ini juga membolehkan kita mencapai ketaqwaan kepada Allah. Ameen~

Esok dan lusa merupakan 9 dan 10 Muharram. Mari berpuasa! =^^=

………………………………………………………………………………………………………………………………………

BOIKOT

Sekian lamanya kempen memboikot barangan Israel dan syarikat-syarikat yang menyumbang dana kepada Israel dijalankan. Sangat lama! Ianya mungkin hanya menjadi kempen jika kita tidak sepenuh hati memboikot dan mengajak orang memboikot barangan-barangan mereka. Berikut adalah petikan dari email seorang sahabat. Terasa bagai ditampar pun ada.

“Kita dikejutkan lagi dengan berita kekejaman Israel terhadap famili kita di Palestin. Tindakan Israel sememangnya lebih kejam berbanding makhluk-makhluk tak berakal. Moga Allah melaknat mereka! Kejadian dahsyat di Gaza benar-benar membangkitkan amarah diri ini, bukan kerana amarahnya kerana terbunuhnya umat-umat Islam, tetapi maruah Islam itu sendiri dipandang dengan serendah-rendahnya sehingga mereka mampu memperlakukan sebegitu rupa? Masih belum cukupkah kehinaan sebegitu rupa untuk membakar semangat kita semua untuk semakin giat mengambil peduli?

Kita perlu bangkit lagi! Di samping mengasah senjata utama kita (doa), ayuh kita perkemas strategi boikot. Israel, Yahudi, kaya raya dengan hasil keuntungan yang didapati dari ummat Islam sendiri. Kekayaan yang digunakan untuk pelbagai alat bunuh canggih. Sanggupkah kita berbahagia di atas kehinaan dan tangisan Islam sendiri? Jijiklah dengan tangan-tangan kita sendiri yang masih rancak menyumbang dana! Stop buying, Stop killing!

Kami print, lipat, simpan dalam wallet, use it masa shopping! tampal di rumah buat refference satu keluarga. Spread the words. For Allah’s sake”

Ianya boleh dilakukan bermula dengan diri kita, dalam lingkungan yang dapat dicapai. COCA-COLA contohnya, terang-terangan menyumbang dana. Sangat sukar membendung keinginan terhadap rasanya yang sangat sedap dan menyegarkan itu? Pendamkanlah. Demi Islam. Moga Allah membalas dengan yang lebih baik di syurga sana…Dan kesal juga kerana banyak antara kedai-kedai makanan halal di sekitar Ireland dan UK masih menghidang makanan dengan Coca-Cola. Tindakan kita?

Lagi mengenai boikot..

Katakanlah…kita menderma…katakan 10euro ke tabung Palestin. Kemudian, kita membeli barangan Marks and Spencer dan Body Shop sebanyak 200euro dan minum di Starbucks 10euro seminggu. Ironi kan?

Bersama cuba dan cuba boikot!

……………………………………………………………………………………………………………………………………

DEMONSTRASI

Tiada demonstrasi (demo) diadakan di Malaysia. Alhamdulillah, di Ireland dan di seluruh UK, telah diadakan demonstrasi besar-besaran untuk menyatakan bantahan kepada perlakuan kejam tentera Zionist (saya tidak berpeluang untuk hadir)

Mungkin ianya dilihat sebagai tidak berkesan kepada sesetengah pihak. Tetapi percayalah, we are heard! Saya pernah mengikuti satu demonstrasi untuk Palestin mengeji pengisytiharan 50 tahun penubuhan negara Israel. Memang ramai yang turut serta. Bilangan yang bukan Muslim sahaja sudah mengatasi bilangan pelajar Malaysia yang belajar di Ireland. Ditampar lagi rasanya.  Jikalau mereka prihatin, di mana kita?

Hanya Dia yang menjadikan mendengar..Dia juga yang memegang hati-hati mereka..Dialah yang berkuasa atas setiap manusia..berusahalah dan hanya kepadaNya kita bertawakal…

…………………………………………………………………………………………………………………………………………

“I am only one, but still I am one. I cannot do everything, but still I can do something; and because I cannot do everything I will not refuse to do the something I can do.” Edward Hale

Percayalah. Tiada tindakan yang terlalu kecil atau tidak bernilai. Semuanya dinilai di sisi Allah. Semoga ianya dapat membantu saudara kita di Palestin sana dan di seluruh dunia I’Allah…=^^=

Just my 2 cents~ insya-Allah akan diupdate lagi. (~need to go back to work~)

Dan pena pun diangkat~

One Response to “Untuk Mereka”

  1. dya January 5, 2009 at 10:52 pm #

    nice entry bibah!! agreed to every single words written.

    tapi kat msia ada la buat demonstrasi. igtkan takde, ada gak rupanya..tp biasalah…org2 yg dh biasa demo je la yg buat n turun..

    yg masih dgn gaya hidup ‘hedonisme’ & ‘aku-tidak-pedulisme’ mungkin tido lg kot..ZZzzzz…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: