Exam datang lagi!

16 Jan

EXAM..EXAM..

Tidak pernah sudah. Sejak daripada tadika, naik ke sekolah rendah, di sekolah menengah, universiti, hingga orang yang bekerja pun ada peperiksaan yang mesti diambil. Saya masih ingat lagi beberapa tahun yang lepas, betapa Ummi berdebar-debar untuk mengambil peperiksaan PTK-penilaian tahap kecekapan yang diwajibkan untuk kakitangan kerajaan. Jangan disangka selepas bekerja kita terlepas dari bebanan exam. =^^=

Jika dikira-kira, katakan umur anda 20 tahun, itu bermakna anda sudah menduduki peperiksaan selama 15 tahun! Sejak dari tadika lagi! Sungguh! Meskipun sudah berbelas tahun pengalaman menduduki peperiksaan, masih juga setiap kalinya dirasakan bagai kali pertama. Seperti orang baru. Jantung berdegup kencang, tangan berpeluh-peluh, mata berpinar-pinar, dan macam-macam lagi.

“Every time feels like the first time”

EXAM..EXAM..

Buku yang menimbun di atas meja, nota-nota pelajaran yang tidak habis diselak, fakta-fakta yang perlu diingat, ubat-ubat yang perlu diingat namanya, mekanismanya, kesan sampingannya, dan macam-macam lagi..

Kalau belajar sahaja, tidak perlu exam, boleh tak?

exam_comic4

BELAJAR UNTUK EXAM, BELAJAR UNTUK ILMU?

Acap kali persoalan di atas diajukan. Oleh orang lain atau diri sendiri.

Pernah sengaja saya ajukan soalan yang sama kepada seorang rakan.

“Nak kena study dah. Exam dah dekat. Haih~”keluhnya suatu hari.

“Belajar ni sebab exam ke sebab ilmu?” tanya saya.

“Kalau macam tu, belajar jela, tak yah ambik periksa. Kita cabar awak buat macam tu,” katanya.

Huish, garangnya!

Salah konsep tu! Jikalau kita belajar untuk ilmu, lagilah kita bersemangat untuk menjawab periksa. Tidak sabar-sabar menunggu musim peperiksaan. Masakan tidak, seronok dengan ilmu yang ada, terasa ingin menjawab dengan baiknya soalan yang diberi. Lagi bersemangat apabila memahami soalan dan dukacita andai soalan yang diajukan tidak diketemukan jawapan. Kerana kita tiada ilmu itu!

Semuanya bergantung pada cara berfikir.

Tetapi yang terlebih utamanya adalah NIAT seseorang. Agak-agaknya apakah niat John, Muthu atau Laurence, rakan sekelas kita semasa belajar? Atau semasa exam?

Muthu belajar kerana hendak mendapat keputusan yang bagus, 1st class, Laurence pula kerana takut gagal, peperiksaan hampir tiba dan kerana itu dan ini. Begitu juga John. Bagaimana dengan kita? Samakah seperti mereka?

Saya beri analogi yang mudah. Kenapa kita sayang ibu kita?

“Sebab dia best!”

“Kerana ibulah yang mengandung, melahir dan membesarkan saya. Tanpa ibu siapalah saya,” dramatis jawapan diberi.

“Tiada sebab. Saya memang sayangkan ibu saya. Soalan apakah ini?” jawab Ali pula.

Agak-agaknya, apakah jawapan Bush dan Barack Obama jika ditanya? Shimon Peres (Presiden Israel sekarang)? Apa pula jawapan Alice Mc Garvey tentang ini? Tentera Zionist di sana?

Tentu jawapan yang diberi sama. Dan kita akan ditempelak kerana bertanya soalan yang tidak memerlukan jawapan itu.

Nah! Allah ar-Rahim itu ingin memberikan pahalanya kepada umat Islam. Jikalau tujuan, niat dan matlamat kita-Muslim belajar itu sama sahaja dengan mereka, siapakah yang berhak ke atas pahala yang dijanjikan itu? Oh, alangkah ruginya! Sungguh, sungguh rugi!

NIAT

Ingat lagi akan kisah sahabat Nabi yang berhijrah ke Madinah kerana ingin berkahwin dengan seorang wanita, Ummu Qais? Apa yang diniatkan, itulah yang diperoleh. Dan Subhanallah, alangkah bahagianya jika kita dapat meniatkan semua yang dilakukan kerana Allah.

“Sesungguhnya setiap amal perbuatan tergantung pada niatnya dan sesungguhnya bagi tiap-tiap orang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya ke arah Allah dan RasulNya. Barang siapa yang hijrahnya itu kerana dunia atau wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu atas apa yang diniatkannya”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebelum mula belajar, pohon kepada Allah agar ilmu itu mudah untuk masuk ke dalam hati. Agar ilmu yang dipelajari tidak hanya untuk peperiksaan. Agar ianya kekal ke akhir hayat. Kerana kita pencinta ilmu, bukan hanya pencinta lelaki atau wanita! Kemudian, bertawakal kepadaNya. Semoga dia mempermudahkan bagi kita insya-Allah…Aminn~~

Sentiasa memperbaharui dan membetulkan niat. Tidak kiralah dalam apa jua yang dilakukan. Contohnya seperti memboikot. Andai ianya kerana ikut-ikutan, cari semula sebab anda melakukannya.

YANG TERBAIK DALAM DOA

Saya juga sering terlupa akan perkara ini. Alhamdulillah, peringatan itu datang tidak disangka-sangka. Sehari sebelum peperiksaan periksa Anatomy, seorang sahabat menghantar buletin di Friendster. Memohon agar didoakan yang terbaik buatnya. Jikalau Alice (our Vice Dean-ramai seram sejuk dibuatnya) adalah yang terbaik buatnya, maka dia terima. Saya terdiam membacanya.

Seringkali kita meminta agar diberikan itu dan ini, menurut keinginan dan kesukaan kita.

Salah ke? Tidak. Cuma…

As my favorite verse of Quran said,

“….and it may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. Allâh knows but you do not know,”

(The Cow, 2:216)

Terkadang, hati ini remuk, gundah gulana atau kecewa kerana tidak mendapat apa yang diinginkan. Semoga mendung hari ini berlalu pergi..semoga awan hitam itu berarak lalu..moga esok memberikan sinar cahaya…

Allah memakbulkan doa seorang hamba itu dengan 3 CARA. Pertamanya, Dia memakbulkan doa tersebut tanpa hijab. Apa yang kita pinta, diberi oleh Allah Ar-Razzak. Keduanya, Allah menangguhkannya sehingga ke suatu masa hingga selepas seketika, kita baru tersedar akan rahmat dan kasih sayang Allah dan hikmah di sebalik tidak mendapat yang diinginkan saat itu. Ketiga, Allah tidak memakbulkan permintaan kita itu dan menggantinya dengan yang lebih baik. Allahuakbar! Indahnya jika segala harapan digantungkan kepada Allah. Kita insya-Allah tidak akan kecewa.

BERPERANG

Nun di Gaza sana, saudara-saudara kita berperang dengan mata pedang dengan darah dan nyawa mereka. Kita di sini atau pada saat ini berperang dengan mata pena, kertas dan keringat. Tidak terbanding! Bagai langit dengan bumi!

Pesan saya pada diri, jika rasa malas..jika ingin bermain-main..jika benar-benar merasa pedih dengan penderitaan mereka di Palestin, berusaha bersungguh-sungguh!

Sekadar memetik kata-kata seorang sahabat, HELPING HAMAS- LET’S DO OUR BEST IN THE EXAM!

p/s: Terlalu banyak lagi yang ingin dicoretkan. Insya-Allah, akan disambung nanti. =^^=

Dan pena pun diangkat~

4 Responses to “Exam datang lagi!”

  1. Akmar Anuar January 16, 2009 at 2:05 pm #

    bibah!! all the best utk exam!

    sigh….bila dah exam,mase tu la fikir “aku rela kawen dengan Dato’ je”,hahaha

  2. sueabubakar January 16, 2009 at 5:41 pm #

    beebah,gud luck exam! jawab dgn tenang ^^

  3. nuurhabibah January 16, 2009 at 7:02 pm #

    to kemar: thanks! hahaha. adehla kemar. ada apa dengan datuk?

    to su: thanks! insya-Allah~

  4. Akmar Anuar January 24, 2009 at 3:20 am #

    dato’ kan kaye??…muahahahhaha….gilo ke hapo pk camtuh…hehe =p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: