Jom bergerak!

24 Jan

Salam alaikum~

Alhamdulillah, berakhir sudah peperiksaan akhir semester 3. Terasa lapang dada ini. Selamat sudah…

Hanya kepadaNya saya bertawakal. Moga dia memberikan YANG TERBAIK insya-Allah~
Dada terasa sesak tatkala musim peperiksaan tempoh hari. Masakan tidak, saudara seISLAM di Palestin sana mengalami penderitaan yang hebat. Angka kematian mencecah hampir seribu orang dek tangan durjana tentera Israel yang rakus membedil atas nama keadilan. Arghh, benci! Syukur, serangan telah dihentikan. Namun, usaha memboikot, doa, demonstrasi dan segala macam cara yang boleh dilakukan untuk melumpuhkan ekonomi Israel dan Amerika Syarikat , jangan sekali dihentikan!

Kini, peperiksaan telahpun berakhir. Masa untuk bergerak! Banyak perkara perlu dilakukan. Moga Allah memberi kekuatan…

Insya-Allah, kurang 24 jam lagi saya akan berangkat untuk jaulah seluruh Spain. Kemudian ke UK (Manchester dan Bristol). Semoga Allah memberi keberkatan dalam setiap langkah yang diatur dan moga bibir ini tidak lekang dari istighfar dan kalimah pujian padaNya di sepanjang perjalanan. Amin~

Jom jalan-jalan Top up Iman!

Dan pena pun diangkat~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: