selesema b*b*

15 Jun

~Prevention is better than cure~

Saya melihat jam di tangan. Ah, tidak! Saya perlu segera. Selesai menyarung kasut, saya tergesa-gesa keluar dari rumah ke perhentian bas. Melihat kelibat bas dari jauh, saya mempercepatkan langkah. Berlari kemudiannya.

Sebaik sampai di dalam bas, saya tercungap-cungap. Alhamdulillah, sempat pun. Pagi-pagi begitu, bas selalunya penuh. Mujur bas tersebut masih mengambil penumpang. Saya dan beberapa penumpang lain terpaksa berdiri dengan saya di baris hadapan sekali, dekat dengan pemandu bas.

“Uhuk  Uhuk..” Berlari di pagi hari di dalam cuaca yang sejuk begitu menyebabkan saya batuk.

“Uhuk Uhuk..” saya batuk untuk sekelian kalinya. Tekak terasa tidak selesa.

Beberapa kali saya terbatuk tatkala bas bergerak menyelusuri kabus dan dingin pagi.

Tiba-tiba, bahu saya dicuit orang. Pantas saya menoleh. Kelibat seorang lelaki berumur lingkungan 30an muncul di depan mata.

“Sorry. Can you please cover your mouth when you’re coughing?” kata lelaki itu. Sebaris kata. Jelas dan ditujukan pada saya.

“Oppss..sorry,” balas saya segera.

Saya menoleh semula ke depan. Merah padam muka saya saat itu. Malunya!

Lelaki itu turun di stesen seterusnya. Bas meneruskan perjalanan dan meskipun tekak saya terasa gatal dan keinginan untuk batuk meluap-luap, hasrat tersebut saya tahan hingga tiba ke destinasi. Aduh!

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Peristiwa tersebut terjadi kira-kira 5 bulan yang lepas. Tatkala semester baru bermula. Pun begitu, insiden ditegur di dalam bas di khalayak ramai itu masih belum saya lupakan.

Kesihatan saya baik pada pagi tersebut. Tidak selesema, tidak batuk dan tidak demam. Saya tidak merasakan ianya salah untuk batuk tanpa menutup mulut. Tiada virus atau bakteria berbahaya yang mungkin tersebar. Erm..mungkin ada..tapi dalam kuantiti yang sedikit. Lagipun, batuk saya itu sekejap sahaja. Kosong dan tidak berkahak =P. Tidak ramai yang akan kisah.

Owh tidak. Telahan saya ternyata meleset. Lelaki itu nyata tidak senang dengan perbuatan saya hingga mengambil keputusan drastik untuk terus menegur. Dan untuk itu, saya berterima kasih yang tidak terhingga padanya. Meski malu ditegur sebegitu, ia mengubah saya hingga ke hari ini.

Bermula keesokan harinya, setiap kali ingin batuk, walau hanya sedikit cuma, saya cuba menutup mulut. Siapa tahu penyakit apa yang mungkin tersebar. Lagipun ia kelihatan lebih sopan dan tidak menakutkan orang ramai, terutamanya di saat menularnya selesema babi sekarang.

Selesema babi aka swine flu mula diperkatakan sejak dua bulan lepas di seluruh dunia.  Meski namanya begitu, pandemik kali ini tidak berkaitan dengan binatang itu. Virus tersebut berasal dari babi namun selepas mutasi, H1N1 hanya menular di kalangan manusia dan ‘antigenic shift’ menyebabkan berlakunya pandemik selesema babi pada saat ini. Ketidakfahaman terhadap perkara ini menyebabkan babi menjadi mangsa untuk dipersalahkan dan bagi kebanyakan orang, keadaan ini menambah kebencian terhadap binatang itu. Melihat pun tidak mahu inikan mendengar namanya. Ish..ish..Di awal penularan selesema babi ini, kerajaan Jordan melakukan massive killing terhadap binatang tersebut. Habis babi dari segenap pelusuk di’sembelih’ dan dibakar. Ish..ish..Kasihan babi…

TABIAT BURUK

Sneezing

Nun jauh di tempat duduk belakang, kedengaran bunyi orang menghembus hidung. In the middle of the lecture! Just imagine that. Saya mendapati susah untuk saya menerima perbuatan tersebut. Sampai sekarang. Saya menoleh ke wajah rakan-rakan saya di kiri dan kanan. Juga ke wajah pensyarah di hadapan. Tidak berubah sedikit pun. Berkerut tidak, berhenti pun tidak. Seperti tidak diganggu dengan bunyi tersebut.  Adakah perkara tersebut perkara biasa dan diterima?

Baiklah. Ianya di dewan kuliah. No big deal. Mana mungkin meninggalkan kuliah tersebut semata-mata untuk membuang hingus di bilik air. Perbuatan diterima. Tetapi bagaimana pula dengan menghembus hidung di meja makan? Urgh, kembang tekak saya tatkala lelaki di meja hadapan saya melakukan perbuatan tersebut. Terus tidak berselera. Orang yang bersamanya kelihatan tidak ambil peduli dan meneruskan suapan mereka. Huh??

Peristiwa di atas telah acap kali berlaku. Entahlah. Bagi saya, jika hendak membuang hingus, lakukannya di bilik air, jauh dari orang ramai. Jika terpaksa melakukannya, jangan sampai berbunyi. Jika bersin, tutuplah mulut. Lebih sopan dan tidak membahayakan orang lain. Jika kurang sihat, bawalah sapu tangan atau tissue agar mudah mengelap hidung yang berair atau untuk menutup mulut pabila batuk. Common sense. Jika kita tidak selesa melihat orang melakukannya, jangan buat! And if you have the gut like that guy previously, go ahead and tell them. Tell them the right manner. If not, they will continue on doing the wrong thing. Seperti amar ma’ruf nahi munkar, anda kena berani menyatakan yang benar dan membetulkan yang salah.

Dalam suasana yang getir begini, amatlah penting untuk semua orang mempraktiskan kebersihan diri yang optimum. Penyakit sangat sangat mudah merebak dalam persekitaran yang kotor.

KEBIMBANGAN

Dua hari selepas habis peperiksaan tempoh hari, saya dan empat orang rakan lain berangkat ke London dan Turki. Pengembaraan ke Turki tempoh hari merupakan yang terbaik pernah saya alami. Kembara yang meskipun singkat, sarat dengan memori masam-masam manis.

Ianya merupakan kali pertama saya ‘keluar’ rumah sejak menularnya selesema babi. Di Turki, prosedur keselamatan ditambah. Wabak bahaya itu nampaknya sudah menular di sana. Biasanya mereka yang ingin masuk ke sesebuah negara hanya perlu ke kawalan imigresen untuk menge’cop’ passport sebaik tiba. Di Turki, suhu badan penumpang diimbas sebaik masuk ke lapangan terbang. Wajah-wajah bertopeng menjadi pemandangan pertama sebaik masuk. Huh, seram dibuatnya. Mujurlah segalanya berjalan lancar dan kami pulang semula ke Dublin dalam keadaan sihat wal’afiat.

Keadaan mungkin lebih membimbangkan di Hong Kong dengan 78 orang telah dijangkiti. Statistik yang membimbangkan. Saya, Aini dan beberapa orang lagi menaiki Cathay Pasific untuk pulang ke Malaysia 10hb tempoh hari. Percaya atau tidak, hampir semua pramugari pesawat tersebut memakai topeng. Lagi seram dibuatnya. Yang musykilnya, tidaklah pula kami mendapat topeng yang diminta. Berkali-kali juga permintaan kami dibiarkan begitu sahaja.  Musykil..musykil..

Insya-Allah, saya dan beberapa orang rakan yang lain akan berangkat ke Australia Rabu nanti. Saya berdoa agar perjalanan kami selama hampir dua minggu itu berjalan lancar dan meninggalkan seribu satu kenangan manis hendaknya.

Petang tadi, ummi menyatakan kebimbangannya terhadap pemergian kami ke Australia. Ummi bertanya samada ianya boleh ditangguhkan. Petang tadi juga saya menerima email dari Farah mengenai jadual perjalanan kami. Benua itu turut menerima penangan selesema babi dan Melbourne merupakan antara kawasan yang teruk dijangkiti. Alamak. Kami mungkin terpaksa menukar sedikit rancangan kami.

Doakan kami semua selamat bertolak dan selamat tiba semula di tanah air ya. Juga dalam keadaan yang sihat wal’afiat hendaknya insya-Allah…

Dan pena pun diangkat~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: