Kereta yang bertasbih

18 Aug

Adakah kereta bertasbih?

Mendengarkan soalan ini, ada yang menggaru-garukan kepala. Hairan.

Ada yang menggeleng-geleng kepala tanda tidak tahu.

Tidak kurang juga yang ragu-ragu dengan jawapan sendiri.

Ada juga yang dengan yakin menjawab. “Tidak! Ia benda yang tidak bernyawa”

“Mungkin ya,” jawab seorang yang lain.

Mari kita lihat gambar kereta di bawah.

car

Apakah yang digunakan untuk membuatnya?

Bagaimana pula jika ada yang bertanya kepada anda?

Baju, bertasbih tak?

Jawapannya- jeng jeng jeng; ialah YA. Semua benda di alam ini bertasbih kepadaNya hatta baju atau kereta tadi.

Ini kerana ia diperbuat dari benda hidup. Baju diperbuat dari kapas dan kapas diperoleh dari pokok kapas. Ada juga yang diperbuat dari benang sutera yang diperoleh dari ulat sutera.

Bagaimana dengan kereta? Anda yang bijak pandai pasti dapat menjawabnya dengan lebih baik.

Masih tidak percaya? Mari semak ayat-ayat di bawah;

“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” (al-Isra’:44)

 “Dan (Kami mudahkan juga) unggas turut berhimpun (untuk bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya); tiap-tiap satunya mengulangi tasbih masing-masing menurutnya.” (Sad: 19)

 “Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (al-Hadid:1)

“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (al-Hasyr:1)

Bukan ayat-ayat yang ada di atas sahaja, bahkan terdapat banyak lagi ayat-ayat Allah yang menyebutkan tentang seluruh alam yang bertasbih dan memujiNya. Cuma kita yang tidak mampu memahami bahasa mereka.

Subhanallah! Maha suci Allah yang tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Tidak! Tiada satu pun yang sia-sia hatta seekor ulat kecil pun. Oh ya, jikalau begitu, babi pun berzikir jugala kan?

Kisah Nabi Daud Dengan Ulat

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. “Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah daripadamu?”

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Pengajaran/Kesimpulan:

(1) Tanyakan semula soalan ulat merah tersebut kepada diri kita; “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah daripadamu?” Ulat kecil pun berzikir, inikan pula kita yang diciptakan sebaik-baik kejadian.

(2) Sentiasa befikir tentang kejadian Allah.

(3) Berjalanlah di muka bumi ini untuk melihat kebesaranNya.

(4) Sentiasa zikir dan ingat pada Allah baik susah mahupun senang, sihat mahupun sakit atau lapang mahupun sempit. Owh, cakap memang mudah dari berbuat. Tapi,

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-‘Ankabut: 69)

 Wallahu’alam.

“….Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku….” (an-Naml:19)

 

Dan pena pun diangkat~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: