Berazam Ramadhan

19 Aug

Ya Allah, uballighuni fi ramadhan…sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan…

Alhamdulillah, Ramadhan hampir tiba.

Bulan rahmat dan bulan maghfirah itu jangan disiakan walau sesaat jua. Sungguh, Allah menjanjikan pahala dan ganjaran yang besar kepada hambaNya yang berlumba-lumba mencari keredhaanNya.

Antara amalan yang sangat dianjurkan dalam bulan mulia itu adalah membaca al-Quran.

Apakah azam kita untuk Ramadhan kali ini? Jika kita boleh membuat azam setiap kali tibanya tahun baru atau setiap ulangtahun kelahiran, tidak mahukah kita membuat azam untuk satu permulaan yang lebih istimewa itu?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan” (Al-Hasyr:18)

Tidak boleh tidak, satu azam mesti diniatkan.

Bagaimana dengan azam tahun-tahun lepas untuk khatam sekali sebulan?

Sudah atau pernahkah mencapai hasrat tersebut? Jika belum, inilah masanya. 

Disebutkan kisah seorang sahabat bernama Abdullah b Amr yang sangat kuat beribadah. Jika tidak pergi berperang, hari-harinya dihabiskan dengan ibadah yang tidak putus-putus kepada Allah. Ia puasa tidak pernah berbuka pada siang hari dan solat malam tidak pernah tidur pada malam hari. Ibn Amr juga membaca al-Quran dan mengkhatamkannya dalam satu hari. Subhanallah! Sangat hebat jiddiyahnya hingga ia ditegur oleh Rasulullah;

“Bacalah setiap sebulan sekali khatam, atau kalau tidak sekali dalam sepuluh hari, atau sekali dalam tiga hari”

Abdullah b Amr sampai usia lanjut. Ia sudah tua dan tulangnya menjadi lemah. Ia selalu teringat nasihat Rasulullah dahulu itu dan katanya; “Wahai malang nasibku, kenapa tidak laksanakan keringanan dari Rasulullah?

Nabi saw menganjurkan mengkhatamkan Quran sekali dalam sebulan. Sejak kali pertama kita khatam semasa di sekolah rendah atau di tadika, berapa kali atau berapa kerapkah kita khatam selepas itu? Sangat sedih dan sayang andai Quran itu kini menjadi usang, menjadi perhiasan di almari kaca, bersawang dan berhabuk.

Azam sahaja tidak cukup. Ia hendaklah dirancang sebaiknya. Kita tidak mahu hanya bersemangat pada minggu-minggu pertama. Ketaqwaan itu dirancang. Yang istiqamah itu lebih Allah sukai.

Kita berpuasa 30 hari. Ada 30 juzuk dalam al-Quran. Kiraan mudahnya, 1 hari 1 juzuk. 1 juz ada 20 muka surat. Jadi, cuba usahakan untuk membaca 4 muka surat setiap kali selepas solat fardhu. I’Allah, anda akan mampu mencapai target.

Jika dalam pelajaran kita boleh meletakkan dan berusaha mencapai target yang ditetapkan, mengapa tidak dengan sesuatu yang dijanjikan Allah ganjaran yang besar?

 Terkadang terasa tindakan kita sungguh ironi. Dalam hal dunia, kita melakukan sebaiknya tapi tidak yang berkaitan dengan agama dan akhirat. Seakan kita mengasingkan keduanya. Seakan keduanya adalah hal berbeza. Kenapa begitu?

Tepuk dada, tanyalah iman.

Dua nikmat yang selalu manusia lupakan ialah nikmat sihat dan masa lapang. Masa muda-muda beginilah yang patut digunakan sebaiknya. Takut tidak mampu untuk beramal ketika tua kerana sendi-sendi yang sakit dan penyakit-penyakit yang mulai datang. Paling takut, kita tidak sempat langsung mencapai ke usia tua…

Wallahu’alam

 

Dan pena pun diangkat~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: