22

21 Aug

“Kakngah, umur kakngah berapa?” soal Fatah, sepupu saya yang masih kecil itu.

“Umur kakngah ek? Umur kakngah banyak. Ha, cuba Fatah teka,” balas saya.

“Banyak tu berapa? Ada sampai ratus ratus ke?” jawab si kecil berumur 6 tahun itu. Tergelak saya dibuatnya.

“Ish, takdala sampai beratus Fatah. Cubalah Fatah teka,” balas saya pula. Cuba mengagak umur saya dari pandangan mata si anak kecil.

“Saya bila orang tanya saya bagitahu je umur saya. Umur adik. Semua semua saya jawab,” Opss. Dia dah nak mula merajuk.

“Ok. Ok. Umur kakngah dua puluh dua tahun,”

“Oh, 22,” Fatah kemudian terdiam sebentar. “Takdela banyak sangat,” tambahnya lagi. Dan buat sekelian kalinya, saya tergelak lagi. Aish. Comel sungguh kanak-kanak itu. Memang boleh melipur lara.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Segala puji-pujian bagiNya yang telah mengizinkan saya untuk terus hidup lagi di atas muka bumi ini, menghirup udara segar kurniaannya, merasa dua nikmat terbesar- nikmat Iman dan Islam. Syukur ya Allah.

Alhamdulillah. I’ve turned 22 on this very fortunate day (tahun Masihi)

22. Tak banyak ke? =P

Pepatah Inggeris ada menyebut; “It is not the years of your life that counts but it is the life you added to your years that matter most,”

Mendalam maksudnya.

Have I make full use of the 22 years that I’ve lived?

Hanya Allah dan malaikat yang mencatat di kiri dan kanan yang lebih mengetahui. Jikalau Allah mentakdirkan saya ‘pulang’ sekarang, moga timbangan amal di sebelah kanan itu lebih berat. (Urgh, takutnya!)

Ya Allah, semoga dengan pertambahan umur ini dan semakin berkurangnya jarak dengan kematian, semakin mendekatkan diriku padaMu ya Allah.

Masa untuk muhasabah diri.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Oh ya, esok merupakan permulaan Ramadhan- bulan puasa.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua umat Islam muslimin dan muslimat di seluruh dunia!

 

Dan pena pun diangkat~

2 Responses to “22”

  1. miss liyana huda September 8, 2009 at 10:08 pm #

    salam beebs! haha, i dun remember la whether i wished u before ke tak. tapi x salah if wish 2 kali kan?

    HAPPY 22ND BIRTHDAY bibah!!
    moga pertambahan umur kita selaras dgn pertambahan iman iA!
    semoga panjang umur dan murah rezeki, semoga Allah memberkati hari2 kita dan all the best for ur future undertakings! muahxx.

    LOve, sranghae

    Liyana Huda

  2. nuurhabibah September 9, 2009 at 4:01 pm #

    Salam Liyana Huda~

    He2. Dah wish dah hari tu. tapi takpe if nak wish 2 kali pun =)

    Insya-Allah. Ameen..Ameen..Ameen..for the duas and wishes. May Allah grant you even more than that.

    Love, xoxo apan!

    p/s: Apan, di manakah blog anda yg baru? Nak sorok ek? =P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: