Nun ‘Ain Mim Ta

9 Sep

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”

(ar-Rahman:13)

Ayat itu diulang-ulang lagi di dalam ayat-ayat selanjutnya. Allah bertanya kepada kita- nikmat Allah yang manakah yang kita dustakan?

Mari baca kisah di bawah;

Pakcik Masron dimasukkan ke hospital dua hari lepas. Sudah beberapa hari dia tidak dapat membuang air kecil. Puas diteran tidak mahu juga ia keluar. Kesakitannya tidak dapat ditahan lagi. Terpaksa dia mendapatkan rawatan di hospital. Tiub kecil dimasukkan ke saluran air kencingnya untuk mengeluarkan air kencing tersebut. Sebelum keluar dari hospital, Pakcik Masron ke kaunter untuk membayar bil perubatannya. Melihat angka yang terpapar di bil tersebut, air matanya tidak dapat ditahan.

“Ya Allah, kau telah membenarkan aku membuang air selama 50 tahun. Dan engkau tidak pernah mengenakan sebarang bayaran,”

Allahuakbar. Terlalu banyak nikmat yang telah diberikan kepada kita. Hatta nikmat membuang air kecil yang mungkin jarang sekali kita syukuri. Nikmat yang kita ‘take for granted’. Namun pabila ia telah tiada, saat itu mula terasa pentingnya.

Mari renungkan bersama.

Lihat pada jari jemari yang tersusun cantik. Ada yang panjang, ada yang pendek. Setiap satu memainkan peranan penting. Mampukah satu jari berfungsi sendiri?

Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus keluar perlahan-lahan. Nikmat bukan? Cuba anda berhenti bernafas selama seminit. Mampukah kita bernafas semula tanpa izinNya?

Lihat wajah anda pada cermin. Ada dua anak mata yang menatap anda semula. Nikmat pancaindera yang sangat hebat. Yang jauh boleh dilihat, yang dekat boleh ditenung. Mampukah kita melihat tanpa kurniaNya? Atau lebih tepat lagi, siapa yang masih jelas matanya tanpa alat bantuan tambahan-cermin mata?

Dengar bunyi di sekeliling anda. Ada bunyi kipas sedang berpusing. Juga bunyi enjin kereta dihidupkan. Dari kejauhan, riuh bunyi kicauan burung yang keluar mencari makanan. Sekarang, cuba tutup telinga anda dengan jari. Sunyi bukan? Siapakah yang mampu mendatangkan bunyi-bunyian itu semula selain Dia?

Ambil sesudu madu. Apa rasanya? Manis. Cubit sedikit garam. Oh, masin! Bagaimana dengan rasa buah peria itu? Pastinya pahit. Buah limau pula? Ada yang masam, ada yang manis. Besarnya nikmat mampu membezakan rasa makanan. Bagaimana jika suatu hari semasa menjamah makanan, tiada lagi manis, tiada lagi masam, hanya tawar semata yang dirasa? Hatta hanya dengan selesema kita sudah hilang selera makan…

Subhanallah. Segala puji bagiMu.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu, dan Ia pula memeteraikan atas hati kamu? Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?” Lihatlah bagaimana Kami berulang-ulang menerangkan tanda-tanda kebesaran Kami (dengan berbagai cara), dalam pada itu, mereka tetap juga berpaling – ingkar.” (al-An’am:46)

Lihat wajah ibu, lihat wajah ayah. Lihat juga wajah anda di cermin. Dengan sekali imbas pasti anda dapat mengenal wajah-wajah itu.

“These people are not able to recognize their own face let alone their mother, father and their children,” terang pensyarah di depan.

Mr X, yang mengalami kecederaan di kepala, tidak dapat mengecam gambarnya sendiri and was not able to match names with faces. For him, every faces are the same. It’s a rare event and there was no cure for this.

Can you imagine how’s Mr X life would be after that?

Astaghfirullah. Mendengar kisah Mr X, seluruh hati saya diselubungi perasaan kagum. Kagum yang teramat! Hebat sungguh Allah. Dia Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mencipta. Ya Allah, ada juga nikmat yang itu. Aku tidak tahu!

Makin berisi makin menunduk

Tidaklah sama mereka yang tahu dengan mereka yang tidak mengetahui. (Ini Allah sendiri telah sebutkan di dalam al-Quran)

 “….sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari kandungan ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)…” (al-Baqarah:255)

Menjadi seperti resmi padi, makin berisi makin menunduk, mereka yang berilmu sepatutnya lebih dekat dengan Allah…Sepatutnya lebih mensyukuri nikmat yang diperoleh…sepatutnya menggunakan akal fikiran untuk berfikir tentang nikmat Allah…

Ya, sepatutnya..

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran; supaya kamu bersyukur” (an-Nahl:78)

Cuba renung kisah para ahli sihir firaun. Mereka pagi-paginya menjadi penentang agama Allah yang hebat. Semasa ‘pertandingan’ dengan Nabi Musa, mereka menyihir mata kebanyakan orang dengan menampakkan tali-tali seperti ular yang hidup. Namun, selepas tongkat Nabi Musa yang benar-benar berubah menjadi ular menelan ular-ular mereka, para pesihir itu menyungkur sujud. Mereka mengakui kerasulan Nabi Musa dan kebesaran Allah. Kerana mereka TAHU akan kebenaran yang dipaparkan di depan mata.

Begitulah. Semakin banyak yang diketahui, semakin terasa kerdil diri ini dengan pencipta.

Tiada yang kekal

Ilmu itu nikmat.

Kesihatan itu nikmat.

Ayah, ibu, anak, isteri, suami itu nikmat.

Harta, pangkat, rumah kediaman, perniagaan yang untung itu juga nikmat.

Nikmat itu anugerah. Anugerah itu kurniaan Allah pada hambaNya. Dan Dia memberi nikmat pada hambaNya tanpa hitungan. Terpulang padaNya. Dan kerana kurnia dan sifat pemurah dan penyayang Allah swt, kita masih di sini.

Dan nikmat terbesar yang Allah berikan- nikmat Islam dan Iman.

Jikalau Allah mahu memberikan rezki pada seseorang, tiada yang mampu menghalangnya dan barang siapa yang Allah halang rezkinya, tiada siapa yang mampu melepaskannya.

Tiada nikmat yang kekal. Tiada apa yang kita miliki. Semuanya hanya pinjaman.

Justeru itu, banyakkan bersyukur padaNya. Di kala susah mahupun senang.

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” (Ibrahim: 7)

 

 “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”

Segala puji bagiMu dan kami tunduk sujud pada kekuasaanMu ya Allah. Ampunkanlah kami dan jadikanlah kami hamba yang sentiasa mensyukuri nikmatmu di kala susah mahupun senang…

Wallahualam..

Dan pena pun diangkat~

 

5 Responses to “Nun ‘Ain Mim Ta”

  1. cevarief September 9, 2009 at 10:46 am #

    Jazakalloh. Posting yang bagus, mengingatkan kembali kita untuk memperbanyak bersyukur kepada Alloh.

  2. nurjannahsunshine September 10, 2009 at 6:21 am #

    aslmlkm..
    beebs,i’m not feeiling well today.food poisoning.jd keje trlantar je.
    spt satu hadith berbunyi ‘2 nikmat yg manusia suka sia2 kan adalah kesihatan n masa lapang.’
    maka terkenalah batang hidung sendiri..
    dah tak larat baru nk buat report lah ape lah..
    jd,bukan setakat tak blh dusta kan nikmat Allah,tak boleh juga sia2kan,kn?😉

    btw,m not going to my scul’s reunion.
    glad i made that decision.bak kata ustaz hasrizal, ‘learn to say no to some of ur desires to please Allah’..😀

    we r going to have a grand iftar next tues..15th sept..
    klu sudi,jmputla dtg..
    mkn2 n solat trawikh.program muslim society.so sume muslim ada i’Allah.bukan cuma aktvt budak2 baik.hehe..

    syg selalu n terlalu~

  3. cik.rai September 10, 2009 at 9:56 am #

    assalamualaikum cik bibah =) nice blog, i like…full of reminders…jazakillahu khairan katheera…by the way, selamat merebut lailatul qadar ye!

  4. nuurhabibah September 10, 2009 at 3:25 pm #

    Waalaikumslm jnh
    food poisoning? syafakillah ya ukhti. moga cepat sembuh. byk2 minum air ek (penting tau)

    betul jnh. menyiakan nikmat Allah ibarat mendustakannya. So, kena appreciate every little thing Allah gave us. i’A, akan DIA tmbhkan lg bg kte. jd, if appreciate ms yg ada, dia tmbah lgla kn? =)

    sgt sudi utk datang sebenarnya. Sgt2. Cuma masa mencemburui. Mngkn tidak dpt iftar bersama. i’Allah, ada rezki, reunion di masa akan dtg

    syg dan rindu jnh~

    p/s: rindu nk borak panjang lg

  5. nuurhabibah September 10, 2009 at 3:29 pm #

    cevarief : jzkk jg kerana sudi singgah

    cik.rai: wkumslm. terima kasih. sudi2la singgah selalu ye.
    Yup, rebut, jgn x rebut!

    p/s: ini cik rai yg mana ya? Rai Dublin/ Rai Mesir/ Rai Msia?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: