puasa kita dulu dan sekarang

16 Sep

Kisah 1

Masa aku kecil-kecil dahulu, aku susah sangat nak bangun sahur. Mak aku selalunya akan tarik tangan aku dan bawak aku sampai ke meja makan. Tapi aku tetap tidur jugak. Memang ngantuk sangat. Pernah mak aku geram sangat, diletak kepala aku atas meja. Aku ingat matahari dah naik…rupanya nasi panas. Apa lagi, terus bangun aku!

Kisah 2

Dulu-dulu masa bulan puasa, pernah aku tak bangun sahur. Tapi mak aku suruh puasa jugak. Cuaca hari tu pulak memang panas. Aduh, aku memang tak tahan. Apa lagi, tengahari lepas balik sekolah je, aku terus masuk bilik air. Aku minum air kolam kat bilik air tu. Lepas dah minum, baru aku teringat, adik aku selalu berendam dalam tu!

Kisah 3

Aku mula puasa penuh mula dari sekolah rendah. Pada malamnya, ayah dan mak ajak kami adik beradik pergi sembahyang tarawikh. Setiap hari. Tak larat aku sebab imam tu baca panjang sangat. Bila imam angkat je takbir, aku cepat-cepat keluar dari surau. Pergi main bunga api dan mercun dengan rakan sekampung. Kalau ada cerita best kat tv, aku buat alasan sakit perut atau ada kerja rumah pada mak ayah. Memang mereka percaya!

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Lucu kalau dikenang pengalaman berpuasa semasa kecil dahulu. Dengan susah nak bangun sahurlah, malas tarawikhlah, curi-curi minum airlah, macam-macam. Dan mungkin ada antara kisah yang dipaparkan adalah kisah dan cerita kita. Yang mana satu kisah anda?

AKU YANG KINI BERBEZA?

Bila disebut kisah dulu-dulu, maksudnya itu cerita lama. Cerita orang baru mula mengenal puasa. Memanglah begitu.

Cuba renung semula diri kita sekarang yang mungkin sudah 20 tahun dengan diri kita semasa 8 tahun. Puasa kita yang dahulu dan sekarang, adakah perbezaannya? Tidak mustahil kalau jawapan yang diberi; “Eh eh, samala!” Percaya atau tidak, ramai orang yang sudah berusia 20 atau 30 tahun lebih tapi masih berpuasa dengan ilmu kanak-kanak 8 tahun! (Oh tidak. Kitakah itu?)

Jikalau dahulu kita puasa kerana semua orang berpuasa, ibu ayah suruh, kerana malu dengan kawan, takkanlah sekarang pun berpuasa kerana mak dan ayah suruh juga?

Puasa disyariatkan pada tahun ke-2 hijrah. Pada waktu itu, ramai antara para sahabat yang sudah berusia. Rasulullah sendiri berumur 50 tahun lebih. Tetapi subhanallah, apabila diperintahkan, mereka terus melaksanakannya tanpa alasan ataupun dolak dalik. Ditambah pula selepas itu, berlaku peperangan pertama dalam Islam (perang Badar). Puasa+perang+padang pasir+usia tua. Kelihatan seperti sifir yang mustahil tetapi tidak. 10 tahun paling lama keislaman mereka. Kita yang sudah berpuluh tahun Islam ini, bagaimana pula?

Adakah kita yang kini berbeza?

Aku mahu menjadi yang lebih baik

Ya, tetapkan dalam hati, “Aku mahu menjadi yang lebih baik Ramadhan ini”

Siapakah kita sebelum ini?

Jikalau sebelum ini seseorang itu jarang-jarang sekali mengerjakan solat lima waktu, selalu solat di akhir waktu, memintanya solat tarawikh 13 rakaat setiap malam dan bangun solat malam adalah sesuatu yang mungkin sukar dilakukannya.

Jikalau sebelum ini seseorang itu jarang sekali menyentuh al-Quran apatah lagi membacanya walau satu muka surat satu tahun atau sebulan, mungkin memintanya menghabiskan 30 juz al-Quran di dalam masa sebulan sesuatu yang mustahil.

However, make this Ramadhan a new turning point for ourselves. May we go out from this Ramdhan as a whole new person. Someone who turn on a new leaf.

Walau siapa pun kita, masih ada peluang untuk menjadi yang lebih baik.

Ramadhan hampir sampai ke penghujungnya. Sedih rasa hati meninggalkan bulan berkat ini. Bulan yang setiap pahala amalan digandakan. Setiap amalan sunat sama pahalanya dengan amalan wajib dan amalan wajib yang dilakukan digandakan ganjaran 70 kali ganda. Subhanallah! Tidak mahukah kita merebutnya?

Tidak cukup itu sahaja, ada juga satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. 1000 bulan yang menyamai 83 tahun dan 4 bulan. Ertinya, satu malam ini lebih baik dari seluruh umur seseorang. Ini adalah satu keistimewaan yang tiada tandingan!

Juga, solat tarawikh yang tidak ada di bulan-bulan lain.

Dan Allah tambah lagi, bagi mereka yang berpuasa, ada dua kegembiraan, iaitu kegembiraan semasa berbuka puasa dan kegembiraan semasa bertemu tuhannya.

Ya Allah, mahu! Pastikan kita antara yang menantikan kegembiraan yang  kedua itu. Apa lagi nikmat yang lebih besar bagi seorang hamba dari bertemu penciptanya di syurga kelak?

Ramadhan ini, pulanglah kepada Allah. Tuhan yang telah menciptakan kita dari setitis air mani yang jika jatuh ke tanah, ayam tak patuk, itik tak sudu..

Dan pena pun diangkat~

One Response to “puasa kita dulu dan sekarang”

  1. nurjannahsunshine September 27, 2009 at 12:57 pm #

    assalamualaikum..
    i like this post so much..;)
    i wonder how my fasting last ramadhan was.telah cuba dengan baik walaupun tak sehabis baik.moga masih diterima..
    beebs,i saw ur pic+rohaida+dalila dlm salam perantauan..;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: