monolog ringkas

14 Oct

(selepas sebulan tiada entri baru. rindu mahu menulis)

Alhamdulillah, tahun ketiga bermula sudah. [hampir tiga minggu kini]

Alhamdulillah, cuti summer yang lepas telah berjaya dimanfaatkan. [meski ada masa yg ‘ter’buang, saya gembira kerana Allah telah mempermudahkan segalanya. Thank you Allah! Moga lebih pandai memanfaatkan masa selepas ini. Akan adakah cuti yang panjang selama 4 bulan selepas ini?]

Alhamdulillah, berjaya menyempurnakan puasa Ramadhan [puasa 6, bila mahu habis? Kini sudah 24 Syawal]

Alhamdulillah, berjaya menjejak adik-adik yang baru tiba. [Ah, teringat waktu mula menapak di Dublin dahulu. Adik-adik, mari sama-sama mantapkan iman insya-Allah]

Alhamdulillah,  mendapat seorang lagi sahabat solehah.

Alhamdulillah, bakal berkumpul bersama lagi. [mode tidak sabar]

Alhamdulillah, atuk makin sihat. [anugerah Ramadhan yang lepas. Ya Allah, bantulah kami menjadi anak-anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapa  kami semasa mereka masih hidup ataupun telah meninggal dunia]

Alhamdulillah, Allah memberi kesempatan untuk saya menulis amidst the busy schedule. [harus segera menelaah nota-nota yang makin meninggi. Sekarang ini, kami belajar mengenai renal (kidney), endocrine, genitourinary dan breast. Sangat seronok belajar. Cuma…Moga Allah mengurniakan rasa dahaga, rakus dan cintakan ilmuNya.]

Alhamdulillah…..

Alhamdulillah atas segala nikmat. Tidak akan mampu ditulis segala nikmatNya di sini walau dalam 100 malam.

Again, Alhamdulillah.

But wait..Adakah hidup saya bahagia sahaja tanpa sebarang masalah?

Owh. Jika ya, that would be a perfect life!

Tetapi kata-kata Nabi saw tercinta selalu menjadi peringatan buat diri;

Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, daripada Suhaib radhiyallaahu ‘anhu beliau berkata, suatu ketika Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk bersama para sahabatnya dan tiba-tiba Baginda ketawa. (Melihatkan keadaan sahabat yang terkejut) Baginda berkata: Apakah kamu tidak mahu bertanyakan aku apa yang menyebabkan aku ketawa? Mereka berkata: Ya Rasulullah, mengapa engkau ketawa?

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Ajaib sungguh perihal seorang mukmin. Semuanya baik belaka untuk dirinya. Jika dia mendapat sesuatu yang disukainya, dia memuji Allah lalu hal itu menjadi kebaikan buatnya. Dan jika dia ditimpa sesuatu yang dibencinya, dia bersabar. Lalu hal itu menjadi kebaikan buatnya. Bukan semua orang yang boleh menjadikan segala perkara adalah baik untuknya kecuali MUKMIN.

(Hadis Riwayat Muslim)

::Mahu jadi mukmin itu::

Dan pena pun diangkat~

3 Responses to “monolog ringkas”

  1. aimihamizah October 16, 2009 at 5:33 pm #

    assalamulaikum~
    rindunye entry drp kakbibah..
    alhamdulillah dpt satu lagi sharing..
    entry ni mcm coincide pulak dgn perkongsian drp sorg saudara liqo’ baru2 ni…
    “Maka ni’mat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?”
    ayat yg diulang2 begitu byk skali oleh Yg Maha Pencipta dlm surah arRahman..(klu xsilap ada 31 ayat~)
    knape Allah ulang byk kali ye?
    tentunya krn Allah nk memberikan penegasan di situ…
    siapalah kita tanpa ni’mat2 Allah..
    daripada ni’mat syurga..
    ni’mat alam semulajadi..
    ni’mat islam dan iman..
    ni’mat scholarship..
    ni’mat tubuh badan yg sihat..
    hatta sekecil2 ni’mat ya’ni bernafas..
    semuanya milik Allah..
    kalau Allah x nak bagi..boleh je..sekelip mata Dia boleh menarik semua itu..
    tapi betapa penyayangnya Allah..
    kita sentiasa dikurniakan semua itu walau kita seringkali melupakan Dia sebagai yang Memberi..
    haish..betapa x bersyukurnya kita ='(
    jadi,apa perlu kita buat?
    semestinya bukan duduk membatu dan berdiam diri..
    BERUSAHALAH untuk MENJADI MU”MIN itu~

  2. nurjannahsunshine October 17, 2009 at 1:42 pm #

    alhamdulillahirabbil’alameen..segala puji bagi Rabb sekalian alam.

    bila memandang ke langit, terasa alam ini sangat luas.
    kerdilnya kita berdiri.
    betapa ramai makhlukNya untuk Dia uruskan.
    dalam setiap satu makhlukNya, SEMUA mendapat bahagian masing2.
    tiada yang terlepas.
    hebat kan Allah yang Maha Kaya dan Berkuasa..
    kita sendiri serba cukup.
    paling bahagia bila diatur untuk berada di atas jalan tarbiyah..
    syg Allah atas segala nikmat2Nya.😉

  3. nuurhabibah December 1, 2009 at 8:42 pm #

    Salam

    Terima kasih atas masukannya wahai sahabat solehah sekalian =)
    Alhamdulillah atas segala nikmat

    Mg kesyukuran itu dimanifestasikan dlm perkataan dan perbuatan i’A

    Dan Jnh, kte setuju..nikmat tarbiyah & dakwah ini yg paling indah. Mg jgn ditarik ia sampai bila2..

    And Aimi, mari sungguh2 utk jadi mukmin itu yuk! =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: