Aku bicara tentang cinta

17 Oct

Kau kata kau cinta

Kau kata kau rindu

Kau kata hatimu meronta sangat-sangat ingin berjumpa

Kau kata dialah segalanya. Tiada lain di hatimu.

Kau kata itu. Kau kata ini. Ah..terlalu banyak yang kau katakan…

Kau katakan kau cinta dan kau ucapkan kata-kata keramat itu…Dalam hatimu, dalam doamu, dalam rayuan rindu kau padanya…tak pernah tidak…

Kalau boleh, kau mahu canang pada seluruh dunia

Dari kata-katamu, sah, kau memang cinta padanya. No doubt!

love2

Kalau benar cinta katakan cinta, tidaklah dia ternanti-nanti…

Kalau benar-benar cinta, buktikan cintamu. Ya, buktikan cintamu.

Allah bukanlah zat yang terpesona dengan kata-kata…

Ucaplah Alhamdulillah, Allahuakbar, Lailahaillallah

Ucaplah juga aku cinta padamu Allah…I love you Allah..sarang hae Allah..

Namun ianya tidak cukup andai perbuatanmu tidak selari dengan kata-katamu

Kau kata kau cinta padaNya, tetapi kau lambat setiap kali pertemuan. Datangnya juga sering di akhir-akhir waktu. Kadang-kadang kau tidak datang langsung.

Kau kata kau cinta padaNya, tetapi tatkala dia menunggumu di sepertiga malam, kau tidak mahu datang padanya.

Kau kata kau cinta padaNya, tetapi di pagi hari, kau bermalasan mengucapkan syukur padanya dalam dhuhamu.

Kau kata kau cinta padaNya, tetapi tetap juga kau tinggalkan surat cintaNya. Belum acap lagi kau ulang baca surat cinta itu. Tidak pernah benar-benar tahu kandungan surat itu. Apa yang dicintainya, sebab kemarahannya,  arahan-arahannya…Pendek kata, banyak lagi kau belum tahu mengenainya..meski kau kata kau cinta padanya?

Kau kata kau rindu padanya, tetapi kau tinggalkan perkara yang mendekatkan diri padaNya.

Dia kata (literally), ingatilah dia, niscaya hati akan menjadi tenang. Pengubat rindu paling mujarab tu. Dia kata, orang beriman, bila dibacakan surat cinta Allah, hatikan bergetar, air mata kan gugur mengetahui kebenaran kata-katanya. Allah…

Dia kata, mintalah apa sahaja pada Dia, niscaya akan diperkenankan. Memang Dia dah buktikan. Kemudian, syukurilah pemberiannya, pasti Dia tambah lagi. Jika tidak, ketahuilah, azabNya sangatlah pedih.

Dia telah tundukkan bumi dan seluruh isinya untuk kegunaan kau. Serba serbi cukup untuk kegunaan di dunia yang sementara ini.

Nanti, selepas tamat masa engkau di dunia, dia dah janji wariskan kenikmatan yang hebat-hebat, yang tidak terbayang di akal kepada sesiapa yang berlumba mengejar cinta dan redhaNya. Nampaknya, Dia lebih cinta pada kau berbanding cinta kau padaNya.

Dia buktikan kasih sayangnya pada setiap yang terjadi dalam hidupmu. Cuma terkadang kau sahaja tidak memahami isyarat cinta Allah itu. Mahu juga kau terus memburu cinta lain yang tidak pasti dapat membahagiakan kau.

Ah, benarkah engkau cinta? Atau ia cinta semusim seperti musim-musim di Eropah?

Aku tidak tahu. Hanya engkau yang dapat menjawabnya.

Jika benar cinta, ucapkanlah cinta.

Jika benar cinta, buktikanlah cintamu.

Islam itu mengucapkan dengan lidah, membenarkan dalam hati dan membuktikan dengan perbuatan.

Yuk, buktikan cintaMu padaNya!

Dalam satu hadith Qudsi, Rasulullah SAW ada bersabda bahawa ALLAH SWT berfirman,

“ Apabila hambaku mendekatiku selangkah, maka AKU akan mendekatinya seribu langkah, jika dia mendekatiku dalam keadaan berjalan, maka AKU akan mendekatinya dalam keadaan berlari”

Dan pena pun diangkat~

One Response to “Aku bicara tentang cinta”

  1. nurjannahsunshine October 17, 2009 at 1:44 pm #

    pengisian ruhi yang dirindu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: