1-15

6 Dec

1)      Alhamdulillah, PMC Farewell Dinner telah berlansung tempoh hari. Selepas ini, majlis tertutup bersama rakan-rakan, kakak-kakak dan adik-adik tersayang dari seluruh Dublin. Memikirkannya sahaja sudah membuatkan muka ini panas dan air mata bergenang😥

Insya-Allah, saya dan rakan-rakan tajaan JPA dari RCSI akan pulang ke tanah air pada 14 Februari 2010. Selamat tinggal Dublin. Izinkan aku merasa dingin musim sejukmu sekali lagi. Kepada semua tersayang yang ditinggalkan, moga bertemu lagi insya-Allah. KepadaNya saya pohon agar dikuatkan hati kami menghadapi perpisahan itu nanti..Takut basah pula lapangan terbang Dublin itu nanti.

2)      Tahniah kepada ukhti Nurjannah Ithnin atas kejayaan dalam peperiksaan akhir semester lalu! Alhamdulillah, giliran enti pula ke luar negara. Moga dipermudahkan I’Allah.

3)      Masa sekarang dirasakan berlalu pantas. Minggu baru bermula. Tup tap..sudah ke hari jumaat. Ya Allah, tanda kiamat kian hampir. Sedar-sedar, nanti kita sudah ada di dalam kubur. Sahabat, mari bersama manfaatkan setiap detik waktu sebaiknya.

4)      Dublin kerap hujan kebelakangan ini. Alhamdulillah. Mukmin ajaib, apabila ditimpa musibah, ia tetap gembira. Tidak mengapa hujan. Lebih banyak peluang untuk berdoa. Pagi petang siang malam tanpa henti peluang itu datang.

Ada sebuah gereja dalam perjalanan ke Beaumont Hospital menaiki bas 27B. Apabila bas melintasinya, kebanyakan warga emas di dalam bas tersebut pasti akan berdoa (dengan membuat tanda cross di dada).

Saya cemburu. Kita orang Islam ada lebih peluang berbuat demikian (berdoa) di mana sahaja. Islam is the way of life.

5)      Saya ada banyak harapan dan rancangan sepanjang permukiman di Dublin. Tempoh hari, salah satu impian itu tertunai- mengendalikan sebuah program di Ireland, untuk masyarakat di sini. Fiqh of Menstruation-the first of its kind in Ireland. Semoga ia menjadi ilmu yang bermanfaat dan pahala berterusan sebagai bekalan akhirat kelak.

6)       Ummi dan Abah akan datang ke Ireland selepas exam pada bulan 1 nanti. Tak sabar!

7)       Peperiksaan akhir semester 5 akab berlangsung bulan hadapan. Tolak makan minum tidur..ada kurang dari sebulan. Ada yang bakal menduduki peperiksaan minggu hadapan.

Ya Allah, lapangkan dada kami supaya mudah untuk kami menerima dan memahami ilmumu. Kurnikan kami ilmu yang bermanfaat dan lancarkanlah urusan kami ya Allah.

8)      Bulan Zulhijah hampir tiba ke penghujungnya. Tahun baru bakal menjelma.

9)      Ketika Cinta Bertasbih- filem cinta terbaik yang saya pernah tonton setakat ini. Filem yang diadaptasi dari novel terkenal karangan Habiburrahman itu tidak mengecewakan. Pun begitu, saya lebih suka akan novelnya. Soal jodoh..memang ketentuan Allah. Kita hanya mampu merancang.

10)   Tinggal dua lagi perjumpaan bersama mereka. Pertemuan dengan mereka tidak pernah menjemukan. Adik-adik, ketahuilah, semangat dan komitmen adik-adik menjadi kekuatan akak. Janganlah pernah letih atau jemu melakukan perkara yang Allah sukai. Tetaplah berusaha untuk menjadi Muslimah yang solehah wa muslih.

11)   Suasana di Malaysia pasti akan berbeza. Dari Malaysia ke Dublin dan balik ke Malaysia semula selepas 3 tahun, I hope that I have become a better person. Moga lebih mantap di Malaysia nanti. Ameen.

12)   Selalu rasa geram dengan diri. Sudah tahu tetapi tidak berbuat. Sudah tahu tetapi berbuat juga. Ish, Bibah..bibah..Geram juga kerana selalu memilih untuk ‘selemah-lemah iman’. Kenapa tidak nyatakan sahaja yang benar dan menegur yang salah? *sigh.

13)   Politik Malaysia semakin haru biru kebelakangan ini. Yang salah tetap salah. Bila fanatik, benang yang basah pun cuba ditegakkan.

14)   Bila kita tidak lagi bercakap bahasa yang sama, mulut jadi kelu untuk berbicara. Perbualan tidak lagi sehangat dulu. Biarlah masa yang menentukan. Noktah.

15)   Tiba-tiba rindu dengan kakyong. Semoga kakyong sihat selalu hendaknya. Kakakku yang seorang itu, moga dia bertemu jodoh yang baik. (janganlah kakyong baca ni =D)

Lama tidak berborak panjang dengan adik-beradik yang lain. Masing-masing dah dewasa. I’Allah, will do some catch up with you guys once I’m back in Malaysia.

Dan pena pun diangkat~

Kau kata kau cinta

Kau kata kau rindu

Kau kata hatimu meronta sangat-sangat ingin berjumpa

Kau kata dialah segalanya. Tiada lain di hatimu.

Kau kata itu. Kau kata ini. Ah..terlalu banyak yang kau katakan…

Kau katakan kau cinta dan kau ucapkan kata-kata keramat itu…Dalam hatimu, dalam doamu, dalam rayuan rindu kau padanya…tak pernah tidak…

Kalau boleh, kau mahu canang pada seluruh dunia

Dari kata-katamu, sah, kau memang cinta padanya. No doubt!

love2

Kalau benar cinta katakan cinta, tidaklah dia ternanti-nanti…

Kalau benar-benar cinta, buktikan cintamu. Ya, buktikan cintamu.

Allah bukanlah zat yang terpesona dengan kata-kata…

Ucaplah Alhamdulillah, Allahuakbar, Lailahaillallah

Ucaplah juga aku cinta padamu Allah…I love you Allah..sarang hae Allah..

Namun ianya tidak cukup andai perbuatanmu tidak selari dengan kata-katamu

Kau kata kau cinta padaNya, tetapi kau lambat setiap kali pertemuan. Datangnya juga sering di akhir-akhir waktu. Kadang-kadang kau tidak datang langsung.

Kau kata kau cinta padaNya, tetapi tatkala dia menunggumu di sepertiga malam, kau tidak mahu datang padanya.

Kau kata kau cinta padaNya, tetapi di pagi hari, kau bermalasan mengucapkan syukur padanya dalam dhuhamu.

Kau kata kau cinta padaNya, tetapi tetap juga kau tinggalkan surat cintaNya. Belum acap lagi kau ulang baca surat cinta itu. Tidak pernah benar-benar tahu kandungan surat itu. Apa yang dicintainya, sebab kemarahannya,  arahan-arahannya…Pendek kata, banyak lagi kau belum tahu mengenainya..meski kau kata kau cinta padanya?

Kau kata kau rindu padanya, tetapi kau tinggalkan perkara yang mendekatkan diri padaNya.

Dia kata (literally), ingatilah dia, niscaya hati akan menjadi tenang. Pengubat rindu paling mujarab tu. Dia kata, orang beriman, bila dibacakan surat cinta Allah, hatikan bergetar, air mata kan gugur mengetahui kebenaran kata-katanya. Allah…

Dia kata, mintalah apa sahaja pada Dia, niscaya akan diperkenankan. Memang Dia dah buktikan. Kemudian, syukurilah pemberiannya, pasti Dia tambah lagi. Jika tidak, ketahuilah, azabNya sangatlah pedih.

Dia telah tundukkan bumi dan seluruh isinya untuk kegunaan kau. Serba serbi cukup untuk kegunaan di dunia yang sementara ini.

Nanti, selepas tamat masa engkau di dunia, dia dah janji wariskan kenikmatan yang hebat-hebat, yang tidak terbayang di akal kepada sesiapa yang berlumba mengejar cinta dan redhaNya. Nampaknya, Dia lebih cinta pada kau berbanding cinta kau padaNya.

Dia buktikan kasih sayangnya pada setiap yang terjadi dalam hidupmu. Cuma terkadang kau sahaja tidak memahami isyarat cinta Allah itu. Mahu juga kau terus memburu cinta lain yang tidak pasti dapat membahagiakan kau.

Ah, benarkah engkau cinta? Atau ia cinta semusim seperti musim-musim di Eropah?

Aku tidak tahu. Hanya engkau yang dapat menjawabnya.

Jika benar cinta, ucapkanlah cinta.

Jika benar cinta, buktikanlah cintamu.

Islam itu mengucapkan dengan lidah, membenarkan dalam hati dan membuktikan dengan perbuatan.

Yuk, buktikan cintaMu padaNya!

Dalam satu hadith Qudsi, Rasulullah SAW ada bersabda bahawa ALLAH SWT berfirman,

“ Apabila hambaku mendekatiku selangkah, maka AKU akan mendekatinya seribu langkah, jika dia mendekatiku dalam keadaan berjalan, maka AKU akan mendekatinya dalam keadaan berlari”

Dan pena pun diangkat~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: