Menyingkap diari Dublin

15 Dec

Dua setengah tahun hampir berlalu sejak tarikh itu- 27/09/2007.

Seperti tidak percaya minggu ini adalah minggu terakhir sesi pembelajaran di Beaumont. Last teaching week in RCSI after two and a half years!

Kami semua kini telah pun bergelar pelajar perubatan tahun ketiga. Tatkala disambut oleh para senior tahun ketiga sewaktu mula sampai dahulu, hati saya berkata,

“Wah! Bestnya! Dah 3rd year!”

Saya kagum dengan kakak-kakak itu. Kelihatan sangat matang. Berada di tahun ketiga, sudah tentu banyak yang telah mereka lalui. Dan sudah dekat mereka dengan tahun akhir yang bakal melayakkan mereka menjadi seorang doktor. Saya jadi sangat tidak sabar mahu ke tahun ketiga.

Kini, saya di sini. Di tempat mereka dahulu. Tidak percaya rasanya. (err..boleh tak?) Dan kakak-kakak tersebut sudah pun melangkah ke tahun akhir. Tetapi sekarang, saya merasa sangat sabar. Mahu menghargai zaman bergelar pelajar dengan sebaik mungkin =)

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Tahun pertama

Kehadiran penuh 100%. Masakan sanggup ponteng kelas.

Pertama kali masuk ke bilik anatomy. Pertama kali melihat cadaver di depan mata. Pertama kali memegang mayat manusia yang telah diawet. Pertama kali juga men’dissect’ mayat. Satu jam setengah setiap sesi, dua kali setiap minggu. Selama setahun. Setiap minggu bergemulang dengan cadaver  sehingga kot putih yang kami pakai itu sudah sebati baunya dengan formalin.  Dibasuh pula hanya sekali sebulan atau satu kali setiap semester. Memang terbaik =P

Card signing pertama tiba (oral exam untuk subjek anatomy yang diadakan setiap minggu). Masih segar lagi dalam ingatan hari bersejarah itu. Haih. Saya rindu dengan card signing. Rindu perasaan memegang organ-organ manusia dengan kedua belah tangan (semestinya bersarung!), Brain, heart, liver, spleen, eyeball…Tidak lupa juga saat membelah perut cadaver untuk melihat ke dalamnya. Greater omentum, colon, stomach, abdominal aorta..

Those cadaver were once a living people who decided to donate their body to be used for leaning purposes in anatomy teaching. May they rest in peace.

Di dalam lecture hall, kami pelajar Malaysia ada tempat duduk favourite masing-masing. Begitu juga pelajar pelajar dari negara lain. Yang Irish, di bahagian kanan atas lecture theatre dan yang Arab, di bahagian belakang sekali.  Kami yang bertudung dan berkulit sawo matang ini mendominasi lima baris hadapan di bahagian tengah.

Masih segar lagi dalam ingatan akan lecture pharmacology sebanyak 119 slide itu. Subjek biochemistry yang memeningkan kepala, immunology yang ‘berdarah-darah’ itu, embryology..hu2.

Tahun kedua

Kehadirannya masih penuh 100%. Alhamdulillah.

Semester ketiga kurang sibuk dari tahun pertama. Hanya ada dua subjek, dua projek, card signing dan exam clinical competencies kami yang pertama.

Salah satu daripada projek tersebut memerlukan kami melawat ke rumah pesakit. Lari sedikit dari kebiasaan. Tidaklah hanya duduk di kelas dan mempelajari segalanya secara teori. Pengalaman pertama saya berjumpa pesakit Irish di kediaman mereka tidak mengecewakan. Meski menghidap penyakit kronik- Multiple Sclerosis, pesakit kami sangat positif orangnya.

Twelve years has passed since she was first diagnosed with chronic disease but during our conversations, she talked as if there’s nothing to it and her passion towards life is something that we should be proud of. “Tomorrow is not ours to predict. Live life as best as you can,” was how she viewed her condition.

(sedutan laporan yang dihantar)

Subjek clinical competencies adalah baru buat kami semester itu. Banyak yang perlu dihafal. Untuk itu, kami (anda tahu siapa anda =) ) mengambil keputusan membuat study group. One of the chapters in my medic’s life that I will never forget. Sama-sama belajar di ruang tamu sejuk itu, memukul lutut berulang-ulang kali mendapatkan knee reflex yang tepat, breath in breath out sehingga semput, berpinar mata selepas berkali-kali disuluh pentorch, mengulang dan mengulang lagi, berehat sebentar bersama ayam goreng dari FFC, sambung kembali…And Alhamdulillah,  we made it through! Thanks for the memories my dear friends.

Alhamdulillah, saya bersyukur kepadaNya kerana mengurniakan sahabat-sahabat yang selalu membantu. Saya akui, belajar Medik itu tidak mudah. Subjeknya tidak seperti belajar membaca ABC. Belajar yang bukan hanya menghadap buku semata-mata. Jika tidak tahu, bertanya. Orang kata, malu bertanya, sesat jalan.

Stress tak belajar Medik? Oh, itu pasti. Terutamanya bila exam hampir menjelma. Pandai-pandailah memilih wasilah menghilangkan stress. Yang lebih baik adalah mendekatkan diri dengan sang pencipta. Dan berkumpullah dengan orang-orang soleh =)

Semester empat tidaklah kurang sibuk dari semester sebelumnya. Kami berpindah ke persekitaran baru- Beaumont Hospital yang jauh perjalanannya sejam dari rumah saya. Mahu tidak mahu, jika kelas bermula jam 8.30 pagi, saya dan kebanyakan rakan yang lain perlu keluar dari rumah seawal jam 7.15 pagi.

Secara peribadi, semester ini merupakan yang paling mencabar buat saya. Kurang cemerlang kehadirannya berbanding semester yang lepas. Alhamdulillah, semester berakhir, exam diduduki dan kini saya berada di tahun ketiga.

Tahun ketiga

Semester terakhir saya dan rakan-rakan PMC yang lainnya. Kurang sebulan lagi untuk peperiksaan akhir semester. Juga, kurang dari dua bulan untuk pulang ke Malaysia. Pulang yang tidak tahu bila akan kembali lagi ke Dublin ini.

Tiada lagi suara lecturer Irish yang sentiasa sedia mencurah ilmu.

Tiada lagi peluang mengucap terima kasih kepada pemandu bas yang sangat mahir membelok di lorong-lorong sempit. (ya, sangat mahir)

Tiada lagi kelibat peminta sedekah di tepi jalan yang rayunya sering tidak saya endahkan.

Tiada lagi rengekan kerana kesejukan yang mencengkam tulang di musim sejuk Eropah ini.

Tiada lagi cuti Easter yang dapat digunakan untuk berjalan melihat alam.

Tiada lagi kelibat penghibur jalanan yang kreatif seperti di Grafton Street.

Tiada lagi membawa botol kosong untuk kegunaan di tandas.

Tiada lagi senyuman dari pakcik dan makcik Irish yang sangat peramah.

Tiada lagi solat di khalayak ramai di lapangan terbang mahupun di kaki lima.

Tiada lagi sambutan raya bersama rakan-rakan di Malaysian Hall dan tiada lagi raya tanpa keluarga

Tiada lagi…

Di Malaysia, suasananya pasti berbeza.  Akan sangat-sangat berbeza.

Kepada mereka yang tertinggalkan, teruskan berjuang. Terima kasih atas segalanya. Moga kita bertemu lagi insya-Allah. Bertemu pengubat rindu, berpisah tidak gelisah…

Kepada rakan-rakan yang akan turut pulang, bersama kita teruskan perjuangan. Mari menjadi doktor Muslimah yang berilmu dan beramal. Moga hijrah kita kali kedua ini membawa kita lebih dekat kepadaNya. Bersama kita manfaatkan masa yang ada di Dublin ini dengan sebaiknya I’Allah.

Saat saya menghabiskan entri ini, hati dirundung rasa sebak. Siapalah yang dapat mengerti melainkan mereka yang merasakannya sendiri. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat belajar , tempat tumpah darah dan keringat.

Ya Allah, moga kehadiranku di bumi Dublin ini bukanlah sia-sia…Ameen~

Dan pena pun diangkat~

<!–[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA <![endif]–><!–[if gte mso 9]> <![endif]–> <!–[endif]–>

3 Responses to “Menyingkap diari Dublin”

  1. elle December 15, 2009 at 8:46 am #

    You made me cried. sobsobbbbbb. study peopleee. Though bidding goodbye is extremeeellyyy dificult, yet it’s inevitable. May He grant us all the rope of friendship till the end, no matter where we are. (nanti i gi penang kene le belanjeeee. hahaha. seoul garden sepammm) :p

    • nuurhabibah December 15, 2009 at 8:42 pm #

      Ell~~~
      True indeed. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. *sob sob
      Cantik doa tu ell. Ameen…=)

      (Uiks. Org kaya Dublinla yg kena belanja. Yang masih menggunakan euro yang dikali lima duit RM itu. he2. Mungkin mampu belanja nasi kandaq je nnt ;P)

  2. hatikumiliktuhanku January 2, 2010 at 3:45 am #

    assalamualaikum,
    huhu, mahu nangis rasanya bila baca entry ni..tambah plak ayat …..Tiada lagi…..repetition yg penuh syahdu…moga dikuatkan hati kita untuk menghadapi perpisahan ini..amin.I’ll ,miss dublin very2 much….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: