Yang pasti itu _ _ _ _ _

8 Jan

Di luar, jalan-jalan, kereta dan rumah-rumah putih diliputi salji. Malam tadi salji turun lagi barangkali. Suhu pula semakin jatuh merudum ke paras -7! Seperti duduk di dalam peti sejuk. Bagaimanapun, terima kasih kepada blower, jaket, stoking dan sarung tangan (yang masih dipakai walau di dalam rumah), kesejukan di luar bagai tidak terasa. =)

Exam akan bermula dalam 2 hari sahaja lagi. Sudah hari Jumaat. Pantas rasanya masa berlalu.

Usai membaca quran subuh tadi, hati saya rasa damai sedamainya. Alhamdulillah.

Kebelakangan ini, sibuk sungguh menelaah nota-nota yang sampai sekarang masih belum habis dibaca (Ya Allah, permudahkanlah) Dan..Ketenangan yang dirasa itu menjentik hati secara tiba-tiba. Bibah, mati itu pasti, akhirat itu pasti, syurga dan neraka itu juga pasti.

Yang itu pasti…exam pula?

Gulp. Tidak, memang tidak pasti.

Mungkin hari exam itu tidak akan tiba…

Mungkin ia akan ditangguhkan (which is very unlikely),

Mungkin juga kita sudah tiada pada hari itu. Ya, sudah dimatikan.

Mungkin juga hari kiamat menjelang  sebelum hari itu!

Pelbagai kemungkinan. Pernahkah kita fikirkan?

Cuba lihat, bagaimanakah persediaan kita terhadap hari yang tidak pasti itu? Bagaimana pula untuk hari yang memang Allah katakan akan berlaku itu?

Peringatan itu menjadikan saya rasa sungguh tertampar sekali. Bagaimana ujian dunia yang jika tidak benar-benar mujahadah, boleh menjadikan kita lupa..lupa pada tujuan sebenar..

Astaghfirullah.

Soalan exam memang tiada pelajar yang tahu. Nota dibaca dan dihafal penuh kesungguhan. Insya-Allah, moga-moga kita mampu menjawabnya dengan baik.

Soalan munkar dan nakir di dalam kubur pula memang sudah lama bocor. Tahukah kita apa soalannya? Soalan bocor ni. Jika soalan exam bocor, berpusu orang mahu mengetahuinya. Namun yang ini?

Astaghfirullah.

Pada hari peperiksaan berlangsung, pada saat pintu dibuka dan pelajar dibenarkan masuk ke dewan, mereka yang tidak benar-benar bersedia pasti merasa kesal dengan waktu yang dibazirkan. Kesal tidak memanfaatkan waktu yang ada. Kesal kerana malas-malasan. Merasa terkejut melihat kertas soalan. Mata bagai berpinar dan dunia seperti berpusing. Alahai.

Na’uzubillah.

Pun begitu, baginya, sentiasa ada peluang kedua. Peperiksaan ulangan boleh diduduki selepas itu…

Pada hari yang pasti itu pula, apabila sangkakala telah ditiup, tiada lagi mundur ke belakang. Pena telah diangkat dan dakwat telah pun kering. Berakhirlah sudah hayat manusia di dunia menuju akhirat dan menerima pembalasan atas apa yang telah dikerjakan di dunia.

Hari itu, banyak wajah tertunduk kesal menerima buku catatan amalnya.

Dan diletakkanlah kitab (catatan amal), lalu engkau akan melihat orang yang berdosa merasa ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya dan mereka berkata, “Betapa celaka kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya” dan mereka dapati (semua) apa yang telah mereka kerjakan (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun.

(Al-Kahfi: 49)

Dan ada manusia yang berharap kiranya mereka dahulu adalah tanah.

Penyesalan hari itu tiada gunanya. Tiada lagi ulangan. Tiada lagi berbalik ke belakang.

Astaghfirullah.

Pada hari penghulu segala hari ini (sayyidul ayyam), bersama perbanyakkan doa pada Allah.

Banyakkan membaca Quran. Surah al-Kahfi khususnya.

Jika penat menghadam fakta-fakta yang ada, berhenti sebentar. Tunaikan solat dhuha.

Jika kita fokus semasa belajar, cuba juga untuk khusyuk semasa solat. Jika tidak fokus dan tidak khusyuk, minta doa padaNya.

Dari Saidina Ali ra;

‘‘Bekerjalah kamu seolah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari”

Peringatan ini adalah super khusus pada empunya diri yang menulis.

Exam, exam juga. Akhirat jangan lupa. Dan orang yang bijak adalah orang yang banyak mengingati mati.

p/s: Usai menulis, salji turun seperti kapas dari langit. Mengharukan. Terima kasih Allah ^-^

2 Responses to “Yang pasti itu _ _ _ _ _”

  1. nurjannah January 11, 2010 at 1:28 am #

    assalamualaikum ya ukhti habibah habibati.
    moga dalam perlindungan dan kasih sayang Allah selalu.
    moga terus fokus dan kuat dalam membuat persiapan terbaik utk exam ni.
    belajar kerana Allah.ah,indahnya.
    kerana dakwah islam menuntut para daie menjadi org yg super duper outstanding agar daei itu sendiri menjadi insan yang menarik utk dirapati.insyaAllah mudahlah kembali menarik pada Allah dan rasulNya selepas tu.;)

    moga terus sabar dalam kekuatan.

    take care.;)

    • nuurhabibah January 11, 2010 at 7:36 pm #

      Waalaikumsalam jannah ya habibati aidhan~
      Jazakillah atas peringatan yang sgt tepat pd masanya. 🙂
      Point penting yang terkadang kita terlupakan.
      Insya-Allah, akan cuba ingat selalu.

      Ameen atas doanya…

      U tc too ya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: