macam-macam…

24 Apr

Seronok rasanya memulakan clinical years di PMC. Berjumpa dengan ‘orang kita’, kesakitan dan kepayahan yang mereka lalui terasa dekat dengan diri.

Pada awalnya semasa mengambil history dari pesakit, agak kekoklah juga. Bahasa Inggeris yg sering digunakan sejak tiga tahun yang lepas perlu ditukar ke bahasa melayu. Tetapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar selepas beberapa hari. Dan satu rotation telah dihabiskan dengan jayanya.

Berikut adalah beberapa respon para pesakit terhadap soalan yang saya tanyakan. Nak tergelak juga kadang-kadang tu. (Take note that those questions are a must ask one)

S: Pakcik, pakcik ada masalah buang air kecil? Ada rasa sakit?

P: Tak ada.

S: Apa warna air kencing pakcik?

P: Warna teh

S: Teh o atau teh susu pakcik?

=======================

S: Pakcik pernah masuk hospital sebelum ni?
P: Tak pernah. Ada sekali tu jelah untuk buang appendix.

=======================

S: Pakcik pernah ada sakit hati sebelum ni?

P: (sambil gelak) Pernah. Kalau orang tak hargai kita, kita sakit hati. Selalu jugala pakcik sakit hati

S: Bukan. Bukan sakit hati yang itu pakcik. Pernah ada masalah liver?

Saya tersasul sebenarnya di sini. Soalan yang patut diajukan adalah “Pakcik pernah kena penyakit kuning?” (jaundice)

=======================

S: Pakcik merokok?

P: Tak.

S: Pernah merokok pakcik?

P: Pernah.

S: Bila pakcik berhenti?

P: Baru semalam. Sejak pakcik masuk hospital.

S: ….

=======================

S: Anak pakcik dah kahwin? (sambil menunjuk pada anaknya yang melangkah ke tandas sebelum sempat soalan tersebut diajukan)

P: (memandang dengan hairan) Siapa?

S: Anak pakcik yang tu.

P: Owh, belum. Belum lagi. Dia belum boleh kahwin lagi. Pakcik nak anak pakcik tu habiskan belajar dulu.

S: …

=======================

Haih, macam-macam…=)

Ada satu lagi kisah di hospital.

Sedang saya dalam perjalanan menuju ke kantin hospital, seseorang menahan saya.  Secara jujur, tidak dapat saya pastikan jantina dan bangsanya. Maka saya membuat andaian orang yang menahan saya itu seorang lelaki berbangsa Cina.

L: Cik, bagi seringgit. Saya mahu makan. Manyak kesian. Subhanallah, Alhamdulillah, Walailahaillallah, Allahuakbar

S: (tergamam)

L: Banyak kesian wo. Cik, seringgit. Subhanallah, Alhamdulillah, Walailahaillallah, Allahuakbar

S: Encik dari mana?

L: Saya dari Kampung Pisang. Cik, bagi seringgit. Saya mahu makan. Banyak kasihan. (Dan dia mengulang lagi kata-katanya sebelum itu)

S: Jauh encik berjalan. Encik datang hospital kenapa ya?

L: Saya datang hospital nak ambil ubat

S: Oh, encik sakit apa?

L: Sakit jiwa. Cik, bagi seringgit…Subhanallah Alhamdulillah Subhanallah Allahuakbar

…………….

Dan selepas mendapat apa yang dihajatkannya, dia berlalu dengan mulut terus memuji dan mengagungkan Allah.

Dan hari itu, saya belajar sesuatu dari lelaki yang mengaku sakit jiwa itu.

Hmm..macam-macam

Dan pena pun diangkat~

Innalillahi wainnailahi raji’un. Saya sebak. Nafas seperti tersekat di kerongkongan.

Perginya seorang anak Adam. Moga perginya dengan khusnul khatimah, moga rohnya dicucuri rahmat…Al fatihah~

Dan pena pun diangkat~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: