Palestina I

17 Jun

Dunia bagai dikejutkan sekali lagi. Bagai dikejut dari mimpi yang lena. Isu Palestine kembali diingati. Sekali lagi. Kapal-kapal yang cuba memecah tembok sekatan Gaza itu ditahan lagi. Kapal-kapal yang sarat dengan muatan bahan bantuan untuk Gaza itu membawa mesej yang lebih besar dari mesej kemanusiaan semata-mata. Ia menuntut perhatian seluruh dunia kepada kekejaman Israel ke atas Gaza. Penindasan yang lebih teruk dari dasar Apartheid ke atas kaum kulit hitam satu masa dahulu. Lebih kejam dari Holocaust tentera Nazi Jerman ke atas kaum mereka sendiri satu waktu dahulu.

Aku, kau, kamu, dia, awak, MARI BANGUN!

……………………..

SEJARAH PALESTINE ISRAEL- Part 1

Tanah Rahmat

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestine dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.

Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Aqsa dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupaka “Tanah yang dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel) dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan di situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.

Atas kedua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.

Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupaka tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa didakwa disembelih.

Sejarah Awal

Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, Nabi Musa as diutus kepada mereka. Melalui al-Quran, dapat kita ketahui Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.

Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca di dalam al-Quran bagaiman kaum ini semakin lama semakin ‘besar kepala’, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kematian Nabi Musa sebagaiman diceritakan dalam surah al-Baqarah.

Setelah Talut menawan kembali tanah Palestine tersebut dari kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestine disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman dengan bala tenteranya yang terdiri dari haiwan, jin, angin dan sebagainya. Palestine dimiliki oleh Bani Israel sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum akhirnya tanah Palestine dijajah oleh tentera Rom dan Bani Israel dihalau keluar. Lalu tersebarlah Bani Israel atau dikenali sekarang sebagai Yahudi ke serata dunia.

Sejak dari itu, tanah Palestine menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestine.

Kedatangan Islam

Palestine kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Rasulullah saw. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, baginda wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam terus berkembang dan Palestine berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Palestine menjadi tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan dan pemerintahan dikuasai golongan gereja.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestine. Pada tahun 1063, Pope Alexander II telah memberikan ‘fatwa’ mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestine, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades)

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestine dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan semula

Setelah Palestine ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, Salahuddin al-Ayubi. Beliau menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestine. Akhirnya pada sekitar tahun1187, ibunegara Palestine berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.

Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemeritahan Islam dengan aman damai. Malahan penduduk asal Palestin iaitu Yahudi dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang ingin bermastautin di luar negara. Kerajaan Islam berkembang meluas, sehinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke 19 lagi. Proses modernisadi semakin berlaku dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa itu hanyalah pada nama. Empayar Islam semakin lemah…

Perang Dunia Pertama

Akhirnya pada tahun 1914 tercetusnya perang dunia pertama. Perang Dunia pertama terdiri daripada 2 kuasa besar iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga manakala Kerajaan Turki Uthmaniyyah menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah hebat diserang oleh Pakatan Bertiga. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam.

Perlu diberi perhatian, pada masa itu, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan ditadbir pula oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab

Pada ketika inilah kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan Arab pula menyerang Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal I, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.

Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan- “hari ini, perang Salib sudah berakhir”

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan kerua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestine kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestine meningkat, dari 50 000 sebelum ini kepada mencecah setengah juta, manakala penduduk Islam Palestine ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil  dari Yahudi ketika deklarasi tersebut merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzmann ialah seorang saintis yang pertama menciptakan bahan kimia acetone. Acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzmann mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour supaya diadakan deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi dengan sumbangan Weizzmann, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizzmann, namun Weizzmann menolak dan mahukan Palestine.

Akhirnya British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestine. Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian dengan Chaim Weizzmann menyatakan sokongan penuh beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.

Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasan yang luas, termasuklah Palestine. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa apabila sempadan-sempadan negara digariskan memisahkan sempadan agama.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah

Pada tahun 1918, tentera colonial Britain menduduki pemerintahan Turki Uthmaniyyah iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah Perang Dunia Pertama, sebuah persidangan Lausanne diadakan yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti –sistem khilafah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan Turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu-“Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan colonial?”

Lord Curdon menjawab-“Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya-Khalifah dan Islam”

Dalang utamanya-Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas cabinet Turki ketika itu lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas takhta pemerintahan.

3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut, khalifah terakhir, Khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil takhta dan proses pensekularan bermula.

Holocaust

Keadaan berterusan sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai ke atas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh. Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestine dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Penglibatan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestine. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestine, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong penuh penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestine sehingga kini. Presiden Israel yang pertama- Chaim Weizzmann.

One Response to “Palestina I”

Trackbacks/Pingbacks

  1. Palestina II « SWEET & SOUR - June 18, 2010

    […] June 18, 2010 at 2:01 am (Islam, Palestin) Baca part 1 di sini […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: