Musim peristiwa di bumi Khatulistiwa

18 Jun

Musim panas tiba lagi. Well, not for Malaysia.

Di bumi Khatulistiwa ini, seperti biasa, tiada musim sejuk, tiada musim luruhnya. Hanya musim panas sepanjang tahun. Diselit dengan hujan sekali sekala. Mungkin itulah yang menjadikan belajar di luar negara lebih menyeronokkan. Musim sejuk, musim bunga, musim luruh dan musim panas silih berganti. Ada pertukaran angin. Tidaklah begitu monotonous.

Musim panas kali ini penuh dengan peristiwa. Peristiwa warna warni orang sekeliling saya dan di seluruh dunia.

(1) Freedom Flotilla

Kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza itu membawa kita dan masyarakat dunia kepada isu yang kian dilupakan. Isu yang selalu ada pasang surutnya. Kisah umat Islam di Palestine yang tertindas itu memerlukan mujahadah kita yang berterusan. Jangan jadikan ia kisah semusim seperti musim-musim di Eropah.

Palestine memanggil kita pulang kepada Islam. Benar!

Dengan demonstrasi di jalan-jalan yang mengalirkan keringat dan menghilangkan suara, masih banyak lagi ruang untuk diisi. Bendera Israel dibakar, laungan takbir bergema di angkasa, ayuh kekalkan semangat itu! Mari kita berdemonstrasi hari-hari!

(2) Piala Dunia (World Cup)

Wow! Demam Bola sudah bermula!

Saya berpeluang menonton beberapa perlawanan di kaca tv bersama keluarga. Asyik juga melihat aksi pemain-pemain hebat dunia di padang. Huh, memang boleh addicted kalau tidak mampu mengawal.

Siapa yang bakal bergelar World Cup Champion musim ini? Kita nantikan~

(3) Kahwin

He3. Bukan saya tetapi mereka.

Musim panas ini, begitu banyak undangan diterima. Saya tak dapat nak keep track of the numbers. Memang ramai sangat.  Yang jauh, yang dekat..

Dan topik kahwin menjadi topik perbualan paling popular dan hangat masa kini.

Beberapa kali juga saya terkejut melihat nama yang terpapar pada kad undangan. Senyap-senyap sahaja mereka ini. Alhamdulillah, tiada berita liar yang tidak perlu. Moga masjid yang bakal dibina diberkahi olehNya.

Selamat pengantin baru saya ucapkan! ^-^

Kepada yang sudah berpunya tapi masih belum mengikat dengan ikatan yang sah, cepat-cepatla ya. Saya doakan semoga dipermudahkan jalan olehNya. Kepada yang belum berpunya, ehem, bertabah ya. Keep on praying. He knows best!

Saya tertarik dengan jawapan seorang ustaz atas persoalan cinta dan kahwin yang diajukan kepadanya…

“Ustaz, boleh ke bercinta sebelum kahwin?” kata si A

“Ustaz, saya sokong bercinta selepas kahwin!” si B pula bersuara.

Dengan tenang, ustaz itu menjawab,

“Tidak kisahlah bercinta sebelum atau selepas kahwin. Tetapi jangan pula kamu bercinta tetapi tidak berkahwin atau berkahwin tetapi tidak bercinta!”


(4) Graduasi

Musim ini juga musim graduasi. Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada para senior PMC yang berjaya menghabiskan peperiksaan akhir tempoh hari. Alhamdulillah. All praises be to Him and only Him.

Teruskan berbakti untuk agama, bangsa dan negara insya-Allah!

One of my sisters just had her graduation last week. Subhanallah! Adiknya grad dahulu sebelum kakak. Nope. Tidak bersedih, malah tumpang gembira. Kakngah is proud of you, Ijah!

Dan kakyong sudah mula menghitung hari untuk graduasi kali keduanya. Dalam bulan tiga tahun depan iA.

As for me, there’s still another two years to go. Along with my other two brothers and sister.

Ya Allah, lapangkanlah dada kami, permudahkanlah urusan kami, dan berikanlah kami kefahaman para Nabi. Mudahkanlah jalan bagi kami Ya Allah…

(5) Kematian

Ada dua orang sahabat yang baru kehilangan bapa mereka.

Innalillahi wainnailaihi raji’un…Daripadanya kita datang, kepadanya kita kembali.

Semoga Allah memberi ketabahan hati kepada kedua mereka dan keluarga mereka iA.

(6) Exam!

Having exam after a month of holiday?

Pastinya bukan satu pilihan. Seingat-ingat saya, tidak pernah lagi situasi begini berlaku.

Masih mengumpul kekuatan untuk study secara istiqamah di rumah. Ah, besar cabarannya. Yang penting, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!”

Doakan saya ya!

Dan pena pun diangkat~

3 Responses to “Musim peristiwa di bumi Khatulistiwa”

  1. Carnation June 20, 2010 at 6:49 am #

    AslmAlykm

    Bibah, Miss youuuuuu, I gotta say this, cakaaaap eeeeengliiiiiish toloooooong loooooool jk

    How are you? Is it true that you were in Ireland a few weeks ago???

    tc @->—-

  2. nuurhabibah June 22, 2010 at 6:47 am #

    Waalaikumslm

    Samah!! I miss u too! Hvent heard from u for quite a while. How are you? =)
    I’m fine here Alhamdulillah.

    To write in my own language allows me to express my emotions and feelings MORE than I’m able to if I write in english. Thus Samah, u just hv to bear with me (^-~)
    IA, soon!
    Hey..try google translate it. Last time I check, my Malay sentences is decent enough to be translated into proper English sentences~

    Nope. I left Ireland 3 months ago. Havent step my feet there since then. Why o why?

    Tc too! =)

  3. Carnation June 22, 2010 at 11:06 pm #

    Ws, its okay, You don’t have to write in English, I never said this but MashAllaah your English is super, especially writing mA.

    I’m not too bad aA, keep in touch k?

    Will you be coming back to visit someday?

    tc @->—-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: