Palestina II

18 Jun

Baca part 1 di sini

Palestine Sekarang

Sejak dari Holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestine yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus menerus menyerang Palestine dalam usaha meluaskan empayar sempadannya. Palestine pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestine. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika.

Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya-sama ada Palestine akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khilafah Islam menyokong perjuangan Palestine.

KRONOLOGI KEPUNGAN DAN SERANGAN KE ATAS GAZA

28 September 2000

Apa yang berlaku ke atas Gaza ini adalah siri kezaliman rejim Zionis yang telah bermula pada 28 September 2000 apabila kerajaan penjajah Zionis mengisytiharkan wajib melaksanakan sekatan ke atas Gaza.

Bagi merealisasikan rancangan tersebut, penjajah Zionis telah menutup sempadan perhubungan antara Gaza dengan Tebing Barat sepenuhnya. Pihak Zionis juga menyekat pemberian wang cukai yang merupakan hak kerajaan Palestine. Bagi menyempurnakan lagi sekatan, Zionis telah meruntuhkan pelabuhan Gaza selepas sebulan sahaja intifadah dilancarkan dan turut memusnahkan lapangan terbang antarabaangsa Gaza pada bulan Disember 2001.

11 September 2005

Zionis telah keluar dari Gaza pada 11 September 2005 namun keadaan Gaza tidak berubah bahkan sempadan-sempadannya terus ditutup. Sekatan ke atas Gaza semakin hebat dan meruncing bermula awal tahun 2006. Pada masa itu pihak penjajah Zionis telah bertindak memperkuatkan sekatan atas Gaza dengan menyekat kemasukan pekerja rakyat Palestine ke kawasan jajahan Zionis, mengurangkan waktu operasi sempadan dan menambahkan lagi waktu penutupannya. Tekanan-tekanan tersebut membawa kepada peningkatan nisbah pengangguran di Gaza sebanyak 50% dan nisbah penduduk yang hidup di bawah paras kefakiran sebanyak 65%.

11 Jun 2007

Pihak pengurusan Amerika dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas bersepakat dan bersetuju merancangkan satu tindakan untuk menjatuhkan kerajaan HAMAS di Gaza. Antara plan tindakan yang telah disepakati kedua-dua pihak ialah menghapuskan Kerajaan Campuran dan mengumumkan darurat, memisahkan Gaza dengan Tebing Barat, memberikan cukai kepada Abbas yang akan digunakannya untuk membangunkan Tebing Barat di samping Amerika meyakinkan Israel untuk memperbaiki keadaan di Tebing Barat supaya rakyat Palestine di Gaza merasai keadaan mereka semakin teruk di bawah penguasaan HAMAS. Satu tindakan yang boleh membawa rakyat Palestine menentang HAMAS dan belot kepadanya.

Zionis membuat sekatan keseluruhan ke atas Gaza. Zionis bertindak menutup semua sempadan yang menghubungi Gaza. Tindakan ini merupakan satu usaha menghukum penduduk Gaza yang berjumlah lebih kurang 1.5 juta orang dan siri membalas dendam Zionis yang berterusan ke atas rakyat Palestin.

23 Februari 2008

Hari Gabungan Sedunia Menghapuskan Sekatan Ke Atas Gaza. Pihak penjajah telah menyekat barangan bernilai 150 juta dolar di samping mengenakan denda terhadap para peniaga. Banyak projek-projek yang terpaksa dihentikan di Gaza dengan anggaran kerugian lebih kurang 350 juta dolar. Awal 2008 menyaksikan siri pembunuhan berterusan oleh rejim Zionis. Dalam tempoh tiga bulan (Jan, Feb, Mac 2008) seramai 300 orang rakyat Palestine gugur syahid. 112 daripadanya adalah dari Gaza.

19 Jun 2008

Bermula gencatan senjata. Pihak Zionis bersetuju menghentikan segala bentuk serangan ketenteraan di Gaza selama 6 bulan mengikut yang disepakati oleh pihak Palestine yang bermesyuarat di Kaherah.

18 Disember 2008

Pemimpin HAMAS mengumumkan tamatnya gencatan senjata. Keesokan harinya bermula serangan rejim Zionis ke atas Gaza.

27 Disember 2008

Israel melancarkan serangan udara yang membunuh 229 penduduk Gaza.

28 Disember 2008

Serangan udara Israel memusnahkan bangunan makmal di Universiti Islam Gaza. Pada 1 Januari 2009, sera ngan bom Israel membunuh pemimpin kanan HAMAS, Nizar Rayan di Jabalia, Gaza. Pada 2 Januari 2009, serangan udara ke atas masjid menyebabkan 11 orang rakyat Palestine syahid.

4 Januari 2009

Lima orang awam Palestine syahid apabila terkena bedilan meriam Israel. Sehingga kini angka syahid melebihi 524 nyawa, 120 kanak-kanak dan 50 wanita. Jumlah yang tecedera pula melibatkan seramai 2500 orang yang tidak berdosa. Sekatan di pintu sempadan Mesir-Rafah menyebabkan bantuan semakin sukar disalurkan dan menambahkan lagi kepayahan penduduk di sana.

7 Januari 2009

Jumlah angka syahid bertambah kepada 635 orang dan tercedera seramai 2900 orang. Perkhidmatan ambulans hampir lumpuh disebabkan peningkatan operasi ketenteraan di Gaza. Hospital-hospital telah kehabisan vaksin dan bekalan darah. Sekurang-kurangnya dua buah hospital kehabisan bahan api untuk menghidupkan generator elektrik. Bekalan air bersih juga semakin berkurangan kerana banyak telaga musnah dibedil rejim Zionis.

21 Januari 2009

Israel admits using white phosphorus immunitions

2010

1. Bantuan kemanusian ‘Freedom Flotilla’ ke Gaza dihalang. 9 orang maut apabila tentera Israel menyekat dan menyerang kapal tersebut

2. Kapal kedua, dengan misi yang sama, turut dihalang. Rachel Corrie, kapal yang dinamakan sempena nama seorang aktivis Amerika yang terbunuh di Israel diminta berhenti menempuh jalan yang berbeza- masuk melalui Ashdod. Dakwa Israel, mereka sendiri akan menghantar bekalan tersebut ke Gaza.

Maklumat mengenai Flotilla ini boleh didapati di http://www.gazaflotilla.org/

(Kebanyakan teks adalah daripada sebuah buku terbitan Wholesale Mart Business Point Sdn Bhd)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: