harta

8 Jul

“Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.” (HR Tarmizi)

Tersentak saya membacanya. Terhenti sebentar di separuh hadis.

“Tidak berganjak kedua-dua kaki…”

“sehingga…pada hari kiamat…”

“…harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan”

Jikalau dahulu membaca hadis ini, saya tidak terkesan dengan persoalan tentang harta itu. Ialah. Duit pun bukanlah ada. Cukup-cukup sahaja. Dan saya merasakan saya telah menggunakan duit biasiswa yang diberi dengan sebaiknya. Tidaklah membelanjakannya tanpa keperluan. Pertimbangan manusia. Masakan sama dengan pertimbangan Allah😥

Sekarang, nikmat yang Allah beri bertambah lagi.

Kereta.

Harta dunia yang betul-betul nampak di depan mata.

Harta dunia yang satu itu, baru saya peroleh 4 bulan yang lepas. Pertama kali mempunyai kereta sendiri, sayangnya sukar ditafsirkan. Kalau hendak diibaratkan, seperti kasih seorang ibu pada anak mungkin. Dibelai dan dijaga sebaik mungkin. Cukup makan dan pakainya. Nyamuk yang cuba-cuba hinggap pun pasti dimarahi. Dapatkah anda membayangkan perasaan sayang itu?

Memang sungguh-sungguh sayang.

Sehinggalah peristiwa pada suatu petang membawa saya kepada suatu kesedaran.

Peristiwa hampir-hampir berlanggar dengan motorsikal yang cuba memintas tiba-tiba dari sebelah kiri itu membuatkan jantung saya hampir luruh. Hampir saja pemandunya maut andai saya tidak menekan brek dengan segera. Mujurlah Allah masih memanjangkan usia pemuda tersebut. Meski kenderaan yang saya sayang itu cedera sedikit di bahagian hadapan, ada peringatan besar yang Allah hendak sampaikan. Selepas  kejadian itu, Alhamdulillah, sayang saya sudah reda sedikit.

Susah kan hendak mengikis cinta pada harta dunia?

Sebab kita merasakan harta itu milik kita. Solely ours. Sungguh rugi persangkaan ini.😥

——————-

Masih lagi pada harta benda.

Cuba anda senaraikan 10 benda yang anda miliki, yang boleh dimanfaatkan untuk orang lain. Yang paling penting, untuk dakwah, untuk Islam.

10 perkara yang saya miliki, saya senaraikan. Namun, saya terhenti pada perkara yang ketujuh. Takut untuk terus menyenaraikannya lagi. 7 perkara yang teratas itu, masih ada lagi yang belum dimanfaatkan sehabis mungkin😥

Ya Allah. Hebat sungguh jiwa para sahabat-sahabat dahulu.

Bilamana diminta menginfak, terus sahaja  menyahut seruan.

Abu Bakar hingga menyerahkan seluruh hartanya untuk peperangan Tabuk.

“Cukuplah Allah dan Rasul untuk keluargaku”

Allah.

Pada harta kita, terdapat bahagian orang lain. Not solely ours.

Oh diri, sudahkah kau bersedekah pada hari ini? Atau minggu ini? Atau bulan ini?

Moga tetap dalam hidayahNya selalu iA

Dan pena pun diangkat~

Dan pena pun diangkat~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: