Denyut Kasih Medik

2 Oct

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Riang sungguh hati tatkala buku ini berada di dalam tangan.

Sewaktu memulakan tahun klinikal di negara sendiri semejak bulan 3 yang lalu, saya berasa sangat bersemangat. Wah2, bakal masuk ke tahun keempat. Namun, selepas sebulan dua, saya merasa resah. Macam ada yang tidak kena. Paginya pergi ke wad, clerking patient and have bedside teaching. Petangnya, pergi ke kelas dan pulang ke rumah sekitar jam 5 petang. Penat. Tetapi saya tidak gembira. Takkan hendak begini sehingga final year?

Penat tetapi tidak gembira- saya merasakan satu kerugian yang amat besar. Puas saya memperbetulkan niat. Saya mengadu padaNya, meminta penyelesaian. Tidak juga berjumpa. Saya berbincang dengan rakan-rakan, tetapi jawapannya masih tidak diketemukan. Saya mahu menjadi MUSLIM doktor, bukannya doktor yang kebetulannya Muslim. Tetapi saya tidak berketemukan caranya. Allah…

Rasa kasih terhadap apa yang saya lakukan tidak berakar umbi dalam setiap denyut nafas.

Saya bersangka-sangka terhadap pesakit saya sendiri…

Saya memeriksa para pesakit out of formality…tanpa perasaan..

Saya tahu pesakit itu tidak bersolat walaupun dia mampu, tetapi saya tidak menyatakan walau sepatah kata…mengajak ke arah amar ma’ruf…

Pesakit itu mencampakkan diri ke jurang kebinasaan di usia muda dengan mengambil dadah…dan saya hanya mengangguk-angguk dan meneruskan ke soalan lain…

Saya pergi dan pulang…dan sebagai pelajar perubatan tahun keempat, saya merasakan tidak memberi manfaat kepada para pesakit saya…kepada umat ini…hanya mengambil manfaat daripada mereka…

Sedih…Menyedihkan…Sungguh rugi…

Usai pembacaan novel Denyut Kasih Medik, perasaan saya bercampur baur. Terharu.

Allah telah membuka jalan untuk saya. Alhamdulillah.

Dan keesokkan harinya, sewaktu melangkahkan kaki masuk ke dalam wad, saya melihat banyak ruang untuk membuat pahala hari itu. Alhamdulillah, lebih bersemangat. Semoga hari-hari seterusnya begini juga. Biar ia menjadi rutin yang ibadah, bukannya ibadah yang menjadi rutin hingga tiada maknanya lagi. Insya-Allah…

❤ And I fall in love again with Medicine❤

………………….

Denyut Kasih Medik

“Denyut Kasih Medik (DKM) merupakan kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta.”

Penulis : Dr Farhan Hadi Mohd Taib

Harga : RM23.00 / RM25.00

Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd

Banyak perkara yang diulas di dalam novel setebal 390 muka surat ini. Antaranya adalah; solat ketika sakit, penggunaan ubat yang mengandungi lemak babi (clexane), solat jama’ atau qadha bagi pegawai perubatan yang terlibat dalam operasi pembedahan, merancang kehamilan, misteri air selusuh, colostomy dan lain-lain.

Saya sangat bersetuju dengan testimoni dari Dr Basir Towil di bahagian awal buku ini;

“Novel ini sesuai dijadikan rujukan bagi para doktor dan staf yang bertugas dalam konteks memahami cara aplikasi syariat di hospital”

Buku ini bahkan sangat wajar dibaca oleh orang awam sama ada lelaki dan perempuan, tua atau muda kerana ia turut menceritakan tentang pelaksanaan syariat ketika sedang sakit. Novel ini turut mengandungi unsur aqidah, syariat dan akhlak yang luhur serta turut memuatkan info-info fiqh yang penting, tips kesihatan, hadith dan nota kaki bagi istilah-istilah perubatan dan agama yang perlu kepada huraian dan maksud.

Beberapa komen yang saya dengar daripada beberapa pembaca, Dr Muslih dikatakan seorang yang sangat ideal, tiada cacat celanya. Macam tidak realistik pula. Dia seorang yang sentiasa positif, tahu apa yang dia mahukan, berani bersuara dan pandai memenangi hati. Pendek kata, memang lengkap serba serbi.

Pendapat saya, memang benar. Agak idealistic. Tapi itu tidak salah. Bukankah itu sifat seorang Muslim yang dicintai Allah? Tambahan pula, ia memang boleh diaplikasikan. You have to do it to realize it’s actually practical (Memang berbeza dengan novel-novel lain yang banyak menekankan aspek rupa paras dan fizikal)

Antara kata-kata yang menarik minat saya;

“Kenapa memilih untuk menjauhkan diri daripada Allah sedangkan Allah mengujimu sebagai tanda cintaNya. Dia memberi peluang untuk sebuah keampunan. Hargailah dengan mengeratkan hubungan denganNya”

“…Kalau Allah nak bagi umur kita panjang, panjanglah umur kita walaupun dengan banyak penyakit. Kalau Allah nak ambil nyawa, yang sihat dan muda pun boleh mati walau tak ada penyakit. Yang penting, hidup atau muda, kita sentiasa beribadah kepada Allah…”

Banyak perkara yang ingin diulas, tetapi saya biarkan anda membaca dan menghayati sendiri kisah penuh motivasi ini.  Anda pasti akan sukakan novel ini! Dan bacalah dengan mata hati~

Dan pena pun diangkat~

Dan pena pun diangkat~

One Response to “Denyut Kasih Medik”

  1. Nurul November 26, 2010 at 2:31 pm #

    macam best je…nk try beli n baca walaupun saya bukan doktor,tapi guru novice.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: