Mencari jawapan

10 Nov

Kebelakangan ini, acap kali soalan itu diajukan. Setiap kali itu juga saya seboleh mungkin mengelak untuk menjawabnya. “Please, don’t ask me that question!” Jerit saya di dalam hati.

Namun dalam beberapa kejadian, terpaksa juga saya memberikan jawapan. Dan jawapan yang diberikan biasanya panjang menjela. Saya tidak pasti yang mendengarnya jelas atau tidak. Apabila diminta memberikan sebaris ayat sebagai jawapan, lagi saya resah. How am I going to rephrase it into a few words?

Teringat saya kepada peristiwa 4 tahun lepas. Juga peristiwa pada 2 tahun sebelumnya. Saya pernah mempunyai jawapan kepada soalan tersebut, yang saya nyatakan dengan yakin kepada mereka yang bertanya. Tiada keraguan. Itu yang saya mahukan dan sekian dan sekian adalah sebabnya. In fact, I even went an extra miles by telling my hopes and expectations.

Semua itu tersimpan rapi di dalam kotak memori. Yang acap kali dijengah kebelakangan ini. Hmm….

Hari ini, soalan itu diajukan lagi…

“Kenapa anda ingin menjadi doktor?”

Aish.

Berpeluh sejuk tangan dibuatnya. Macam soalan temuduga. Bezanya, jawapan saya pada waktu itu bukan lagi untuk meyakinkan penemuduga seperti jawapan saya 4 tahun lepas, tetapi untuk diri sendiri. Sejauh mana saya selama ini jelas dengan tujuan saya. Persoalan yang sangat berkait rapat dengan niat. Jujur, saya lebih bimbang akan jawapannya berbanding soalan tersebut!

Seorang demi seorang memberikan jawapan mereka.

Pelajar A:

“Ia adalah bidang yang mempunyai masa depan yang cerah. Bila mana ekonomi jatuh merudum, orang ramai tidak lagi memerlukan harta benda. Tetapi mereka akan selalu memerlukan khidmat seorang doktor. They will always come to u,”

“Tetapi pada waktu itu mereka mungkin tidak mempunyai duit untuk membayar anda,” balas yang bertanya.

“Well….you can always give them discount,”jawab pelajar A sambil tersengih.

Kami semua tergelak besar mendengarnya.

Pelajar B:

“Pakcik saya meninggal dunia kerana barah. Dia disarankan untuk menjalani ‘radiotherapy ’ tetapi memilih untuk menggunakan ubatan tradisional. Pakcik saya akhirnya meninggal dunia, di hospital ini. I want to be a doctor because I want to make changes,”

Pelajar C:

“Saya ke sebuah klinik sewaktu saya masih kecil. Di situ, seorang doktor sedang memberikan rawatan kepada pesakitnya. Saya sangat tertarik dengan cara doktor tersebut, teruja dengan perkara yang dilakukan dan daripada saat itu, saya tahu, saya ingin menjadi seorang doktor. I want to help people in the best way that I can,”

Tiba pula giliran saya.

Saya menghela nafas. Panjang.

……

Sepanjang perjalanan pulang, jawapan-jawapan tersebut bermain-main di dalam kepala.

Becoming a doctor has always been my dream since I was a child. Selepas SPM, saya mengikut kata hati dan mengambil jurusan perubatan. Alhamdulillah, Allah telah melapangkan jalan saya. IA bakal bergelar seorang doktor perubatan dalam masa kurang dari dua tahun.

Tetapi soalan itu…

Aish.

Soalan cepu emas seperti itu elok juga ditanyakan kepada anda yang sedang membaca. Saudara, saudari, kenapa memilih cita-cita tersebut?

“Kenapa mahu menjadi akauntan?”

“Kenapa memilih menjadi guru?”

“Apa yang membuat anda mahu menjadi seorang ustaz?”

Jikalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi. Harta semakin bertambah, kemahuan juga semakin tinggi! Kita tidak akan pernah puas.

Jika pekerjaan diukur dengan pangkat dan kehormatan yang diperoleh, kita juga tidak akan pernah puas. Bila mana kerja yang dilakukan tidak diberi penghargaan selayaknya, jiwa menghambur amarah. Kerja penat-penat, tetapi tiada siapa yang peduli!

Seorang doktor, kerjanya dari pagi sampai ke malam. Itu belum dicampur ‘oncall’. Waktu makan menjadi tidak tentu. Waktu tidur apatah lagi. Perginya sebelum matahari keluar, baliknya pula selepas matahari terbenam! Oh, siapakah yang peduli?

Membuat pahala sehari-hari atau berdosa tanpa sedar setiap hari? Penat tetapi tidak gembira atau memperoleh kepenatan yang memuaskan?

JIKA KERJA JADI IBADAH

Walau apapun cita-cita ataupun pekerjaan kita, sangatlah penting untuk setiap individu kembali kepada tujuan asal penciptaan manusia di dunia.

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

(saifulislam.com)

Saya sendiri masih mencari jawapan kepada persoalan tersebut. Mungkin sepanjang saya bergelar seorang doktor.

Jawapan yang saya berikan pada hari ini tidak memuaskan hati saya. Tetapi sedikit sebanyak jawapan saya itu memberikan sedikit pencerahan. Rupanya, dengan bercakap, anda menjadi lebih jelas tentang sesuatu. Ya, ini yang saya mahukan. Moga hikmah yang tersembunyi dengan memilih bidang ini terus mengalir, deras dan menambahkan nikmah..yang pastinya akan memberatkan tanggungjawab dan amanah. La hawla wa la quwwata illa billah~

Kepada sahabat-sahabat yang sedang mengambil bidang perubatan di mana jua anda berada, bersama kita memperbetulkan niat setiap hari. Terlalu banyak peluang untuk membuat pahala sehari-hari. Para pesakit itu perlu dirawat fizikal dan rohaninya. Umat ini memerlukan kita! Dan semuanya perlu bermula sejak kita di sekolah perubatan lagi.

Ingin sekali saya kongsikan jawapan saya, namun sebelum itu, kepada para pelajar perubatan sekalian, ingin saya tanyakan, “Kenapa mahu menjadi doktor?”

Kepada adik-adik yang ingin mengambil bidang perubatan, teruskan jika itu yang anda mahukan.

Apabila kamu sudah berazam, maka bertawakallah kepada Allah.

Faiza ‘Azamta, Fatawakkal ‘Alallah!

Dan pena pun diangkat~

pena pun diangkat~

3 Responses to “Mencari jawapan”

  1. nurjannah November 11, 2010 at 2:00 pm #

    assalamualaikum
    minggu ni beberapa kali diingatkan tentang niat.
    topik penting.sangat penting.
    tapi susahnya nak kekalkan niat.
    berkenaan nak jd doktor ni,sangat mantoplah kalau niat mencari redha Allah.mmg boleh collect byk pahala (selain mengcollect signatures dlm logbook utk setiap hx taking n clinical skills yg dapat buat kat ward)😀
    apa2pn,jazakillah ya beebs. xoxo

  2. Nurul November 26, 2010 at 2:41 pm #

    pernah bercita2 menjadi doktor…

    tapi sekarang GURU..
    kenapa saya nak jadi guru?

  3. atiqah February 2, 2012 at 7:15 am #

    asssalamualaikum…
    mmg tak d nafikan… pa2 pun, prbetulkan dulu niat kita… seauh mna kta mahu mncari redha Nya… keberkatan Nya…
    doktor merupakan matlamat dan cita2 saya… insyaAllah, niat nya adlh untuk mmbntu rmai insan yang mmerlukan d luar sna…
    rasa tidak snggup bila terkenangkan insan2 d luar sna yg sngt mmerlukan khdmat kshtn…
    mdah-mudahan Allah permudahkan jlan2 hamba Nya… amiinn…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: