Labbaikallahumma labbaik!~

12 Nov

Melihat, mendengar dan membaca pengalaman setiap seorang daripada mereka sentiasa menghantar seribu satu rasa ke dalam hati. Cemburu, hasrat yang menggebu-gebu, kemahuan yang tinggi dan macam-macam lagi.

Setiap pengalaman yang dikongsikan adalah berbeza antara satu sama lain, whereby each one of it is unique on its own. Banyak daripadanya yang tidak terungkap…menjadi pengalaman berharga kepada mereka yang pernah melaluinya sendiri.

Tahun ini, entah kenapa, setiap kali mendengarkannya, baik melalui video, ceramah mahupun tulisan, hati ini mudah sangat terusik. Terasa rindu yang sangat-sangat. Rindu kepada tanah yang belum pernah diinjaki itu, rindu untuk bertamu di makam baginda Rasul yang tercinta, rindu untuk melihat Kaabah, rindu untuk menjadi tetamuNya…Ah, rindu yang sukar dimengerti!

Moga waktu itu tiba jua iA.

Nun jauh di sana, di Tanah Suci Mekah, jutaan dari umat Islam sedang merauk nikmat Ilahi, menikmati masa bersama-sama Rabbnya, jauh dari hiruk piruk dunia. Dengan pakaian ihram yang putih bersih, semua orang menjadi sama di tanah haram itu. Yang kaya, yang muda, yang tua, yang berkulit gelap mahupun cerah, berkumpul di sana dengan niat mencari keredhaan Allah. Menjadi tetamu Allah di tanah suci itu, Subhanallah, indahnya!

Di saat keberangkatan hinggalah tiba di Mekah, mereka mengucapkan;

لَبَّيْكَ اَللَّهُمَّ لَبَّيْكََ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَ شرِيْكَ لَكَ. لَبَّيْكَ اَللَّهُمَّ لَبَّيْكََ

“Hambamu telah datang menyahut panggilanMu, Ya Allah. Hambamu telah datang menyambut panggilanMu, Ya Allah. Tiada sekutu bagimu, ku sambut panggilanMu.  Sesungguhnya segala pujian, dan nikmat, dan kerajaan adalah milik-Mu, tiada sekutu bagiMu”

Subhanallah. Segala puji-pujian hanya padaMu ya Allah!

……

Bulan Zulhijah merupakan bulan terakhir di dalam kalendar Islam. Keistimewaan dan kelebihannya telah disebutkan di dalam alQuran dan alHadis.

“Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini”. Sahabat bertanya, “Adakah itu termasuk juga berjihad pada jalan Allah?”. Jawab Baginda, “Tidak termasuk berjihad pada jalan Allah melainkan orang yang keluar dengan seluruh jiwa raganya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.” (Riwayat Al-Bukhari)

Ia adalah bulan yang di dalamnya dikerjakan ibadah haji. Bagi yang tidak berpeluang mengerjakan ibadah haji, banyak sebenarnya yang boleh dilakukan untuk memanfaatkan 10 hari di bulan Zulhijah yang sangat-sangat disukai Allah ini.

Antaranya:

(1) Zikir

Memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar. Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri.

Allah SWT juga menyebut ertinya : “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu..” (Al-Hajj : 28). Ibn Abbas ra mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

Ianya ringan di mulut tetapi berat timbangannya di hari akhirat!

(2) Berpuasa

Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa. Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah : “Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

(3) Bertakbir

Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa Saidina Ali ra menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

Hari Raya Aidiladha di Malaysia jatuh pada Rabu hadapan, 17 November 2010 bersamaan 10 Zulhijah 1431H. Jika semasa Hari Raya Aidilfitri, kita digalakkan bertakbir pada hari raya pertama sahaja tetapi pada hari raya korban, ianya selama 3 hari!

(4) Berkorban

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

“Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati” (Al-Hajj: 32)

Sebuah hadis menyebut;

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)” ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

(5) Berdoa

Berdoa bukan sahaja untuk diri kita tetapi untuk para jemaah haji yang sedang menunaikan haji, tidak kiralah ibu, bapa, makcik, pakcik, jiran dan sahabat handai. Doakan semoga urusan mereka dipermudahkan, diberikan keselamatan daripada sebarang bencana, selamat pulang ke tanah air dan yang lebih penting, agar mereka semua beroleh haji yang mabrur iA.

Juga, agar Allah memilih kita untuk menjadi tetamuNya suatu masa yang terbaik untuk kita iA.

…….

Bulan Zulhijah, sebagaimana bulan bulan yang lain, tidak datang selalu. Mungkin ini adalah Zulhijah kita yang terakhir. How blessed we are that we are continually being offered chances, time and again, for our sins to be forgiven and for us to draw closer to Allah. How slow we are, though, to respond.

Our beloved Prophet has told us that “an accepted Hajj brings no less reward than Paradise.” By preparing well during the first ten days of Dhul-Hijjah, we, too, can enjoy the Hajj’s blessings and its benefits. Let’s not waste them.

Wallahu’alam

References:

1) OwhsoMuslim

2) Idris Tawfiq

3) Paksi.net

Dan pena pun diangkat~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: