Selepas jam 11

2 Jan

11.40am

Pagi itu, saya memulakan perjalanan seawal pagi ke Pulau Pinang. Bas sudah 40 minit meninggalkan terminal menuju ke destinasi.  Baru sahaja masuk ke highway. Entah bila waktunya, saya sudah masuk ke gelombang beta.

Hon yang dibunyikan beberapa kali mengejutkan saya dari tidur. Apa sahajalah yang dihonkan itu. Spontan mata dibuka. Dan pemandangan yang saya lihat di depan mata itu sungguh mengejutkan!

“Ya Allah, api!

Bahagian belakang sebuah bas yang lalu disebelah kiri terbakar dan berasap! Tidak ada seorang pun yang menyedarinya, hatta pemandu bas itu sendiri. Para penumpangnya tercengang-cengang sewaktu bas kami lalu di sebelah. Rupanya itulah yang dihonkan oleh pemandu bas sebentar tadi!

Pemandu bas yang saya naiki berhenti di hadapan bas tersebut yang sudah pun berhenti di bahu jalan. Pemandu bas lalu turun selepas memperingatkan kami agar tetap di dalam bas. Tiada kompromi.

Para penumpang bas di belakang berpusu-pusu keluar dari bas. Berlari bagai tidak cukup tanah menyelamatkan diri dari bas yang bisa sahaja meletup bila-bila masa. Muka masing-masing pucat lesi memandang bas yang sedang terbakar. Entah apa yang bermain di fikiran mereka.

Di dalam bas, para penumpang mula tidak senang duduk. Ada yang proaktif mengambil gambar. Tidak kurang juga yang menjadi pemberita tidak bertauliah yang melapor dan membuat komentar sendiri. Penumpang di belakang saya pula masih enak dalam peraduan, langsung tidak sedar kekecohan yang berlaku.

11.45am

Bas tersebut terus terusan dimamah api dan asap hitam berkepul-kepul di udara. Kami yang berada di dalam bas semakin tidak senang duduk. Udara di dalam ruang sempit itu kian menyesakkan.

Beberapa buah kenderaan turut berhenti di bahu jalan. Mahu melihat dengan lebih dekat barangkali…

Saya melihat pada telefon bimbit di tangan. Yes, I need to tell this to somebody. But who? Tidak boleh ummi. Ummi akan merasa sangat risau nanti. Nombor telefon abah ditekan. Seboleh mungkin saya tenang semasa menceritakannya kepada abah. Mujurlah abah tenang sahaja.

Pemandu bas sudah kembali semula ke dalam bas. Masing-masing sibuk bertanyakan soalan.

Kata pemandu bas terbabit;

“Ada satu kawan saya pernah jadi macam ni dulu. Dia pergi padamkan api. Tauke bas marah betul sama dia. Dia tanya, kenapa padamkan api??”

“Dia marah. Katanya, jangan padam. Biar terbakar habis. Boleh dia dapat bas baru”

Haih, macam-macam.

11.50am

Bas kembali bergerak di atas jalan raya menuju destinasi yang masih jauh. Saya melihat ke luar tingkap.

Di bahu jalan tempat penumpang berkumpul, masing-masing sibuk menelefon seseorang. Air mata dilihat berjurai-jurai tatkala melakukan panggilan.

Allahuakbar.

Dengan rekod bas ekspress yang kurang cemerlang kebelakangan ini, saya pasti, satu perkara yang terlintas di fikiran mereka ialah 4 perkataan ini – M.A.T.I. Sedangkan kami yang berada di dalam bas berlainan turut memikirkan perkara yang sama.

Saat itu, Allah terasa dekat di hati. Terasa Dia sedang memanggil hamba-hambaNya untuk ingat kepadanya.

Saat itu juga, panggilan maut dirasakan begitu dekat sekali. Wajah anak, isteri, suami, ibu dan bapa terbayang bayang di ruang mata. Ah, sempatkah untuk memohon maaf untuk sekian banyak kesalahan selama ini?

Terlebih utama, dosa-dosa kepada Allah yang dilakukan selama ini, adakah akan diampunkannya? Masih adakah kesempatan untuk bertaubat?

Allahuakbar.

Peringatan yang sangat ‘simple’ daripada Allah. Kebelakangan ini, kemalangan jalan raya membabitkan bas ekspress semakin meningkat. Begitu banyak nyawa yang terkorban.

Destinasi dunia yang dipilih tiba-tiba berubah menjadi destinasi akhirat yang kekal abadi. Tiada tolak ansur. Tidak dicepatkan mahupun dilengahkan. Tidak juga ditanya, sudah bersedia ataupun belum. Astaghfirullah…

Sebulan yang lepas, seorang pelajar Tingkatan 3 yang baru sahaja menghabiskan peperiksaan PMR meninggal dunia dalam kemalangan motorsikal. Dewan peperiksaannya telah berubah kepada satu dewan yang lain. Soalan yang dikemukakan juga turut berubah. Tiada peperiksaan ulangan. Soalannya telah lama bocor, tinggal mampu atau tidak untuk menjawabnya…:'(

Teringat saya pada kata-kata seorang ulama’

“Jikalau saya ditakdirkan mati pada hari ini, saya tidak akan menambah atau mengurangkan walau satu saat dalam hidup ini”

Redha dengan ketentuan Allah. Masa singkatnya di dunia ini dirasakan telah dimanfaatkan sebaiknya.

Allahuakbar..

12pm

Perasaan saya bercampur baur mengenangkan peristiwa sebentar tadi. Sesungguhnya, apa yang Allah takdirkan itu pasti terjadi. Wakaana Amrullahi Qadarammaqdura…

Innalillahi wainna ilaihi raji’un. Daripada dia kita datang dan kepada dia juga kita kembali.

Dan pena pun diangkat~

One Response to “Selepas jam 11”

  1. Nurjannah January 2, 2011 at 12:05 pm #

    ‘Destinasi dunia yang dipilih tiba-tiba berubah menjadi destinasi akhirat yang kekal abadi. Tiada tolak ansur. Tidak dicepatkan mahupun dilengahkan. Tidak juga ditanya, sudah bersedia ataupun belum. ‘

    takutnya.hmmm~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: