Februari

6 Feb

Sudah sebulan lebih saya tidak menulis di blog ini. Aduh. Kalau adala anugerah untuk orang yang tidak istiqamah menguruskan blog, mungkin sayalah pemenangnya. Kalau idea itu datang, ia datang mencurah-curah. Sampai satu hari boleh buat dua post. Kalau rajin itu menjengah, ada sahaja yang ingin dikarang. Tetapi jikalau tidak rajin dan memang tidak mempunyai keinginan yang tinggi, blog ini memang terbiar kosong. Alahai~

Bulan Februari sudah pun tiba.

Inilah waktunya di mana adik-adik dan sahabat-sahabat yang berada di Ireland pulang untuk menyambung pelajaran di PMC.
Tak sangka rupanya sudah hampir setahun saya meninggalkan bumi sejuk beku itu.
Masih lagi rindu pada segala-galanya di sana…

Ada beberapa orang yang ingiiin sangat saya jumpa sebelum pulang ke Malaysia tempoh hari tetapi tidak berkesempatan. Sampai sekarang. Insya-Allah, moga Allah mengizinkan suatu hari nanti.

Sedang berkemas untuk pulang ke Pulau Pinang tempoh hari, saya teringat akan satu pesanan ringkas yang saya terima. Ianya adalah mesej terakhir yang saya terima dari mereka di Ireland. Yang sampai ke dalam inbox telefon saya ketika saya di lapangan terbang. Masih saya simpan sampai sekarang kerana sangat terkesan dengan isinya. Mesejnya panjang, sarat dengan doa dan pesanan. Saya aminkan setiap kata-katanya, moga dimakbulkan Allah. Ameen!

Assalamo alaykom

I ask Allah to protect u in ur journey back home and in ur journey through this dunya to the aakherah. I ask Allah to bless ur efforts, put barakah in ur work, time, family, children, health and guide u to his straight path. Allah blessed u with some abilities and skills that enables u to be a leader, so may the who gave them to u enable u to use it for his worship through the service of his servants. Ur able to make change, so make positive change wherever u go. Islam is going to spread all over the world and flourish, and Muslim will come back to their religion bi-idhnillah, it’s a matter of time, let’s ask Allah to put us somewhere on that time line, if not at the fore front of it. It’s a matter of pure intention and sincere attempts or efforts, even if it’s little as long as it’s consistent inshaAllah.  Wallahumusta’an (and from Allah we seek help). May Allah preserve ur righteousness and ur taqwa and make it an increase always.

Indah kan kata-katanya? ^-~

Insya-Allah, tahun ini kami pelajar-pelajar tahun empat PMC akan ada rotation POPPH; Psychiatry, Obs and Gynae, Pediatrics & Public Health.

Hari pertama untuk rotation pertama bermula 7/2/11, Isnin, iaitu pagi esok.

Teruja untuk berjumpa dengan bakal-bakal ibu dan juga menyambut kelahiran bayi!

 

I bet it’s going to be a very interesting and challenging year for me. Kepada Allah saya menggantungkan harapan dan kepadanya juga saya memohon segala sesuatu. Moga dipermudahkan iA.

Juga, ada peperiksaan Forensic dan Legal Med yang harus saya duduki pada hujung bulan 2 ini nanti. Peperiksaan yang terpaksa ditangguh tempoh hari kerana demam selama seminggu yang tidak memungkinkan saya untuk study dan seterusnya menduduki peperiksaan.

Perlu mula mengingat fakta-fakta yang ada dan tidak melupakannya (well, at least till after the exam :P)

Doakan saya dapat membuat persediaan yang sebaiknya, dapat menjawab dengan baik dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang ya!

Oh ya, dan juga supaya saya sentiasa tetap menjaga mutabaah harian, mantap dalam gerak kerja dakwahnya, tidak beralasan dalam tarbiyah dan sentiasa rindu untuk melakukan ibadah yang mendekatkan diri kepadaNya. Yang terakhir itu saya mahu sangat-sangat. Tolong ya, doakan sekali.

🙂

Baiklah, semoga kita berjumpa lagi di lain entri~

Dan pena pun diangkat~

Dan pena pun diangkat~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: