Cuba melihat dengan mata hati

24 Feb

Pagi itu adalah OT day (hari ke dewan bedah) untuk saya dan seorang lagi rakan. Berpeluang untuk melihat fasa seterusnya dalam merawat pesakit. Yang lebih unik, pembedahan itu melibatkan pesakit yang telah kami kenal, clerk dan ketahui penyakitnya.

Sedikit latar belakang pesakit;

Mrs Arina (bukan nama sebenar), 26 years old Malay female, primigravida in her 14 weeks of pregnancy is scheduled for left salphingectomy & cystectomy of the twisted left ovarian cyst.

Atau secara ringkasnya, Puan Arina yang sedang mengandungkan anak pertama, akan dibedah untuk membuang cyst pada ovari di sebelah kiri. Selalunya, doktor akan seboleh mungkin mengelak untuk membedah pesakit yang sedang mengandung. Terutama di awal kehamilan mereka. Tetapi kerana terdapat komplikasi pada cyst tersebut (twisted), pembedahan harus dilakukan untuk mengelakkan komplikasi yang lebih teruk di masa akan datang.

Pesakit dibawa masuk ke dewan bedah, diberikan general anesthesia (GA), cleaned and draped dan bersedia untuk dibedah.

Alhamdulillah, the operation went on successfully.

Puan Arina dikejutkan sebaik pembedahan tamat dan kesan GA beransur hilang.

“Arina, bangun..”

“Arina, ada sakit tak?” “Kalau ada, angguk,”

“Bukak mata Arina, bukak mata”

“Arina, kalau dengar saya, genggam tangan kiri. Tangan kiri awak,”

“Arina, pembedahan dah tamat. Awak jangan bergerak dulu,”

Pesakit sedikit meronta. Terpaksa dia ditenangkan begitu rupa. Cemas sebentar (Saya yang cemas. Doktor pakar bius tu cool je)

Sebaik ditenangkan, perkataan pertama yang keluar dari mulutnya buat saya hampir menitis air mata.

“Baby…Baby ok ke?”

“Baby…Baby ok?” tanyanya kepada doktor tersebut.

Dengan mata yang masih terpejam dan rasa sakit yang mula menjalar ke seluruh badan, itu pertanyaan yang diutarakan Puan Arina. Saya sebak dan terharu.

Sakit sakit begitu, nyawa anak yang lebih dirisaukan. Besar sungguh kasih sayang seorang ibu kepada anaknya..walau yang belum pernah bersua muka…

Namun…

Allah memberitahu kita…kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya pula lebih dari kasih sayang seorang ibu. Allahuakbar…Bagaimana itu?

Dan betapa Rasulullah pula memberitahu bahawa baginda rindukan ikhwannya!

And that ‘small’ incident was definitely a reminder for me.

………….

Masuk pula ke dewan bedah selepas itu adalah seorang lagi pesakit yang telah kami clerk pada hari sebelumnya.

Sedikit latar belakang pesakit;

Miss Noor, 36 years old Malay lady, single and nulliparous, diagnosed with multiple uterine fibroid is scheduled for laparotomy and myomectomy KIV hysterectomy for removal of the fibroids.

Secara ringkas, Noor, 36 tahun, belum berkahwin, telah dikesan mempunyai beberapa ketumbuhan (fibroid) di dalam rahimnya. Kerana ketumbuhan tersebut bersaiz besar, cara yang terbaik adalah dengan membuang ketumbuhan tersebut melalui pembedahan.

(Oh ya, tahukah anda, fibroid adalah sangat common. Anda boleh mengalami period pain yang sangat teruk dan pendarahan yang berpanjangan kerananya. Jadi, segera berjumpa doktor jika haid anda menjadi tidak teratur ya!)

Setiap pembedahan tentunya mempunyai risiko tersendiri. Dalam kes ini, Noor berhadapan kemungkinan kehilangan rahimnya jikalau dia mengalami pendarahan yang banyak semasa dibedah. Dan dia merancang untuk berkahwin tahun ini!

Pagi tersebut, dewan bedah sedikit riuh. Pesakit enggan dibedah sebelum dia berjumpa dengan doktor pakar. Bagaimana kalau rahimnya perlu dibuang sewaktu dibedah nanti? Memikirkannya turut membuatkan saya kecut perut. Meski risiko pendarahan tersebut adalah terpencil, tetapi…Ah, susah hendak dikatakan dengan pasti…

Selepas berbincang dan ditenangkan, Noor akhirnya bersetuju.

Noor was given GA, cleaned and draped and ready for surgery.

Alhamdulillah, the surgery was uneventful and the fibroid was removed. It was huge!

Semasa dibawa masuk ke dewan bedah, mulut Noor bergerak-gerak membaca sesuatu. Dia kelihatan sangat fokus dan tidak mahu diganggu.

Di kala itu, kata-kata seorang pakar motivasi yang juga seorang doktor terngiang-ngiang di telinga saya…for one to make lots of dua, not only for herself but for others. Biasa-biasakan diri berdoa yang baik-baik untuk orang lain meskipun orang itu tidak kita kenali. Jika berjalan dan nampak seorang makcik membawa barang jualan, doakan semoga jualannya laku hari itu, semoga dia selamat pulang ke rumah, moga anak-anaknya rajin belajar dan sebagainya…

Ia melembutkan hati dan menimbulkan kasih sayang orang lain pada kita. Dan para malaikat turut mengaminkan doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain meskipun dia tidak mengetahuinya!

Pagi itu, sepanjang pembedahan, saya memohon kepada Allah semoga pembedahan itu berjalan lancar dan pesakit dikurniakan kesihatan yang baik. Juga semoga dia dapat melansungkan perkahwinannya tahun ini…Doakan juga untuk Noor ya…

And that 2 hours event serve as another reminder for me that day…Allah is great.

“Verily, His Command, when He intends a thing, is only that He says to it, “Be!” and it is!” (Yaasin: 89)

Dan pena pun diangkat~

Dan pena pun diangkat~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: