Delisa

6 Feb

Anda kenal dengan Delisa?

Mungkin ya, mungkin tidak. Delisa hanyalah seorang anak kecil yang tinggal di sebuah pekan kecil di Acheh yang luas. Jika dipandang dari luaran, tiada yang terlalu istimewa tentang anak kecil itu tetapi jika dibongkar kisah hidupnya, kita bakal jadi malu sendiri dengan ketabahan anak itu.

Berumur dalam lingkungan 10 tahun, Delisa kehilangan ummi dan kakak-kakaknya dalam sebuah tragedi tsunami yang menggemparkan seluruh dunia. Tragedi ombak besar yang memusnahkan hampir seluruh wilayah Acheh dan negara sekitarnya itu turun mengorbankan sebelah kaki Delisa.

Kehilangan hampir semua ahli keluarga dan sebelah kakinya, juga rumah kediaman serta kawan-kawan sepermainan dalam usia yang masih muda..mungkinkah ada daya untuk bangun semula..untuk tersenyum..dan berlari mengejar impian?

Mungkin anda akan berjumpa dengan jawapannya dalam filem ini- Hafalan Shalat Delisa.

Filemnya sangat ringkas. Mengenai Delisa dan hafalan salatnya serta plot cerita yang diwarnai kehidupan Delisa bersama ibu dan kakak-kakaknya. Tetapi pengajaran yang cuba disampaikan di dalamnya sangatlah mahal dan berharga. Beberapa minit di awal filem ini sahaja sudah mencuit hati.

5 pengajaran dari filem Hafalan Shalat Delisa:

1.Ibu sebagai pendidik.

Lihatlah Ummu Salamah sebagai ibu Delisa di dalam cerita ini. Dia bertindak sebagai ayah dan juga ibu. Dia mengajak anak-anaknya mengenal Tuhan melalui solat berjemaah, kelas agama dan nasihat-nasihatnya.

Tersentuh saya dengan kata-katanya pada Aishah yang cemburu pada kalung milik Delisa;

“Aishah tidak boleh cemburu dengan barang-barang yang bukan milik kita. Apatah lagi kalau barang itu milik adik-beradik kita sendiri”

Nasihat yang lembut tapi sangat mendalam :’)

2. Adik beradik sebagai daya penolak.

Di kalangan adik-beradik kita, mesti ada yang nakal, tidak mendengar kata, suka solat lambat, suka buat orang marah dan sebagainya. Orang kata-black sheep in the family.

Terkadang susah sangat untuk dinasihati tetapi satu perkara yang penting- jangan pernah meninggalkan mereka. Dan adik-beradik Delisa memberikan contoh yang baik dengan melakukan itu. Biar selambat mana pun Delisa bangun untuk solat, mereka tetap setia mengejutnya dari tidur. Biar sesusah mana pun Delisa hendak menghafal, mereka tetap setia memberi kritikan dan semangat

Believe me, they may not remember exactly what you did or what you said, but they will always remember how you made them feel. Insya-Allah.

3. Biah solehah

Anak-anak harus dibesarkan dalam persekitaran yang baik sedari mereka kecil lagi.

Saya tertarik dengan Delisa, kakak-kakak dan rakan-rakannya yang menghadiri kelas bersama Ustaz Rahman. Selain mengaji al-Quran, mereka turut menerima pengisian mengenai akidah dan akhlak.

“Kerana fikirannya satu semasa solat”

“Fikiran satu itu macam mana ya ustaz?”

“Begini. Misalnya Delisa bermain bola. Fikiran Delisa cuma satu. Menendang bola. Jadi walaupun Delisa terseliuh, Delisa terus bermain bola. Walaupun hujan, Delisa terus bermain bola. Walaupun ummi memanggil Delisa, Delisa terus bermain bola. Kerana apa? Sebab dalam fikiran Delisa cuma satu, main bola!”

“Jadi kamu semua harus solat dengan khusyuk”

Saya turut ketawa sama dengan kata-kata Ustaz Rahman. Sungguh menarik perumpamaan yang diberikan. Sesuai dengan tahap umur anak-anak itu.

4.Sayang kerana Allah

Sebak saya mendengar Delisa mengucapkan “Delisa cinta Ummi kerana Allah” dan juga “Delisa cinta Abi kerana Allah”

Bila cinta kerana Allah, kita sedar orang yang kita sayangi hanya pinjaman dari Allah. Bila cinta kerana Allah, kita akan redha ditinggalkan.

Allah…

Satu refleksi kepada saya sendiri yang tidak pernah melakukan hal itu. Ucapkannya sebelum terlambat…

5. Ikhlas

Ikhlas adalah melakukan sesuatu ibadah itu tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Ikhlas kerana Allah.

Dan dalam hal ini, hanya Allah yang mengetahui tahap keikhlasan seorang hamba itu. Tetapi yang boleh kita lakukan adalah berusaha kearahnya.

Filem ini mengajar erti ikhlas melalui anak kecil ini dan hafalan salatnya. Sudah banyak kali dia cuba menghafal tetapi sukar sekali Delisa rasakan.

“Orang yang susah melakukan sesuatu itu kerana hatinya tidak ikhlas”

“Tidak ikhlas itu bagaimana ustaz?”
“Tidak ikhlas itu ertinya dia melakukan sesuatu itu bukan kerana Allah. Dia hanya mengharapkan hadiah..hadiah..hadiah..”

……

Moga lebih banyak lagi filem seperti ini dapat dihasilkan di masa akan datang🙂

Selamat menonton!

Dan pena pun diangkat~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: