Lelaki masjid

7 Aug

Tinggal kami berdua di dapur; saya dan adik lelaki yang pulang berhujung minggu di rumah. Sambil menjamah juadah berbuka puasa di depan mata, kami berbual-bual.

“Dik, susah tak nak jumpa lelaki yang suka pergi masjid?”

“Susah,” pantas sahaja dia menjawab.

“Susah ke?” tanya saya lagi. Memancingnya untuk menghuraikan jawapan tersebut.

“Susah kakngah…Orang yang biasa-biasa, solat 5 waktu je ada yang tinggal. Inikan pula nak pergi ke masjid,” jawabnya lagi.

Saya terdiam. Resah dengan jawapan tersebut. Usianya 21 tahun. Saya pasti dia bercakap berdasarkan pengalaman bersama rakan seusianya. Apa maksud dia dengan orang biasa-biasa ya? Maksudnya, perlu menjadi luar biasa untuk mahu ke masjid? Solat 5 waktu yang rompong? Ah bukankah itu asasnya seorang Muslim?

Persoalan-persoalan tersebut hanya tinggal di kotak fikiran. Pertanyaan yang cuba saya jawab sendiri.

Sedang tangannya mencedok kuah ke dalam pinggan, dia menambah lagi..

“Tambah lagi ada Facebook. Memang susahlah,” jawabnya santai.

“Kat Masjid X tu pun, ramainya orang tua yang ada. Budak-budak muda memang jarang nampak,”

Saya tiada kata untuk ditambah.

Kenyataan yang sangat sukar ditelan dewasa ini.

Saya menghabiskan saki baki makanan di dalam pinggan. Terasa seperti tersekat di kerongkongan.

Sukarkah mencari lelaki yang hatinya terpaut pada masjid zaman ini?

Dan pena pun diangkat~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: