Archive | May, 2013

Kecurian

27 May

Saya hanya mampu menggelengkan kepala.

Terasa jantung berdegup kencang dan badan terasa panas. Apakah rasa marah atau terkejut atau risau, saya sendiri tidak pasti.

Tetapi saat membuka beg usai solat pagi itu, cukup membuatkan jiwa saya kacau sepanjang hari. Allah.. Allah..

Up to date, I’ve lost more things in the hospital than I ever had in my quarter decade of life. Hospital doesn’t seem to be a safe place anymore. The common room for houseman is apparently the target for the ever opportunistic thieves.

I did blame myself for leaving my things unguarded. For believing that people will actually think twice before doing bad things.

But..Why..why would people steal? Why would someone open someone else’s bag and took something which is not theirs? Why are they not thinking of the consequences..to the person..to themselves..in this world and the hereafter? How can they be at peace with what they’re doing? Allah..

Semua persoalan itu datang bertubi-tubi meminta jawapan. Tetapi saya tidak menemukannya. I couldn’t think of any more excuses for them. Saya hanya mampu berdoa supaya diberi ketenangan hati sendiri..to think positive..that it happened for as reason..

I know that there’s a slim chance that I’ll ever see my lost things again. Tetapi saya masih berharap agar ada sekelumit cuma rasa bersalah di dalam diri orang yang ‘mengambil’ barang saya itu, agar dia memulangkannya semula..or at least  not doing it again. There’s  hope, right?

Ah, sukarnya menghilangkan galau di hati…

Dan pena pun diangkat~

Separuh separuh

16 May

Dia teringat akan kejadian di sekolah tadi. Bila mana dia dimarahi oleh gurunya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

“Alah, mana sempat. Semua cikgu pun nak bagi homework. Semua subjek ada kerja. Macam mana nak buat ulangkaji”

Kata-kata tersebut hanya terbuku di dalam hati. Di depan gurunya, dia diam seribu bahasa.

Dia terbayang pula makanan malam yg disiapkan ibunya. Rasa marahnya hilang bila teringatkan perutnya yang lapar.

“Tak sabarnya nak makan. Sambil makan tu boleh tengok drama tu” mindanya mula mencatur agenda pada malam itu..

“Assalamualaikum warahmatullah…”
“Assalamualaikum warahmatullah…”

Dia terdiam. Dah habis rupanya solat maghrib tiga rakaat. Entah di mana alfatihah, sujud dan rukuknya…banyak sungguh perkara yang singgah di fikiran dalam jangka solat yang pendek itu.
Dia menggelengkan kepala. Aduh!

Geleng kepala sudah tiada berguna. Yang didirikan sudah tertulis di dalam buku amalan.
Itulah orang kata..solatlah seperti kamu akan mati pada esok hari..seperti itu solat yang terakhir kalinya..

Heh.

Itu namanya solat separuh separuh. Si ‘dia’ dalam cerita di atas boleh jadi sesiapa pun dari kalangan kita.

Separuh khusyuk, separuh lalai. Kalau dicampur, sama dengan kosong? Urgh. Nauzubillah

Jom, perbaiki solat kita!
1. Buang dulu hal-hal yang jadi sepanjang hari dari fikiran.
2. Istighfar banyak-banyak kali sebelum angkat takbir.
3. Fokus dan hayati makna bacaan solat.
4. Pakai wangian yang khas untuk solat.
5. Pastikan tempat solat kita ‘bebas’ dari benda-benda yang boleh melarikan kekhusyukan.
6. Ingat yang solat tersebut tiada gantinya. We want to do the best. Tidak mahu hanya yang top-up punya markah sahaja.
7. Kalau terlalai juga dalam solat, cepat2 istighfar.
8. Solat berjemaah itu tentunya lagi bagus!

p/s: kena selalu ingatkan diri macam ni 🙂 (senyum senget)

Dan pena pun diangkat~