Separuh separuh

16 May

Dia teringat akan kejadian di sekolah tadi. Bila mana dia dimarahi oleh gurunya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

“Alah, mana sempat. Semua cikgu pun nak bagi homework. Semua subjek ada kerja. Macam mana nak buat ulangkaji”

Kata-kata tersebut hanya terbuku di dalam hati. Di depan gurunya, dia diam seribu bahasa.

Dia terbayang pula makanan malam yg disiapkan ibunya. Rasa marahnya hilang bila teringatkan perutnya yang lapar.

“Tak sabarnya nak makan. Sambil makan tu boleh tengok drama tu” mindanya mula mencatur agenda pada malam itu..

“Assalamualaikum warahmatullah…”
“Assalamualaikum warahmatullah…”

Dia terdiam. Dah habis rupanya solat maghrib tiga rakaat. Entah di mana alfatihah, sujud dan rukuknya…banyak sungguh perkara yang singgah di fikiran dalam jangka solat yang pendek itu.
Dia menggelengkan kepala. Aduh!

Geleng kepala sudah tiada berguna. Yang didirikan sudah tertulis di dalam buku amalan.
Itulah orang kata..solatlah seperti kamu akan mati pada esok hari..seperti itu solat yang terakhir kalinya..

Heh.

Itu namanya solat separuh separuh. Si ‘dia’ dalam cerita di atas boleh jadi sesiapa pun dari kalangan kita.

Separuh khusyuk, separuh lalai. Kalau dicampur, sama dengan kosong? Urgh. Nauzubillah

Jom, perbaiki solat kita!
1. Buang dulu hal-hal yang jadi sepanjang hari dari fikiran.
2. Istighfar banyak-banyak kali sebelum angkat takbir.
3. Fokus dan hayati makna bacaan solat.
4. Pakai wangian yang khas untuk solat.
5. Pastikan tempat solat kita ‘bebas’ dari benda-benda yang boleh melarikan kekhusyukan.
6. Ingat yang solat tersebut tiada gantinya. We want to do the best. Tidak mahu hanya yang top-up punya markah sahaja.
7. Kalau terlalai juga dalam solat, cepat2 istighfar.
8. Solat berjemaah itu tentunya lagi bagus!

p/s: kena selalu ingatkan diri macam ni 🙂 (senyum senget)

Dan pena pun diangkat~

Leave a comment