Induksi

11 Aug

Fakta dan trivia induksi 7-10 Ogos 2012 tempoh hari.

  1. Sedikit sejarah mengenai induksi bagi kakitangan awam; ia bermula dengan induksi selama sebulan, kemudian dikurangkan ke 2 minggu dan seterusnya kepada 5 hari. Terbaru, induksi untuk penjawat amam sebelum sah lantikan adalah selama 4 hari.
  2. Hari pertama induksi adalah hari pertama anda bekerja dan hari pertama perkiraan gaji. Jadi, tarikh 7 Ogos 2012 bersamaan 18 Ramadhan 1433H menjadi satu lagi tarikh istimewa dalam hidup saya 🙂
  3. Ada seramai 65 orang doktor yang turut hadir ke induksi kali ini di Cempaka Service Suite, Cheras, Selangor. Kebanyakannya berasal dari selatan tanah air.
  4. Kemudahan penginapan, makanan dan servis memang superb!
  5. Pada sesi pertama kami, semua orang diminta memperkenalkan diri. Kami diminta menyatakan nama, asal, universiti dan status samada bujang atau sudah berkahwin. Kami ketawa bila diminta berbuat demikian. Kata fasilitator; “Ini untuk kebaikan anda semua juga!”
  6. 80% antara mereka yang hadir sudah berkahwin dan 10% sudah berpunya dan 10% masih bujang. Oh, ada juga yang sedang mengandung dan menyusukan anak.
  7.  Setiap sesi ceramah berlangsung selama 2 jam dengan rehat selama 30 minit antara sesi. Ceramah yang diberi berkisar dasar-dasar kerajaan seperti; Perintah Am, Tatakelakuan dan Tatatertib, Panduan Pengurusan Pejabat dan Pengurusan Integriti. Juga sekitar kehidupan sebagai houseman; Etika Perubatan dan Perundangan, Kemajuan Kerjaya Pegawai Perubatan dan Ekspektasi Ketua-ketua jabatan…
  8. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan menerima tugasan senario untuk dilakonkan di hari terakhir induksi. Wah, kena berlakonla pula kan!
  9. Menariknya induksi kali ini, ada seorang ketua jabatan yang turut hadir. Beliau sebelum ini bekerja secara kontrak dan untuk disahkan tetap dalam jawatan, harus menghadiri kursus induksi sebagai syarat. A very nice doctor 🙂 Turut menarik perhatian ialah seorang doktor graduan universiti di Jepun yang sudah mempunyai anak berusia 7 tahun!
  10. Meskipun kami diminta membawa pakaian sukan, slot untuk riadah tiada di dalam jadual. Ini kerana slot yang ada sudah sendiri padat dengan ceramah dan kerana kami berinduksi di bulan Ramadhan. Juga kerana kedudukan hotel di tengah bandaraya.
  11. Penilaian kursus adalah berdasarkan kepada beberapa komponen; penilaian fasilitator, penilaian individu (ujian), tugasan kumpulan serta kehadiran.
  12. Ujiannya susah! Oh, that’s what I think initially. Lepas baca soalan betul-betul dan mula menjawab, tiadalah susah mana. Soalan yang diberi adalah berdasarkan isi ceramah sebelumnya. Jadi, kalau anda tumpukan perhatian, insya-Allah dapatlah menjawab. Jikalau tidak, terpaksalah ‘mengulangkaji’ pada malam sebelumnya!
  13. My group won the group presentation with full marks! 🙂 Alhamdulillah. All the group members were really supportive and we had fun preparing for the sketch. We had so much laughs. Takdela stress jadinya. The situation was about the typical scenario in outpatient department where patients get angry and demand for immediate treatment.
  14. We received our posting at the end of the first day. Debarannya hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah, mendapat tempat posting yang diminta.
  15. Induksi berakhir pada hari Jumaat, 10 Ogos 2012 jam 2 petang. Kami dikehendaki melapor diri ke tempat yang telah ditetapkan pada Isnin depan. So, this is it! The time has finally come! O Allah, ease it for us..

-Sirih pulang ke gagang-
‘Tercampak’ dari negeri kelahiran sejak 9 tahun lepas. Alhamdulillah, Allah izinkan untuk berada dekat dengan keluarga untuk housemanship nanti. Semoga terus tetap menjadi hamba Allah yang bersyukur dan dipermudahkan urusan di sini nanti 🙂

Dan pena pun diangkat~

2 Responses to “Induksi”

  1. fatin shaaya (@cherisshu) August 12, 2012 at 12:06 am #

    Bibs!! all the best!!! selamat mula bekerja!!

    • nuurhabibah August 12, 2012 at 11:08 am #

      Aten cherisshu!! 🙂
      Thank you aten. Insya-Allah…
      All d best jg utk aten kat sana! 🙂

Leave a comment